Thursday, November 26, 2009

Hari Bersejarah Islam


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang empunya sekalian ‘alam yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian makhluk ciptaanNya.

Tahun demi tahun kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hal ini adalah kerana dinisbahkan ke atas kisah antara Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.. Sepertimana yang telah termaktub di dalam  Al-Quran pada surah As-Saffat, ayat ke 107 :

“ dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar “


Dalam ayat ini dan sebelumnya, Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita semua satu kisah yang berlaku diantara Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.

Suatu hari, dengan kuasa Allah s.w.t telah mendatangkan satu mimpi semasa Nabi Allah Ibrahim a.s. sedang tidur. Di dalam mimpi tersebut, Allah s.w.t telah memerintahkan kepada baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail a.s. Firman Allah s.w.t  di dalam Surah as-Saffat, ayat ke -102 :

“ maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar ”


Pada keesokan harinya, sebelum baginda menyempurnakan perintah Allah s.w.t , baginda telah datang bertemu dengan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.

Berat hati seorang bapa untuk menceritakan kepada darah dagingnya bahawa putera kesayangannya hendak disembelih oleh bapa sendiri.

Tapi,

Demi Perintah Allah s.w.t baginda menggagahkan dirinya untuk memberitahu anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. bahawasanya baginda Nabi Ismail akan disembelih atas sebab perintah dari Allah.

Selepas baginda Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail, baginda terus menjawab dengan yakin kepada bapanya Nabi Ibrahim a.s. supaya menjalankan perintah Allah kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah diperintahkan Allah.
………………………………………………………………………………
Di sini menunjukkan bahawasanya pengorbanan yang perlu ada pada diri setiap yang bergelar muslim adalah pengorbanan dan penyandaran dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t.

Jangan terus menghukum dengan apa yang telah ditimpakan kepada kita. Sebaliknya,selidik dan berfikir terlebih dahulu dengan apa yang telah diuji, InsyaALLAH ada hikmah yang tersirat. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Ya Allah,

Engkaulah yang mempunyai sagala-galanya,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa
yang tiada lainnya.

Jadikanlah segala apa yang tersirat dan tersurat
Di dalam Hari Raya Aidil Adha ini,
Menjadi asbab untuk kami lebih ringan
Untuk melakukan amal Ibadah kepadaMU.

Jauhkanlah hati kami dari kegelisahan dunia
Yang boleh membuatkan kami lupa dan jauh dariMU.

Tingkatkanlah ketaqwaan kami,
Tanamkanlah ke dalam diri kami sifat RAJIN
Untuk melakukan amal ibadah,

Pasakkanlah sifat MALAS ke dalam diri kami,
Dari melakukan perkara yang boleh membawa
Kami jauh dariMU.
………………………………………………………………………………

Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan buat semua sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri ini. Moga dengan sambutan pada hari ini kita sama-sama dapat menambahkan lagi kekuatan dalaman kita untuk menjadi mukmin yang sebenar-benarnya.

p/s : Jangan lupa turun ke padang bersama masyarakat untuk gotong-royong pada majlis penyembelihan dan qurban.

0 Komen dan perkongsian yang berharga:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP