Tuesday, May 19, 2009

Sedihnye......huhu :-(




" Ancik pi sekolah dulu mak...."

....Ancik nak pi sekolah dulu abah..."

Tugasku sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Bukit Teh hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Aku diamanahkan bertugas di sekolah ini bermula dari 8 April 2009 dan sekarang sudahpun 19 Mei 2009.

Dah dekat 2 bulan dah.



Cikgu-cikgu di sini semuanya ramah-ramah belaka. Ada berbagai ragam dan gaya yang tersendiri. Ini yang membuatkan aku senang berada di sekolah ini.
Setiap kali sebelum aku pergi kerja. Aku akan salam dan cium pipi mak dan abah aku.

Umur aku sekarang dah pun hampir 21 tahun. Tapi, aku tak nak amalan ini lupus dan lenyap dari hidupku.


Tapi........


3, 4 hari ini..

Rutin harian aku sebelum aku pergi kerja tidak sempurna. Aku tak dapat salam dan cium pipi mak aku seperti hari-hari yang kebiasaannya.

Waktu petang pun, sebelum aku pergi mengajar di Kubang Semang jarang-jarang dapat aku salam dan cium pipi abahku.

Sedih rasanya..... :-(

Tapi...aku faham kenapa jadi begini....

Hari Sabtu yang lalu, Tok aku (sebelah mak) dimasukkan ke wad di Hospital Swasta Lam Wah Ee, Penang. Sebab lemah seluruh badan.

Sejak Sabtu petang mak ditugaskan menjaga tok aku. Maklumlah, yang lain semua sibuk dengan tugasan masing-masing.

Kerja rumah seperti memasak,mengemas rumah,membasuh baju,melipat kain dan lain-lain... Semuanya diganti dengan ahli keluarga yang ada dekat rumah ni. (abah,adik,abang,kemal, dan aku)

Ahad yang lalu, aku balik ke kampung bersama tok ( sebelah abah). Tok nak ambik pakaian dan kemas rumah dekat kampung sekejap.

Jarak dari rumah aku ke kampung hampir setengah jam je.

Semalam (Isnin), pukul 10pagi abah aku keluar awal sikit sekolah. Abah nak bawak tok (sebelah abah) pergi cek darah tinggi dekat hospital Lam Wah Ee. Tempat yang sama dengan tok sebelah mak.

Abah kata nak pergi awal pagi sebab boleh balik awal sikit petang nanti.

Aku balik sekolah seperti biasa. Lebih kurang pukul 2petang.

Pukul 4 abah tak balik lagi......

Pukul 5 abah tak balik lagi......

Aku selalu keluar dari rumah untuk pergi mengajar dekat Pra Tahfiz lebih kurang pukul 6 lebih.

Tunggu punya tunggu......

Tak balik jugak.....

(Kerisauan mula bermain di benak fikiranku)

Tepat pukul 6.15 petang, aku mula menghidupkan Honda Wave Hitam aku. Dengan harapan abah aku akan pulang sebelum maghrib nanti. Sebab, lepas maghrib nanti adik aku ada tuisyen.

Seperti biasa, aku mula mengajar dari pukul 7petang sehingga 10malam. Tepat jam 10.30malam, aku sampai di halaman rumah bernombor 208, Taman Berlian.

Aku tengok kereta Hyundai berwarna Silver kepunyaan abah aku belum masuk lagi ke halaman rumah. Kereta Viva Hijau Mak aku pun tak dak jugak.

Masuk ke dalam rumah, cuma ada kemal (abg kedua) saja.

"Abah tak balik lagi??....aku bertanya.

"Belum.... jawab kemal."


Dalam 5 minit, kereta viva hijau mak muncul di depan rumah. Abang sulung aku baru lepas ambik adik aku tuisyen.

Selepas itu, abang dan kemal keluar sambung balik bisnes diaorang. Ada prospek baru kot.

"Abah tak balik lagi ke pah??..

"..Dak lagi...Abah kata tok kena tahan wad gak..,jawab adik"

Dalam pukul 11 malam baru abah sampai.

Masih dalam pakaian kerja sebagai seorang guru. Dari pagi tadi abah tak pulang rumah. Dok urus pasai tok.

(Pengorbanan seorang anak terhadap ibunya...)

Tak sampai seminit. Penat dari pagi tadi pun tak habis lagi. Abah terus bagi tau aku yang tok kena tahan wad.

Saluran darah dekat jantung tok tersumbat. 3 Tempat block. Sebab tu tok kata darah tok tinggi.

Abah bagi tau lagi yang tahap penyakit tok dah sampai tahap kritikal sangat. Doktor cakap kena bedah. Dan kos pembedahan tu kemungkinan mencecah hampir RM25 ribu.

(Aku dapat lihat kekerutan di dahi abah.....Mungkin memikirkan kos pembedahan)

Tapi...

Dalam kekerutan tersebut, abah masih tersenyum di hadapan anak-anaknya. Mungkin tak nak anak-anaknya susah hati.

Sekarang....dua-dua tok ada di hospital.

Aku doakan agar Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.....

Ameen..... :-(


p/s : Pengorbanan seorang ibu dan ayah kepada anak-anaknya tidak mampu dibalas oleh anak-anaknya. Oleh itu, walau apapun yang terjadi, ibu dan ayah tetap sebagai ibu dan ayah kita.


: Sepuluh orang anak tidak mampu membalas pengorbanan seorang ibu dan ayah kita.


: Bersyukurlah dengan apa jua sekali pun dengan ibu dan ayah kita semua....


: Buat Abah dan Mak...ancik, abang, kemal dan adik minta maaf sangat-sangat jikalau selama ini kami ada melukakan hati abah dan mak. Maafkanlah kami semua.. Kami sentiasa mendoakan agar keluarga kita dapat menjadi keluarga yang sepakat dan harmoni serta sentiasa dicucuri rahmat dari Allah s.w.t..



Read more...

Saturday, May 16, 2009

Turn to Allah


When you have a terrible day
You just want to scream
just turn to Allah

When your feeling so down
you have lost all hope
just turn Allah

when your feeling betrayed
you just want to curse
just turn to Allah

when you can't see a way out
of a terrible situation
just turn to Allah

when your feeling like
you have no self esteem
just turn to Allah

when your feeling all OK and
the world is at your feet
just remember not to forget Allah
you can then be certain He will remember you !

Read more...

Sunday, May 3, 2009

Antara AGAMA & ADAT ???




Kelmarin (2 Mei 2009), aku mengikuti keluargaku pergi ke majlis kenduri kahwin. Satu di Tanah Liat,Penang dan satu lagi di Taman Kempas,Kulim.


Aku dan keluarga mula bertolak ke Tanah Liat lebih kurang pukul 12 tengah hari. Setibanya kami di sana, tuan rumah menyambut dengan penuh kemesraan.

Memang itu pun adat melayu di sini. Tuan rumah menjadi penyambut tetamu kehormat.

Lepas salam dan beramah mesra dengan tuan rumah, kami terus ke ruang menjamu selera yang telah disediakan di sudut khemah. Ramai sungguh orang pada hari itu. Biasalah, macam kawasan kampung siket.

Makanan pun mewah jugak. Macam kebiasaan kenduri-kenduri yang lain.

Keadaan di sini sungguh mewah sekali walaupun tempatnya di kampung. Boleh dikatakan majlis di sini penuh dengan adat dan budaya melayu.

" Pelamin ada"...

"buah tangan ada"...

"penyambut tetamu ada"....

......dan macam-macam lagi.

Memang adat banyak dikekalkan.

Kami sekeluarga di sini hampir sejam jugak lamanya. Kerana kebetulan tuan rumah tersebut kawan lama mak.

Dalam pukul 2.45 petang, kami mula bertolak ke satu lagi jemputan. Di Taman Kempas,Kulim. Rumah prof. Dr Aziz (pensyarah USM).

Abah nak berehat sebentar. Jadi, aku lah kena pandu ke destinasi seterusnya.

Dari Tanah Liat, aku menggunakan jalan Berapit dan terus susur keluar ke jalan lengkok Mengkuang. Dan terus ke Taman Kempas.

Lebih kurang pukul 3.15petang kami sampai di destinasi yang ingin dituju.

Prof ni kawan abah. Jadi, sampai je terus prof sekeluarga sambut kami. Kalau tak silap aku, ini kenduri kali yang ke lima kot. anak lelaki.

Macam-macam ada. ...

" Char Koey Teow fresh....."

"Buffey......"

.....dan macam-macam lagi.

Cuma di sini bezanya tak dak pelamin.....

Tak dak bersanding....

Boleh dikatakan agama lebih diutamakan daripada adat.

Nak kata tak ramai orang...sama ja dekat tanah liat dan rumah prof ni..Ramai je.

Nak kata tak meriah....sama je dua-dua....Meriah jugak.

Nak kata makanan tak sedap...Sedap je...lagi sedap dekat rumah prof...ada Char Koey Teow fresh...panas lagi...

Lepas selesai dua-dua kenduri tu, Masa dalam keta, abah mula mengutarakan soalan..

" Mana yang beza dekat dua-dua kenduri yang kita p tadi?"

" Yang dekat rumah prof ni lebih teratur n sedap mata memandang daripada kenduri dekat Tanah liat tadi..Betul?..

(Aku mengagguk je....)

Abah aku menyambung lagi sesi tazkirahnya...

"Itulah kalau kita meletakkan agama depan dan ke depan dari hal-hal yang lain...."

".....Sedap mata kita memandang..."

Nak kata prof tu tak dak duit....Lagi banyak dari tuan rumah yang dekat tanah liat tu....

Tapi, simple je majlis dia....Dari anak pertama sampai anak kelima ni, sama je cara dia.

"Save Cost"....

"Waktu sembahyang terurus"...

"Kebersihan terjaga"...

Sebab Islam ni mudah. Cuma yang jadi susah kerana orang letak agama di belakang,adat di depan...


BAYANGKAN

Kalau kita renung dan kira secara halus....kos untuk tempah orang buat pelamin pun dekat beribu-ribu ringgit..

Kos untuk jemput artis dan dj pun beribu-ribu ringgit...

Kos untuk hias dan cat baru seluruh rumah pun dah beribu.

Duit yang membazir ni..... Boleh dah untuk pasangan pengantin tu simpan untuk teruskan kehidupan lepas ni....

Cuma sekarang ni, bila ramai yang malas dan malas pergi menadah telinga mendengar majlis-majlis agama. Inilah jadinya...

Yang mudah jadi susah...

Ada kes sebelum kawin ada yang sanggup pinjam berpuluh ribu hanya untuk kenduri kawin...

Bila dah pinjam, cuma akan seronok masa majlis kenduri je....

Bila lepas kenduri, mula serabut kepala pikir jalan nak langsaikan hutang tu..

Lepas tu...mula lah bertengkar dengan pasangan.....

Sama-samalah kita fikirkan.......



*p/s : sebelum kawin, dalam meeting family. bincang bab hukum agama dahulu.. Pas tu, baru pikir adat.. Kalu aga susah, tak payah buat... Islam ni mudah je.. ORANG YANG JAHIL je yang menyusahkan...


Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP