Monday, November 16, 2009

Memorial Ketika Bersamamu...

" Abah, mak.. sapa lagi ada dekat rumah?"
Diri ini bertanya.

"...Adalah abang faizal dan kak bilah,mak, abah, pipah....
...kemal dengan abang pi KL. Ada Event."
Suara seorang ibu membalas.

" Semua sihat ka?
...Tok dok kat mana?"


"Alhamdulillah...semua sihat..

"Tok ada dekat rumah Pak Ngah."

Seperti biasa, aku akan bertanyakan keadaan ahli keluarga di Malaysia. Mudah sekarang kerana maklumat hanya di hujung jari.

Jauh mana pun boleh tengok muka lagi.

Perbualan aku dengan keluargaku disudahi dengan salam dan nasihat. Hampir pukul 11malam (waktu malaysia) rasanya habis berbual dengan keluarga tercinta.

..........................................................................................................

Bangun subuh......

Sembahyang.....

Aku terus pergi ke meja laptopku. Mencari telefon untuk melihat waktu sekarang.

Tengok-tengok ada nama "UMI" terpampang di skrin N82 aku.

Degup.....
Degup.....

Hatiku dah rasa semacam je rasa. Tak sedap hati sangat-sangat...

Baru je x sampai 12 jam telefon, tak kan dah mesej.

Perlahan-lahan aku membuka peti masuk untuk melihat berita yang ingin disampaikan kepadaku.

"بسم الله الرحمن الرحيم ..........."

Perlahan-lahan dibaca....

" Salam, pah nak bagi tau Tok Kile dah meninggal pagi tadi kul 4 waktu malaysia "
Adikku yang menaip mesej ini rupanya.

.........................................................

" Ya Allah......

Aku seakan-akan tak dapat menerima mesej yang aku baca tadi.

Hatiku mula sebak tak berkata apa-apa. Kelu lidahku.

Terus aku membuka laptop aku dan menelefon mak aku.

"Salam, mak......

Tak sempat aku meneruskan pertanyaan aku.

"..Adik, Tok dah tak dak kul 4 pagi tadi..."

Mak aku terus memberitahuku.

Menitis air mata membayangkan wajah tok aku. Seolah-olah tak dapat menerima bahawa tok dah pergi selama-lamanya.

Allahu Rabbi.....

" Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n..."

...........................................................................................

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 61 :-

فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ

" Maka apabila telah datang ajal kepada kamu, tidak akan dilewatkan sedikitpun walaupun sesaat, dan tidak akan diawalkan "



Bila terbaca ayat ini, barulah hati aku menjadi tenang sedikit kerana itulah janji Allah. Yang bernyawa pasti akan pergi juga.

Masih terbayang raut wajah tok aku sebelum aku pergi ke Mesir. Tok aku bersama ahli keluarga yang lain turut sama-sama menghantar aku di KLIA.

Berkali-kali tok peluk dan cium aku menangis teresak-esak.

Allah Maha Besar, Itulah kali terakhir aku melihat wajah tok aku.


Bersama-sama keluarga di KLIA


Teringat wajah tok semasa di KLIA


sewaktu menanti aku untuk berlepas di KLIA
..........................................

Ya Allah.....

Engkau ampunilah segala kesalahannya,
Engkau tempatkanlahnya di kalangan
orang-orang yang dimuliakanMU.

Engkau tabahkanlah hati kami
untuk menerima hakikat yang hidup pasti akan mati.

...........................................................................................................
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah Binti Zakaria (TOK) yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 November 2009 / 26 Zulkaedah 1430 H dan juga kepada Allahyarham Harun Bin Mat Sik (TOKWAN) pada 22 Oktober 2007 / 10 Syawal 1428 H.

Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Ameen...

0 Komen dan perkongsian yang berharga:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP