Thursday, December 24, 2009

Jangan Cepat Mengeluh...

" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani "


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-153 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 
 Maksudnya : Wahai Orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Allah s.w.t Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Atas segala-galanya. 

Setiap sesuatu yang diberi kepada hambaNya oleh Allah s.w.t mesti ada hikmah di sebalik kejadian. 

Kadang kala sesuatu ujian itu mungkin datang dalam keadaan gembira. Diberi kepada kita nikmat kewangan yang tidak putus-putus, nikmat mempunyai kawan yang begitu ramai, nikmat menjadi orang yang berpengaruh dan sebagainya.

Mungkin di sebalik nikmat kegembiraan yang diberikan tadi adalah untuk menguji kita ? 

Allah s.w.t ingin menguji kita samada kesenangan n kegembiraan tadi menjadikan kita semakin dekat dengan ALLAH s.w.t ataupun sebaliknya ?

Kadang-kadang juga sesetengah orang dipercepatkan segala hajatnya serta merta. Kadang-kadang dilambatkan oleh Allah s.w.t. Semua itu ada hikmah yang tersirat yang tidak dapat diramal dan dilihat oleh manusia biasa seperti kita.

Aduh....... Kenapa aku sakit ni........
Kenapa orang lain tak sakit, tapi aku yang kena?
Aku sakit ni mesti ada orang khianat dekat aku.....

Ramai orang yang cepat mengeluh sebelum berfikir panjang. Sebagai yang bergelar seorang muslim, kita hendaklah supaya jangan cepat mengeluh di atas setiap apa yang terjadi ke atas diri kita.

Kemungkinan jika kita diberi sakit oleh ALLAH s.w.t, itu adalah kifarah dosa kita selama ini. Mungkin??? Jadi, jangan cepat mengeluh sebaliknya berfikir dan muhasabah dahulu.


Sepertimana firman Allah s.w.t seperti ayat di atas, Allah s.w.t telah memberikan satu jalan kepada hambanya supaya jangan segan silu serta jemu meminta dan merintih  serta mengadu kepada ALLAH s.w.t.

Allah s.w.t mengetahui akan segala yang tersirat dan tersurat pada seluruh hambaNYA. Kerana itulah Allah menyuruh kita berusaha bersungguh-sungguh sebelum berharap segalanya. Sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran, ayat yang ke- 159 :

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 
 " Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad (berazam) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal "

 

Read more...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

ألسلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dengan Nama Allah Yang Maha Atas Segala-galanya yang berada di bawah naunganNYA

Tahun 1430 bakal meninggalkan kita dengan bermacam-macam kenangan pahit, manis, suka, duka, sedih, gembira dan sebagainya. Namun sebagai umat Islam yang sepatutnya perlu bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk berada di dalam dua nikmat yang cukup besar iaitu :

NIKMAT IMAN
 &
NIKMAT ISLAM


Mestilah dan wajiblah mengingati akan asal usul kejadian mereka yang ditugaskan oleh ALLAH kepada sekaliannya untukalankan tugas sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.


Sehubungan dengan itu, pihak penerbitan The Power Of  Da'ie ingin menyeru & memperingati kepada sekalian muslimin dan muslimat sekalian supaya kita dapat menyambut pengakhiran & permulaan tahun baru ini dengan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun sepertimana yang kita sedia maklum.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

 "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"






DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :~


"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Ya Allah...

Ampunilah akan segala kesalahan kami
andaikata kesalahan itu kami lakukan
secara sedar atau tidak sedar...

Kami memohon padaMU agar
tahun 1430H yang akan berlalu ini
dapat menjadikan kami insan yang
lebih taqarrub padaMu bila menjelangnya
tahun 1431H....

Read more...

Tuesday, December 8, 2009

PART 1: SOALAN PELIK & PENYAKIT SENSITIF

"Asyraf, enta tau tak cukur jambang tak boleh....."
Tegur seorang sahabat kepada saya.

"Aik? Betul ke syeikh?.suka hati ana la nak cukur ke simpan, jambang ana.."
Saya cuba pertegaskan.

Di Bumi mesir ni memang biasa digunakan perkataan "SYEIKH" untuk gelar atau panggil pada kawan-kawan.

Saya agak terkejut dengan pertanyaan tersebut sebab baru pertama kali mendengar soalan yang agak PELIK DI DUNIA.

"Ana bukan cakap tau....
 ....Tapi ada seorang hamba Allah kawan-kawan kita yang PELIK-PELIK ni dok bagi tau kat ana dulu"
Kawan saya tadi cuba menjelaskan terlebih dahulu.

(Tertawa saya mendengar soalan tersebut)

"Kenapa depa kata tak boleh cukur jambang?"

"Kalau ikut pendapat puak-puak BID'AH &WAHABI ni sapa cukur jambang berdosa"

"Owh.....Kalau macam tu, bila cukur dapat dosa...
.....bila nek jambang balik dapat pahala lah?

(Tertawa saya & kawan yang bertanya tersebut)
...............................................................................................................

Wahai sahabat-sahabat,

se-AKIDAH, se-ISLAM (bukan 1MALAYSIA).....

"ISLAM DARI ALLAH" (bukan "ISLAM HADHARI & ISLAM 1 MALAYSIA")

Kena bagi hadam betul-betul dulu perkataan "ISLAM"..

Perbualan di atas bukanlah suatu artikel ataupun lakonan. Tapi adalah betul-betul berlaku. Dan memang penyakit inilah yang sangat-sangat menular di kalangan umat islam KHUSUSNYA "MALAYSIA TANAH AIRKU YANG TERCINTA".

p/s : Post setakat ini dahulu...tak habis lagi...sambung di part ke-2 selepas ini...





Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Selamat Hari Lahir~!




.:Selamat Hari Lahir (Saujana):.

** Awan berarak ceria tiada titisan hujan..
Pohon melambai.. tanda sokongan..
Kususuri perjalanan.. bertemankan senyuman..
Di hari lahirmu sahabatku..

Dedaun berguguran..
Membuktikan kedewasaan..
Walau tanpa madah dan hadiah..
Namun cukup untukmu.. sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir..
Iringan doa kuhulur..
Bersyukur kepada-Nya..
Atas nikmat usia..

Sahabat..

Usia yang Tuhan kurniakan ini..

Kau hiasilah ia dengan amalan murni..

semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana..

Selamat Hari Lahir~

(ulang **)

Usiamu ibarat mutiara..
Tiada berganti lagi..
Hiaskan iman bersulam taqwa..
Agar sempat menuju.. haruman syurgawi..

Selamat Hari Lahir..
Iringan doa kuhulur..
Bersyukur kepada-Nya..
Atas nikmat usia..

*********


"SELAMAT HARI LAHIR YG KE-21 BUAT ASYRAF B. MD GHAZALI" ^^

Barakallah ya akhi fiddin..Sekarang sudah bertambah usia.Semoga bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya kematangan & kebijaksanaan menghadapi liku2 kehidupan..seperti dalam lirik lagu Saujana di atas..hiasilah hidupmu dengan limpahan iman, bersulam taqwa..:)

Melangkahkan kaki pada usia baru ini, di daerah baru..bersama sahabat2 baru..moga azam dan semangatnya juga baru..terus melangkah, mengembara, tanpa mengenal erti putus asa..jihad ilmu di bumi anbiya'..kembara seorang mujahid mencari redha Ilahi.
Moga dikuatkan iman, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat..ameen ya rabb~ :)

"Sahabat sejati bukanlah seseorang yang selalu ada bila kita memerlukannya.. Tapi, sahabat sejati adalah seseorang sentiasa membuat kita ingatkan Allah.."
Semoga kelak kita termasuk di antara tujuh golongan yang dinaungi Allah SWT... Ameen.




Read more...

Monday, November 30, 2009

Qurban Shoubrowi --> Pengalaman PertamaKu....

 Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Hajj, ayat yang ke- 34 :

“ Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternakan. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (muhammad) kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” 


Tahun 1430H bermaksud sudah 1400 tahun lebih Rasulullah meninggalkan kita.

Bermula dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama putera kesayangannya Nabi Ismail a.s menghadapi satu pengorbanan yang besar yang mana Allah telah perintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah As-Saffat, ayat yang ke-102 :

" Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata, "Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."


Tahun demi tahun umat Islam seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari Kebesaran Islam iaitu Sambutan Eidul Adha. Tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu kerana tahun ini buat kali pertamanya aku menyambutnya di Bumi Mesir.

Walaubagaimanapun, faktor berbezanya keadaan, situasi, masa dan sebagainya bukanlah menjadi penghalang untuk aku menyambutnya kerana pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra (DPM MAQAZ)  dengan kerjasama Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menganjurkan satu program untuk menyambut Eidul Adha ini.

Hari raya pertama pihak persatuan telah membuat solat hari raya eidul adha di masjid berdekatan Markaz. Selepas selesai warga mesir sembahyang, pelajar melayu yang belajar di shoubra pula berkumpul untuk menunaikan solat sunat Eidul Adha.

Pada hari Ahad, aktiviti korban dijalankan.

Pada tahun ini agak meriah sedikit mengikut pendapat abang-abang. Kemungkinan pada tahun ini binatang yang dikorbankan agak banyak dan bertambah (19 ekor kambing dan 1 ekor unta).

Tepat jam 7 pagi aktiviti penyembelihan dimulakan dengan kambing dan diselangi dengan unta.

Walaupun agak banyak binatang yang dijadikan korban, tapi berkat sifat tolong menolong yang telah dilemparkan ke dalam hati sahabat-sahabat yang berada di shoubra ini, kesemua binatang dapat diselesaikan dalam keadaan yang pantas dan teratur.

Lebih kurang pada pukul 12 tengah hari (waktu zohor), semua bahagian dapat dibahagi pada orang yang sepatutnya.

Solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan sedikit makan-makan.

Alhamdulillah.....
..............................................................................


Sewaktu selesai sembahyang raya


 Bersama rakan serumah Darul Elyas


Unta yang nak kena sembelih nanti... kenangan semasa ada ;-)


darah unta yang pekat....menjadi saksi di akhirat kelak...ameen...




Kesan perjuangan Eidul Adha...Hilang sedikit isi... ;-)


Banyak pengalaman dan perkara baru yang dapat dipelajari bila berada berjauhan dari keluarga. Terutamanya prinsip berdikari untuk meneruskan perjuangan walau apa jua rintangan dan ujian yang datang. Juga ilmu untuk hidup bermasyarakat, sepertimana yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran pada surah Al-Maidah, ayat ke-2 :

".......Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan........"

Ya Allah....
Ampunilah segala dosa dan
kesalahan kami selama ini...

Ikatkanlah hati-hati kami
Supaya kami tidak leka
dengan hal-hal duniawi...

Peliharalah iman kami
Supaya tidak tergelongsor
dengan hasutan syaitan yang menyesatkan

Engkaulah Yang Maha atas segala-galanya...

Ameen......

Read more...

Thursday, November 26, 2009

Hari Bersejarah Islam


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang empunya sekalian ‘alam yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian makhluk ciptaanNya.

Tahun demi tahun kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hal ini adalah kerana dinisbahkan ke atas kisah antara Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.. Sepertimana yang telah termaktub di dalam  Al-Quran pada surah As-Saffat, ayat ke 107 :

“ dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar “


Dalam ayat ini dan sebelumnya, Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita semua satu kisah yang berlaku diantara Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.

Suatu hari, dengan kuasa Allah s.w.t telah mendatangkan satu mimpi semasa Nabi Allah Ibrahim a.s. sedang tidur. Di dalam mimpi tersebut, Allah s.w.t telah memerintahkan kepada baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail a.s. Firman Allah s.w.t  di dalam Surah as-Saffat, ayat ke -102 :

“ maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar ”


Pada keesokan harinya, sebelum baginda menyempurnakan perintah Allah s.w.t , baginda telah datang bertemu dengan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.

Berat hati seorang bapa untuk menceritakan kepada darah dagingnya bahawa putera kesayangannya hendak disembelih oleh bapa sendiri.

Tapi,

Demi Perintah Allah s.w.t baginda menggagahkan dirinya untuk memberitahu anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. bahawasanya baginda Nabi Ismail akan disembelih atas sebab perintah dari Allah.

Selepas baginda Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail, baginda terus menjawab dengan yakin kepada bapanya Nabi Ibrahim a.s. supaya menjalankan perintah Allah kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah diperintahkan Allah.
………………………………………………………………………………
Di sini menunjukkan bahawasanya pengorbanan yang perlu ada pada diri setiap yang bergelar muslim adalah pengorbanan dan penyandaran dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t.

Jangan terus menghukum dengan apa yang telah ditimpakan kepada kita. Sebaliknya,selidik dan berfikir terlebih dahulu dengan apa yang telah diuji, InsyaALLAH ada hikmah yang tersirat. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Ya Allah,

Engkaulah yang mempunyai sagala-galanya,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa
yang tiada lainnya.

Jadikanlah segala apa yang tersirat dan tersurat
Di dalam Hari Raya Aidil Adha ini,
Menjadi asbab untuk kami lebih ringan
Untuk melakukan amal Ibadah kepadaMU.

Jauhkanlah hati kami dari kegelisahan dunia
Yang boleh membuatkan kami lupa dan jauh dariMU.

Tingkatkanlah ketaqwaan kami,
Tanamkanlah ke dalam diri kami sifat RAJIN
Untuk melakukan amal ibadah,

Pasakkanlah sifat MALAS ke dalam diri kami,
Dari melakukan perkara yang boleh membawa
Kami jauh dariMU.
………………………………………………………………………………

Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan buat semua sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri ini. Moga dengan sambutan pada hari ini kita sama-sama dapat menambahkan lagi kekuatan dalaman kita untuk menjadi mukmin yang sebenar-benarnya.

p/s : Jangan lupa turun ke padang bersama masyarakat untuk gotong-royong pada majlis penyembelihan dan qurban.

Read more...

Monday, November 16, 2009

Memorial Ketika Bersamamu...

" Abah, mak.. sapa lagi ada dekat rumah?"
Diri ini bertanya.

"...Adalah abang faizal dan kak bilah,mak, abah, pipah....
...kemal dengan abang pi KL. Ada Event."
Suara seorang ibu membalas.

" Semua sihat ka?
...Tok dok kat mana?"


"Alhamdulillah...semua sihat..

"Tok ada dekat rumah Pak Ngah."

Seperti biasa, aku akan bertanyakan keadaan ahli keluarga di Malaysia. Mudah sekarang kerana maklumat hanya di hujung jari.

Jauh mana pun boleh tengok muka lagi.

Perbualan aku dengan keluargaku disudahi dengan salam dan nasihat. Hampir pukul 11malam (waktu malaysia) rasanya habis berbual dengan keluarga tercinta.

..........................................................................................................

Bangun subuh......

Sembahyang.....

Aku terus pergi ke meja laptopku. Mencari telefon untuk melihat waktu sekarang.

Tengok-tengok ada nama "UMI" terpampang di skrin N82 aku.

Degup.....
Degup.....

Hatiku dah rasa semacam je rasa. Tak sedap hati sangat-sangat...

Baru je x sampai 12 jam telefon, tak kan dah mesej.

Perlahan-lahan aku membuka peti masuk untuk melihat berita yang ingin disampaikan kepadaku.

"بسم الله الرحمن الرحيم ..........."

Perlahan-lahan dibaca....

" Salam, pah nak bagi tau Tok Kile dah meninggal pagi tadi kul 4 waktu malaysia "
Adikku yang menaip mesej ini rupanya.

.........................................................

" Ya Allah......

Aku seakan-akan tak dapat menerima mesej yang aku baca tadi.

Hatiku mula sebak tak berkata apa-apa. Kelu lidahku.

Terus aku membuka laptop aku dan menelefon mak aku.

"Salam, mak......

Tak sempat aku meneruskan pertanyaan aku.

"..Adik, Tok dah tak dak kul 4 pagi tadi..."

Mak aku terus memberitahuku.

Menitis air mata membayangkan wajah tok aku. Seolah-olah tak dapat menerima bahawa tok dah pergi selama-lamanya.

Allahu Rabbi.....

" Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n..."

...........................................................................................

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 61 :-

فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ

" Maka apabila telah datang ajal kepada kamu, tidak akan dilewatkan sedikitpun walaupun sesaat, dan tidak akan diawalkan "



Bila terbaca ayat ini, barulah hati aku menjadi tenang sedikit kerana itulah janji Allah. Yang bernyawa pasti akan pergi juga.

Masih terbayang raut wajah tok aku sebelum aku pergi ke Mesir. Tok aku bersama ahli keluarga yang lain turut sama-sama menghantar aku di KLIA.

Berkali-kali tok peluk dan cium aku menangis teresak-esak.

Allah Maha Besar, Itulah kali terakhir aku melihat wajah tok aku.


Bersama-sama keluarga di KLIA


Teringat wajah tok semasa di KLIA


sewaktu menanti aku untuk berlepas di KLIA
..........................................

Ya Allah.....

Engkau ampunilah segala kesalahannya,
Engkau tempatkanlahnya di kalangan
orang-orang yang dimuliakanMU.

Engkau tabahkanlah hati kami
untuk menerima hakikat yang hidup pasti akan mati.

...........................................................................................................
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah Binti Zakaria (TOK) yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 November 2009 / 26 Zulkaedah 1430 H dan juga kepada Allahyarham Harun Bin Mat Sik (TOKWAN) pada 22 Oktober 2007 / 10 Syawal 1428 H.

Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Ameen...

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Al-Fatihah..............

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah s.w.t dalam kitabNYA yang bermaksud  :

" Apabila datangnya ajal (terhentinya nyawa) kepada kamu, maka tidak ada lewat dan tidak ada cepat "


                Sahabat-sahabat pembaca sekalian, saya bersama ahli keluarga yang lain memohon jasa baik dari kalian semua untuk membaca al-fatihah dan sedekahkannya kepada Arwah Tok saya ( Mak kepada Abah saya ) yang baru meninggal dunia sebelum subuh jam 4 pagi waktu malaysia.

                Moga jasa baik sahabat-sahabat sekalian dapat menjadikan sahabat-sahabat serta arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Insya-Allah.....


Al-Fatihah......

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Terima Kasih Ya Allah...

"bipp.......
"bipp.......
"You have a message.."

Nokia N82 aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Ketika itu tepat jam 9.14 pagi bersamaan pukul 3.14 petang waktu malaysia. Aku sedang berada di dalam kelas Qiraat di Maahad.

Aku dengan perlahan-lahan menyeluk tanganku ke dalam beg bimbitku untuk melihat nama yang terpampar di skrin.

Tengok-tengok.... Nama "UMI" terpampang di skrin N82 aku.

Agak-agak di penghujung pembelajaran, aku cuba menggagahkan diriku untuk melihat apakah yang ingin disampaikan kepadaku oleh mak dalam mesej tadi.

Satu persatu ditekan.... Akhirnya sampai ke peti masuk...

"Salam. Adik ada kuliah ka? Maaf jika mak mengganggu....."
Hatiku terasa ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Aku terus menekan keypad ke bawah...


"... Mak nak bagi tau adik abah dah dapat keluar wad. Alhamdulillah abah nampak bertambah sihat dan makan banyak pun dah boleh. Tak muntah lagi..."
Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah......

"...Tapi...."
Ada juga tapinya...
hatiku seolah-olah berubah menjadi murung kembali.

"....Tapi, Doktor cakap abah tak boleh memandu, buat kerja berat-berat, naik turun tangga, angkat benda berat selama 4 ke 5 bulan. Tapi tak pa mak boleh bawak keta. Adik jangan risau, tumpu pada pelajaran. InsyaALLAH ALLAH tolong. Mak minta ALLAH kuatkan semangat mak.."

..........................................................................

Semalam tepat jam 11.40 malam waktu Malaysia, aku menghubungi mak untuk mengetahui keadaan abah.

Aku dapat rasakan bahawa mak macam penat. Seolah-olah orang yang penat saja aku dengar suara mak.

Bila selesai membaca mesej yang dihantar oleh mak,hatiku barcampur baur antara gembira dan sedih.

Gembira bila mendengar berita bahawa abah dah makin baik dan boleh keluar wad.

Sedih kerana abahku tidak boleh gagah seperti dulu lagi..

Abahku sekarang sudah tidak boleh kuat seperti dulu lagi...

"....Tapi, Doktor cakap abah tak boleh memandu, buat kerja berat-berat, naik turun tangga, angkat benda berat selama 4 ke 5 bulan. Tapi tak pa mak boleh bawak keta".

Suatu ketika dulu abahlah yang memandu kereta membawa aku pulang ke asrama untuk belajar.

Suatu ketika dulu abahlah yang banyak membantu keluarga kami.

Abah berusaha buat yang terbaik untuk keluarga kami.

Dimana ada abah....Disitu jugalah ada mak dan ada aku.

Tapi selepas ini abah tak boleh dah nak kuat seperti dulu.

Sebak hati ini bila tidak dapat bersama-sama abah, mak, pipah, abg kemal, dan abg kibri bila dalam situasi ini.

Sekarang aku sudah berada di perantauan, jauh dari keluargaku.

Yang aku dapat tahu dari semasa ke semasa hanyalah melalui telefon melalui internet.

Ya Allah....

Selamatkanlah ahli keluargaku
dari azab api nerakaMU..

Selamatkanlah orang yang ku sayangi
dari azab api nerakaMU..

Dekatkanlah kami semua dengan
amalan-amalan yang boleh mendekatkan
diri kami denganMu...

Jauhkanlah diri kami sejauh-jauhnya
dari melakukan maksiat kepadaMu...

Abah...

Mak...

Ampunilah kami semua,
Mungkin selama ini kami banyak melakukan
sesuatu yang boleh membuatkan abah dan mak
menitiskan air mata...

Ampunilah kami....

Doakanlah kami
supaya kami menjadi anak yang soleh dan solehah

Doakanlah kami
supaya kami berjaya di dunia dan akhirat

Ancik doakan supaya mak, abang, pipah dan kemal tabah menghadapi segala ujian ini.

Ameen..... Ya Rabbal 'Alamin..

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Buat Yang Tersayang....

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

" Abah.... ancik (panggilan manja) nak g sekolah dulu.......


"Abah.... ancik nak beli barang ni bleh tak?"


"Abah..... nanti konvo ancik abah mai tau..."

Suatu masa dahulu, soalan-soalan sebeginilah yang biasa ditanya oleh aku.

Dari kecil, masuk ke alam rendah, terus ke menengah sehinggalah ke alam universiti, abah dan mak lah yang menjadi tempat aku bergantung.

Boleh dikatakan dari aku kecik sehinggalah aku berumur 20 tahun, aku masih lagi dekat dengan keluargaku yang tersayang.

Walaupun sejak dari tingkatan satu aku dah duduk dekat asrama. Tapi tak lah jauh sangat.

1 Oktober 2009, hari permulaan aku berjauhan dengan abah, mak, abang kibri, abang kemal, dan adik pipah serta keluarga-keluargaku yang lain.

Hampir sebulan lebih rasanya aku meneruskan perjuangan di bumi Mesir ini.

Seperti biasa, aku tetap mencari ruang kosong untuk menghubungi keluargaku di kulim.

Kadang-kadang, aku telefon guna Smart Voip. Kadang-kadang guna Skype. Aku dapat tengok muka abah, mak, abang, kemal dan pipah. Dan diaorang pun sama dapat tengok keadaan aku di sini.

3 hari lepas, aku telefon seperti biasa untuk melepaskan rindu bersama keluarga tersayang.

Tapi kali ini ada sedikit yang lain dari yang lain...

"Adik macammana kat sana?"
"Boleh ka besa diri dengan kehidupan di sana?"
"Pelajaran adik macam mana?"
"Duit adik ada lagi? Jangan sampai tak makan pulak.."

Inilah biasanya soalan-soalan utama yang abah dan mak akan tanya padaku.

Aku dapat rasakan perasaan mak dan abah sejak-sejak aku berjauhan dengan mereka. Maklumlah, kali pertama keluar dari Malaysia dan jauh sangat-sangat.

Tengah asyik bersembang dengan mak, abah dan pipah, tiba-tiba sume terdiam.

Dan abah membisik sesuatu kepada mak. Aku dapat tengok gelagat abah dan mak berakata-kata sesuatu untuk dikhabarkan kepada aku.

" Adik... hari ahad abah masuk wad..10 haribulan 11 ni..."
Tiba-tiba mak memberitahu aku.

"Pasai apa mak abah kena masuk wad?"
Tanya aku untuk mencari jawapan.

Jantung aku mula berdegup makin kencang.

"Tak dak apa-apa aih....sikit ja sakit.."
Mak cube menenangkan perasaan aku yang makin tak tentu arah ini.

"Aik?Tak kan x dak apa-apa sampai kena masuk wad?..."
"Pasai apa mak?"

Aku cube bertanyakan lagi untuk benar-benar mendapat jawapan yang tepat.

"....Emm....
"Abah kena bedah isnin ni...."
Suara abah mula kedengaran sedikit.

"Hah?"
"Pasai apa?"
Aku jadi makin tak ketahuan. Dah la aku jauh sangat-sangat dengan mak dan abah aku.


"Abah nak kena bedah sikit ja...."
Abah cube menenagkan keadaan aku yang tak tentu hala ini.

"Sikit ja...Jangan risaulah.."
Sambung abah lagi.

"Nanti jangan lupa bagi tau ancik dari masa ke masa...Mesej je kat ancik"

Aku menamatkan perbualan aku dengan salam dan sedikit pesanan supaya aku dapat tahu keadaan abah di sana.

Esoknya hari isnin, aku mengikuti satu program Jaulah Ke Maqam-Maqam Auliya' di sekitar Kaherah. Seawal jam 7 pagi aku bersama rakan-rakan yang lain mula bertolak.

Tepat jam 12 tengah hari (Mesir), Pukul 6 petang (Malaysia) handphone Nokia N82 aku berbunyi.

" You have a message.."

Menandakan ada mesej yang masuk ke N82 aku.

Secara perlahan aku membelek...

Satu persatu butang keypad aku tekan.

Nama Umi terpampang di skrin Nokia N82 aku.

" Salam. Adik, abah dah selamat pembedahan dan dah sedar. Malam ni kemal jaga abah dekat hospital. Alhamdulillah.."

Alhamdulillah...

Syukur banyak-banyak padaMU Ya Allah kerana telah memperkenankan segala doa dan hajatku selama ini.

"Ameen Ya Rabb...."

Ya Allah,
Aku memohon dengan berkat kasih dan sayangMu,
Engkau datangkanlah nikmat kesihatan,
Kepada ahli keluargaku.


Engkau jauhkanlah segala musibah,
Perkara-perkara yang boleh menjauhkan ahli keluargaku,
Dari mengingatiMU.

Engkau tautkanlah hati-hati kami,
Supaya lebih kasih-mengasihi antara kami.

Engkau jauhkanlah segala persengketaan,
Yang boleh membawa perpecahan kepada keluarga kami.

Engkau berikanlah keluarga kami,
Sentiasa dipayungi Rahmat dan Kasih SayangMU.


Engkau perkenankanlah segala hajat dan permintaanku.


Ameen Ya Rabbal 'Alamin...



Abah dan Mak tersayang di Tasik DQ sewaktu
Majlis Khatam Hafazan DQ 2008


Bersama Buah Hatiku sewaktu di Airport KLIA
sebelum berlepas ke Mesir.

 
Bersama Abah dan Mak sewaktu Majlis Konvokesyen
tahun 2008

Read more...

Friday, November 6, 2009

Sama-samalah Muhasabah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Ya Allah.....
Daku memohon kepadamu.....
Dengan berkat dan kasih sayang-MU.....


Semoga hati yang berkata-kata ini.....
Sentiasa mengamalkan apa yang diperkatakan.....
Mendahului atau seiring hamba-hambaMu lain.....


Semoga diri yang sentiasa berkata-kata ini....
mempunyai kekuatan jiwa...
Dan keberanian diri untuk menyampaikan....
Segala yang dipertanggungjawabkan ke atas diriku.....
Sebagai khalifah di muka bumi ini.....

Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa azhari, walaupun baru sebulan menjejakkan kaki di bumi panahan (الأرض الكنانه) ini, aku agak terkesan dengan segelintir mahasiswa yang masih ingin menikam antara satu sama lain.


Di sini, tiada siapa lagi yang boleh kita berteduh dan bergantung mengharapkan kasih sayang seperti di Malaysia dahulu. Cuma yang ada hanyalah satu persatuan melayu yang dinamakan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan nama PMRAM.


Iaitu sebuah persatuan yang wujud sejak tahun 1930. Yang mana wujud sebelum Malaysia merdeka lagi.


Aku tak nak menyebut mana-mana pihak yang menganggap persatuan yang sedia ada ini adalah pembangkag atau sebagainya. Tapi sahabat-sahabat perlu ingat bahawasanya sahabat-sahabat tiada siapa di sini melainkan persatuan anak-anak melayu yang sedia ada ini sahaja.


Aku boleh katakan bahawasanya pihak-pihak yang menghentam persatuan ini sebagai "TAK BERSYUKUR", "SOMBONG", "ANGKUH", "TAK TAHU MALU" dan sabagainya. Ini adalah istilah yang datang secara peribadi dari diriku.


Kenapa perlu mengata kepada pihak persatuan kalau sesuatu program yang dijalankan ada sedikit kecacatan?
Kenapa perlu cakap belakang kalau tak puas hati dengan apa yang persatuan anjurkan?
Kenapa perlu kata belakang sedemikian??


Bila pihak persatuan buat program, ada saja pihak-pihak yang memboikot. Dah la dia boikot tak nak ikut serta dalam program, lepas tu dia ajak pulak orang lain join dia.


Memang tak betul langsung.


Setakat aku mengikuti program pihak persatuan, tak dak lagi rasanya yang melanggari syarak. 
Tak dak lagi lah yang sampai yang boleh syirik kepada Allah.
Tak dak lagi lah yang sampai jatuh sakit.

Kalaulah ada kecacatan sedikit, tegurlah dan berilah buah fikiran yang bernas untuk sama-sama kita pertingkatkan kualiti pada masa akan datang. Bukan dengan cara mengata kat belakang.

Yang aku tau, bila pihak persatuan buat program, yang tak hadir program tu  berbungkus dekat bilik ramai lah.

Sama-sama kita muhasabah diri kita mana yang perlu kita buat dan ikut.



Janganlah kita jadi penyebab terputusnya rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita. Tapi, jadilah penyambung rantai-rantai perjuangan ini.


Takbir!!!





Read more...

Friday, October 30, 2009

Sensetiviti.....

بسم الله الرحمن الرحيم





Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian 'alam.
yang Maha atas segala-galanya.


Selawat serta salam atas junjungan besar 
Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga Baginda,
sahabat-sahabat baginda serta 
sekalian para syuhada yang tidak jemu-jemu 
menegakkan kalam Allah.


Hari demi hari.......
Masa demi masa......
Waktu demi waktu......
Umur kita semakin meningkat...
Itulah tandanya makin dekat jarak untuk kita pulang menghadap Allah s.w.t....

Hampir sebulan sudah aku berjauhan dari keluarga. Begitu banyak pengalaman, cerita, dan berbagai-bagai lagi yang baru bagi diri aku.


Kalau dahulunya di Malaysia, sebelum aku menjejakkan kaki di bumi panahan ( الأرض الكنانة ) ini, memang dipenuhi dengan kesenangan duniawi. Bangunan yang tersergam indah, nikmat keharmonian yang erat, nikmat wang ringgit dan sebagainya.


Tapi....
Masih ramai lagi yang leka dengan hal dunia semata-mata melebihi dari ukhrawi.


Di Malaysia, begitu banyak nikmat yang Allah telah curahkan tanpa mengira latar belakang. Masjid-masjid begitu banyak dibina dengan kos dan alatan yang begitu canggih.


Tapi....
Di Mesir, sama juga seperti di Malaysia yang mempunyai masjid yang begitu banyak. Cuma yang membezakannya adalah berapa ramai yang betul-betul syukur menggunakan nikmat yang telah Allah curahkan ini.


Hari makin hari, makin ramai bilangan manusia yang lahir di muka bumi ini. Tapi berapa ramaikah yang betul-betul syukur atas nikmat yang telah Allah berikan ini.


Berapa ramaikah yang betul-betul sedar untuk menjalankan segala hak-hak Allah...
Berapa ramaikah yang betul-betul melaksanakan perintah dan suruhan Allah...


Kita mungkin berbangga jikalau ahli keluarga kita berjaya dalam sesuatu bidang duniawi...
Tapi..adakah kita sensetif dan ambik berat jikalau ahli keluarga kita meninggalkan solat??

Adakah kita kisah kalau ahli keluarga kita leka dengan suruhan Allah??



Sama-samalah kita muhasabah diri kita ini...


Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Sama-samalah kita berpesan antara satu sama lain moga ianya menjadi satu asbab untuk menaikkan nama Islam ke tempat yang paling Tinggi.


  " الصلاة عماد الددين  "


TAKBIR !!!
 

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Perkenankanlah Doa Kami....



Aku berlindung dengan Allah
dari Syaitan yang direjam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani,

Segala puji-pujian bagi Allah
Tuhan sekalian alam

Dan selawat serta salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w,

Ya Allah....

Tuhan yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang,

Engkau Ampunilah dosa kedua ibubapaku,
Dosa Abang-abangku,
Dosa adikku,
Dosa aku,
Dosa kaum keluargaku,
Dosa Sahabat Handaiku,
Dosa Orang muslimin serta muslimat
yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,

Ya Rabb...

Datangkanlah nikmat kesihatan kepada kedua ibubapaku,
kepada abang-abangku,
kepada adikku,
kepada aku,
kepada kaum keluargaku,
kepada orang yang aku sayangi,
kepada sahabat handaiku,
kepada orang muslimin dan muslimat,

Ya Latif...

Engkau peliharalah hati-hati kami
dari perkara-perkara yang lagho,

Engkau ringankanlah hati-hati kami,
anggota kami,
seluruh tubuh kami,
untuk mealkukan segala amar makruf,

Engkau dekatkanlah hati-hati kami
kepada perkara-perkara yang boleh mendekatkan
diri kami pada-MU,

Engkau sibukkanlah hati kami senantiasa
dengan perkara-perkara yang ibadah
yang boleh membawa kami lupa dengan maksiat dan dosa.

Ya Rahman...

Engkau jauhkanlah hati-hati kami
dengan perkara-perkara yang boleh
menjerumuskan kami ke lembah maksiat,

Engkau beratkanlah hati-hati kami,
anggota badan kami,
tubuh badan kami
dari mendekati maksiat dan dosa.

Ya Rabbal 'Alamin...

Aku memohon kepada-Mu,
Engkau permudahkanlah segala urusan kami,
Engkau permudahkanlah segala hajat kami,
Engkau permudahkanlah segala hal dan urusan kami,

Engkau berikanlah kami menjadi
anak-anak yang soleh-solehah,

Engkau berikanlah kami dapat menggembirakan
hati kedua-dua orang tua kami,

Ya Allah...

Engkau berikanlah kemenangan
kepada seluruh umat islam,

Engkau permudahkanlah segala urusan mereka,

Engkau berikanlah mereka thabat dalam perjuangan.

Ya Latiff...

Engkaulah yang Maha Atas Segala-Galanya,

Engkaulah Yang Maha Mendengar
segala rintihan setiap hambamu.

Engkau berikanlah natijah dan hasil
yang terbaik keatas kami.

Ameen Ya Rabbal A'lamin.
........................................................................................................................

p/s: moga segala hajatku dan dia diredhai oleh Allah.

: moga segala perancangan kami direstui dan diredhai Allah..


Ameen Ya Rabbal A'lamin.


Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP