Tuesday, August 4, 2009

Kasih Ibu, Kasih Sejati Membawa Ke Syurga Yang Kekal Abadi.....

SALAM BERSUA KEMBALI.....

Pertama sekali kami mewakili pihak penulis ingin memohon beribu kemaafan atas kesepian yang begitu lama...

Baru-baru ini, Kerajaan Kedah dibawah pimpinan Parti Islam Se-Malaysia, YAB Ustaz Azizan bersama pimpinan-pimpinan lain telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Ketaqwaan.

Ceramah ini telah diadakan di Kulim yang telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyrakat dan Dif-dif kehormat.

Malam itu boleh dikatakan hampir beribu-ribu orang yang membanjiri padang tersebut. Mungkin penceramah pada malam tersebut agak dikenali ramai kot.

"Ustazah Dato' Siti Norbahyah"...

Ada satu kisah yang aku ingin berkongsi bersama pembaca-pembaca semua.

Pernah dengar kisah Al-Qamar??

Itu dizaman Rasulullah s.a.w....

Tapi...

Berlaku juga di Malaysia. Yang mana dikenali sebagai Negara "1 MALAYSIA"..

bermulalah kisah.....

Dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sederhana. Terdapat 3 orang beranak, Si Ayah, Si Ibu, dan Si Anak .

Ditakdirkan pada suatu hari, Si Ayah telah dijemput oleh Allah s.w.t kembali dahulu. Maka tinggallah Si Anak dan Si Ibu.

Sejak pemergian si Ayah tersebut, si Anak memang terus merubah menjadi semakin teruk.

Si Anak terlalu banyak membuang masa dengan kawan-kawan.

Si Anak terjebak dengan "MAT REMPIT".

Si Anak terjebak dengan kes-kes jenayah.

Sebelum pemergian si Ayah, si Anak ini takut sedikit dengan ayahnya. Tapi, selepas si Ayah kembali meninggalkan dunia, si Anak menjadi semakin berani dan semakin menjadi-jadi untuk melakukan benda-benda yang tidak berfaedah itu.

Sejak si Ibu mengetahui bahawa anaknya telah berubah perangai menjadi semakin berani, si Ibu memohon doa kepada Allah s.w.t supaya lembutkanlah hati anaknya dan peliharalah anaknya daripada terjebak dalam perbuatan yang tidak berfaedah dan daripada melakukan maksit.

Tidak berhenti-henti si Ibu berdoa dan menasihati anaknya...

"Nak...tinggallah apa yang anak telah buat sekarang...janganlah terlalu ikutkan nafsu yang tidak tahu batasnya ini nak...mak sayangkan kamu nak...."

Anak tersebut langsung tidak menghiraukan nasihat dari si Ibu. Malah menengking dan memarahi si Ibu tersebut.

"Mak mana tau!!! Saya tahulah apa yang saya buat...Saya dah besar...Saya dah boleh pikir...Mak mana tau jiwa remaja macam saya!!!...

Mendengar jawapan dari si Anak tersebut, tersentak si Ibu tidak berkata apa-apa.

Lidah terus kelu tidak berkata apa-apa. Termenung seorang diri mengenangkan apa yang anaknya telah katakan.

Pada suatu hari, seperti biasa si Ibu menasihati anaknya..

"Nak..tak payah lah keluar hari ni...hati mak rasa memang tak sedap sangat-sangat hari ni..entahlah....nak tak yah lah keluar ye...."

Anak itu menjawab...

"Saya dah besarlah mak...bosan tiap-tiap hari dengar bende yang sama...Saya dah pandai pk lah...Lagipun saya dah janji dengan kawan petang ni...Saya pergi dulu"

Anak itu pun berjalan dengan buat tidak endah dengan rintihan si Ibu tadi.

Sambil anak itu berjalan....

Si Ibu yang sayangkan si Anak ini terus berlari menarik tangan anaknya...

"Nak...tak payah lah keluar hari ni...Dengar cakap mak...dengar cakap mak nak.....Tak payah keluar...mak rasa tak sedap hati..."

Menangis si Ibu tersebut menasihati anaknya.

Kerana terlalu mengikut jiwa remaja yang sioman itu....

Anak tersebut terus sentap tangan dan tolak si Ibu sampai terjatuh dengan kuat..

Tanpa menghiraukan tangisan dan nasihat serta rintihan si Ibu, anak itu pun terus menghidupkan motonya dan terus pergi..

Allah Maha Kuasa.....

Allah Maha Penyayang...

Allah Maha Besar...

Si Anak tadi boleh dikategorikan sebagai ANAK DERHAKA!!!

Memang benar dengan apa yang dijanjikan oleh Allah..

Tidak sampai 5 minit, Allah telaj menunjukkan sesuatu kepada si Anak tersebut..

Lampu Isyarat pertama sudah bertukar menjadi warna merah..

Dalam masa yang sama si Ibu menangisi akan perbuatan si Anak tadi..

Allahu Akbar!!!

Allahu Akbar!!!

AllahuAkbar!!!

Pantas masa berlalu...

Lampu isyarat sudah bertukar menjadi merah.....


BERSAMBUNG........

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP