Friday, May 21, 2010

.: Selamat Pengantin Baru "Syafiq & Juwita" :.

Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam,
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah dan senang.

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu,
Kompang dipalu menyahut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.

Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua.

Ayam dara dibuat gulai,
Bungkus bekalan letak di bucu,
Riang gembira kedua mempelai,
Semoga berkekalan ke anak cucu.

              Selamat Pengantin Baru kepada pasangan " Syafiq & Juwita" saya serta rakan-rakan AQRAB dan di Mesir ucapkan.

               Moga lafaz "Aku Terima Nikah" yang disaksikan oleh hadirin yang hadir menjadikan pasangan ini lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang diimpikan oleh setiap insan.












~ Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan cinta yang terukir berterusan hingga ke syurga yang kekal abadi~


.....................................................................................
~Mujahidin~ 

Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir. 
(St.Theresa, Shoubra) 
(11.45am Mesir) 

"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"

Read more...

Friday, May 7, 2010

.: Suara Mahasiswa Qiraat Didengari di Akhbar2 :.

1)    Tranungkite

2)     Harakah Daily


Keratan Tranungkite :

"Kekesalan jelas terpampang di wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan? Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu Encik Khairi Jalaluddin.

Beliaulah punca mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian. Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar, tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.

Semua borang-borang yang berkaitan dengan pendaftaran telah pun diserahkan oleh pihak mahasiswa kepada Khairi bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo pada bulan Disember 2009 lagi. Tetapi hingga bulan Mei 2010, nama mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar masih lagi tiada di maahad. Persoalan yang timbul ialah, Encik Khairi bin Jalaluddin ini menjalankan tugas atau tidak? Dalam jangka masa 5 bulan, amat mustahil jika urusan pendaftaran masih belum selesai.

Berita yang amat mengecewakan lagi ialah apabila beliau selalu mengeluarkan janji-janji manis semata-mata untuk menyejukkan hati mahasiswa-mahasiswi yang bertanya. Pihak pengurusan pelajar telah berjumpa dengan pegawai yang menguruskan sesi pendaftaran ini. Jawapan yang diberikan ialah nama mahasiswa-mahasiswi akan berada di Maahad Qiraat dalam masa 10 hari lagi. Setelah 10 hari dan beberapa kali 10 hari pihak pengurusan pelajar berulang alik bertanya tentang masalah pendaftaran ini seperti yang dijanjikan. Ternyata janji manis bertukar tawar.

Khairi juga telah menjanjikan bahawa hasil pertemuan beliau dengan Syeikhul Al-Azhar untuk menyelesaikan masalah ini akan dimaklumkan. Kemudian beliau bertukar pula kenyataan bahawa beliau akan menyiarkan di dalam laman web Atase pendidikan (http://ataseakademik.blogspot.com) pada 5/6/2010. Hingga hari ini 6/5/2010 tidak disiarkan. Apabila mahasiswa-mahasiswi bertanya, beliau menyuruhnya supaya bertanya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa kaitannya hasil pertemuan itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Susah sangatkah untuk berlaku jujur? Kemudian apabila ditanya lagi, beliau menyuruh mahasiswa bertanya kepada Encik Zulkifli (pegawai JPMK).

Apa yang mahu diutarakan disini ialah kenyataan beliau yang sering bertukar dan bersifat menipu mengakibatkan mahasiswa-mahasiswi merasa meluat dengan janji-janjinya. Benarkah beliau ingin menjaga kebajikan pelajar di Mesir? Bukankah kewujudan JPMK adalah untuk menjaga kebajikan pelajar? Sungguh kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau. Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat dibenarkan menduduki peperiksaan pada bulan Julai. Kenyataan ini dikeluarkan melalui mulut yang manis! Bukan bertulis.

Mahasiswa-mahasiswi Qiraat merasa amat-amat tertekan dengan adanya pegawai yang bersikap sebegini. Kenyataan peperiksaan boleh diambil pada bulan Julai ternyata membuatkan mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat tidak percaya akibat beberapa kali telah ditipu oleh beliau. Semoga Allah s.w.t. membalas perbuatannya dengan balasan yang setimpal!

Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah ini supaya tampil membantu kami di sini kerana suara kami semakin dipermain-mainkan oleh beliau. Kami amat berharap kepada pihak berwajib di Malaysia mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pegawai ini kerana telah menyebabkan kami susah untuk mengaji di Mesir. Kami amat sedih dan kesal diperlakukan sebegini. Kami datang ke sini adalah untuk menuntut Ilmu, malangnya diperlakukan seperti ini. Sekian, sekadar meluahkan rasa.

Semoga Allah mendengar rintihan kami penuntut ilmu di sini.


Tulisan Khairi 30 April lalu


Saya juga merasa kesal dengan kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada perubatan atau pengajian Islam.

Setakat ini, apa yang saya dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010 (Khamis). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.

Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.

Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.

Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.

Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.

Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.

Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada irfankhairi08@gmail.com , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan.

"Anggaplah ini adalah sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita semua"


Ikhlas dari;

Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)


Dari : Mahasiswa Kesal


Kata Kunci :


MSD : Malaysian Student Department
JPMK : Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
Maahad : Sekolah
Encik Khairi Jalaluddin : Pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar
Mahasiswa Qiraat: Mahasiswa yang mengambil jurusan hafazan al-quran di Mesir

Ralat :

Encik Zulkifli (pegawai JPMK)*. beliau adalah (Pemangku Pegawai JPMK yang sedang berada di Malaysia)

Rujukan :

1-luahan Mahasiswa harakah daily

2-beberapa Kenyataan tidak bertanggungjwb http://ataseakademik.blogspot.com/

3- Isu-isu JPMK http://ibnuirfadzil.blogspot.com/

4- balas hujah dr persatuan pelajar MAQAZ dan DPMM

5- Kronologi peristiwa sebenar MAQAZ dan DPMM



.........................................................................

~Mujahidin~

Takhassus Qiraat, Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa, Shoubra)
(7.00am Mesir)

"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"

Read more...

.: MASIH BERANI MEMBERI JANJI-JANJI MANIS :.

           Sebelum pergi ke Hayyu 'Asyir pada malam kelmarin (5 mei 2010), saya dan beberapa orang sahabat lain cuba sekali lagi setelah BERPULUH-PULUH kali mencuba untuk melihat keputusan yang akan disiarkan di laman web Atase. Padahal yang dijanjikan oleh Khairi Jamaluddin adalah pada hari ini (5 mei) nak siarkan keputusan.

          Pada 30 April 2010, KJ mengeluarkan kenyataan rasmi dalam web Atase mengatakan fail pelajar masih di Idaratul Wafidin untuk menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh Azhar.


(Klik untuk lebih jelas)

          Akan tetapi, pada 5 Mei 2010, KJ mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa semua mahasiswa/i Tahun 1 Qiraat akan menduduki imtihan pada bulan Julai (dhur Thani).

          Kenyataan rasmi bertarikh 5 Mei 2010 juga, KJ memberi alasan yang macam-macam. Dalam kenyataan ini juga, KJ mengatakan pada 29 April 2010 Idaratul Wafidin telah memulangkan SEMUA fail pelajar kepada JPMK.


(klik untuk lebih jelas)

          Sedangkan dalam kenyataan rasminya pada 30 April 2010, KJ mengatakan fail pelajar masih di Azhar untuk menunggu tandatangan syeikh Azhar. 

BOLEH PERCAYA LAGI KA DENGAN KATA-KATA DAN JANJI-JANJI MANIS  SEBEGINI???

SELAMA 4 BULAN SEJAK DISEMBER 2009... DEPA BUAT APA? SAMPAI SEKARANG NAMA KAMI BELUM NAIK....

KHAIRI BANYAK PIKIR DAN MEREKA-REKA ALASAN UNTUK PERTAHANKAN KESALAHAN DIRI SENDIRI SEDANGKAN SUDAH JELAS AKAN KELEMAHAN DIRINYA.

SAMA-SAMLAH BUKA MINDA DAN FIKIR-FIKIRKAN.....

 ................................................................................

~Mujahidin~

Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa, Shoubra)
(3.50am Mesir)

"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"

Read more...

Tuesday, May 4, 2010

.: Terkini Isu Kenaikan Nama Tahun 1 :.

               Pada 3 Mei 2010, selepas solat maghrib diadakan solat hajat sempena mahasiswa tahun 1 yang masih belum mengetahui status nama mereka untuk menduduki peperiksaan pada 8 mei ini.

               Ini merupakan program susulan selepas semalam (2 mei 2010) diadakan solat hajat dan perjumpaan tergempar bagi mahasiswa tahun 1.

                Ramai mahasiswa tahun 1 serta senior-senior tahun 2 dan 3 turut turun memberikan sokongan pada malam ini.

Ini merupakan sebahagian dari mahasiswa tahun 1 yang hadir

            Maklumat terkini yang diperoleh juga adalah keputusan samada boleh menduduki peperiksaan ataupun tidak adalah pada hari rabu (5 mei 2010). Ini adalah maklumat terkini yang diperolehi selepas semua YDP BKAN dan Presiden PMRAM mengadakan satu perjumpaan khas bersama pihak yang berwajib.

           Keputusan ini akan disiarkan di blog Encik Khairi Jalaluddin. Sahabat-sahabat sema bolehlah melawati halaman blog encik Khairi pada hari rabu ini.

Moga segala urusan kita dimudahkan Allah...


LINK
LINK
LINK


.....................................................................................

~Mujahidin~

Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa, Shoubra)
(7.25pm Mesir)

"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"

Read more...

Monday, May 3, 2010

.: Perhimpunan Tergempar Tahun 1 :.

           Semalam (2 mei 2010), seusai solat hajat secara berjemaah di Markaz DPM Shoubra telah diadakan perjumpaan tergempar Mahasiswa Tahun 1 Qiraat Shoubra.

            Perjumpaan ini diadakan adalah inisiatif dari mahasiswa tahun 1 sendiri berkaitan permasalahan yang sedang menimpa mereka sekarang. Berikut merupakan laporan berkaitan perjalanan program pada malam tersebut :

LAPORAN PERBINCANGAN TAHUN SATU : ISU KENAIKAN NAMA

( SILA TEKAN  UNTUK LEBIH JELAS)
 ( SILA TEKAN UNTUK LEBIH JELAS)

 ( SILA TEKAN UNTUK LEBIH JELAS)

           Perjumpaan ini berlangsung sekitar hampir 2 jam sehingga pukul 11.30 malam. Hasil perbincangan ini, telah terbentuk satu badan bertindak bagi mewakili suara mahasiswa-mahasiswa tahun 1 supaya dapat didengari di pihak atasan.

          Di kesempatan ini juga, sebanyak 86 tandatangan dapat dikumpul sebagai sokongan daripada mahasiswa.


( SILA TEKAN UNTUK LEBIH JELAS )

           Makluman terkini adalah menunggu keputusan daripada Syeikhul Azhar pada hari selasa samada dapat menduduki peperiksaan ataupun tidak pada 8 mei 2010.

Diharap agar semuanya dipermudahkan Allah...


.....................................................................................
        
~Mujahidin~

Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa, Shoubra)
(7.00pm Mesir)

"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"

Read more...

Sunday, May 2, 2010

.: Khusus Tahun 1 Qiraat :.

.: Salam Mahabbah & Salam Perjuangan :.

Firman Allah s.w.t dalam surah Ghafir, ayat ke-60 :

 ÙˆَÙ‚َالَ رَبُّÚªُÙ…ُ ٱدۡعُونِÙ‰ٓ Ø£َسۡتَجِبۡ Ù„َÙƒُÙ…ۡۚ Ø¥ِÙ†َّ ٱلَّØ°ِينَ ÙŠَسۡتَÙƒۡبِرُونَ عَÙ†ۡ عِبَادَتِÙ‰ سَÙŠَدۡØ®ُÙ„ُونَ جَÙ‡َÙ†َّÙ…َ دَاخِرِينَ
 
"Dan Tuhanmu berfirman,'Berdoalah kepada-KU, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembah-KU akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." 
 

             Bertepatan dengan firman Allah, maka saya menyeru sahabat-sahabat Tahun 1 khususnya dan selain itu amnya untuk sama-sama menghadiri SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA MUQAYYAD NAMA TAHUN 1 :
               Tarikh   : 2 Mei 2010 (Ahad)
             
               Masa    : Selepas solat isyak (solat isyak di markaz)

               Tempat : Dewan Ibn Jazari (Markaz DPM Shoubra)


.......................................................................

~Mujahidin~

Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa, Shoubra)
(11.56am Mesir)

"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP