Friday, April 23, 2010

.: Ihfazillah, Yahfazka :.

.: Salam Mahabbah buat sahabat-sahabat se-AKIDAH sekalian :.

Selawat dan salam serta junjungan yang Teramat mulia buat baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat-sahabat baginda yang tidak jemu-jemu mempertahankan islam serta muslimin dan muslimat yang dihormati dan dipayungi rahmat Allah.

~ insyaAllah ~


Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl, ayat ke-128 :

 إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ

"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"

Sabda nabi s.a.w di dalam kitab "Hadis 40" karangan Imam At-Tarmizi, pada hadis yang ke-19 :

" Daripada Abu Al-'Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata: 'Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: "Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya DIA akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapati-NYA bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran. "

(Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, katanya: Hadis hasan sahih)
 

           Saban hari usia kita meningkat. Hari bersilih ganti menandakan jarak dan tempoh untuk kita pulang menghadap ilahi makin hampir dan semakin hampir. Panggilan TUA tetap akan didengari. Larilah sejauh mana yang kamu kehendaki, ajal tetap akan datang mendampingimu. Sepertimana firman Allah S.W.T surah an-Nahl, ayat ke 61:

فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ

"Maka apabila datang kepadamu ajal, tidak akan diawalkan (sedikitpun) walaupun sesaat dan tidak akan dilambatkan (sedikitpun)"

           Hari ini kita sering dihidangkan dengan perkara-perkara yang lebih ke arah duniawi semata-mata. Lebih ke arah mengejar duniawi tanpa menghiraukan kehidupan yang akan datang di AKHIRAT kelak.

            Pepatah melayu ada menyebut, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Berilah didikan, berilah tunjuk ajar, berilah panduan kepada anak-anakmu sewaktu mereka masih kecil. Kerana di waktu kecil inilah minda dan segala maklumat yang masuk mudah untuk mereka fahami.

             Teringat sewaktu kecil dahulu, aku pernah dirotan, dicubit, dipukul oleh abah dan mak semata-mata hendak memasakkan sedalam yang mungkin di dalam hati ini sifat suka untuk menunaikan solat dan membaca al-Quran. Alhamdulillah, berkat kesabaran abah dan mak tercinta, jadilah diri yang sekarang ini.

               Sewaktu aku terjun ke dalam masyarakat umum sementara menunggu hari konvokesyen pada tahun 2009, diri ini agak terkejut apabila dapat mengesan penyakit-penyakit yang agak kronik. Bukan kronik dari segi fizikal, akan tetapi kronik dari segi rohaniah. Samada yang masih muda hinggalah sudah lanjut usia.

                 Meninggalkan sembahyang, meninggalkan puasa, tidak pernah membaca al-Quran adalah antara penyakit-penyakit yang dapat dikesan. Jangankan tidak pernah membaca al-Quran, malah al-Quran pun tidak pernah dibelek dan disentuh. Na'uzubillah min zalik.

                 Aku amat mengagumi seseorang yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam mencari rezeki yang halal. Siang, malam keluar bekerja. Akan tetapi dalam bab agama dia melakukan dengan sambil lewa, acuh tak acuh dan sebagainya. Hal inilah yang membuatkan hal-hal yang lain jadi serba tidak kena.

                  Kalau kita membuat kaji selidik di seluruh pelusuk dunia, cuba tanya kepada kesemuanya yang masih berpijak dan berjalan di muka bumi ini, siapa yang tidak mahu hidup senang. Mempunyai kereta yang mewah, rumah yang tersergam indah, berjalan dan melancong ke sekitar dunia dan sebagainya. Jika diajukan soalan itu, pasti dan pasti majoritinya akan mengatakan KAMI MAHU.

                 Akan tetapi, jika kita membuat kajian perihal agama contohnya, sembahyang sahaja. Berapa ramai yang tidak pernah meninggalkan sembahyang. Berapa ramai yang tidak pernah bangun awal subuh. Berapa ramai yang terlepas sembahyang subuh dan sebagainya. Pasti dan pasti majoriti yang mengatakan KAMI MAHU itu lebih mendapat anugerah dalam kaji selidik ini. Na'uzubillah min zalik.

                 Inilah yang dikatakan penyakit kronik yang sedang melanda masyarakat kita sekarang. Tidak kiralah di mana sekalipun, pasti akan ada.

                 Kita mungkin tidak akan sedar penyakit kronik ini kalau diri kita sendiri tergolong di dalam golongan yang disebutkan di atas. Orang yang penuh di badannya tahi, memang tidak akan sedar bau busuk kalau org sebelahnya membawa tahi. Samalah seperti di atas, orang yang buat acuh tak acuh dan main-main dengan agama memang tidak akan rasa sensetif kalau orang lain main-mainkan apa yang terkandung dalam ISLAM.                        

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat ke-120:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ

                  "Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan redha (rela) kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.............."

                    Inilah yang sedang diusahakan oleh puak-puak yang menentang ISLAM. Mereka mahukan umat Islam makin lupa dan lupa apa yang telah diwajibkan ke atas mereka.

                     Islam menyuruh kita menunaikan sembahyang sehari 5 waktu. Waktu Subuh, zohor, asar, maghrib dan Isyak. Akan tetapi mereka telah mendoktrin kita supaya kita meninggalkan sembahyang. Mereka tidak menyerang secara terang-terangan, akan tetapi mereka menyibukkan kita supaya leka dengan aktiviti harian. Mereka lekakan kita dengan statement "DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA", "MONEY IS EVERYTHING" dan sebagainya.

                      Islam tidak pernah langsung mengharamkan lumrah dan aturan hidup serta fitrah manusia hidup di dunia. Manusia memang perlukan duit, tapi perlu kita ingat SIAPA yang akan memberikan mereka wang yang banyak. Adakah CEO, TOKEY CINA, MANAGER dan sebagainya?? Jikalau kamu mengatakan mereka inilah yang menyebabkan kamu kaya dan sebagainya, bermaksud kamu sudah mendustakan akan kewujudan dan kekuasaan Allah. Na'uzubillah min zalik.

                    Allah S.W.T telah mengajak kita memikirkan akan nikmat yang kita kecapi sekarang ini dengan firman-NYA dalam surah an-Nahl, ayat ke-18:

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah , nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya, Allah  benar-benar Maha Pengampun dan Maha Penyayang."


" Jagalah Allah, Allah Pasti Menjagamu "

                   Qataadah berkata: "Sesiapa bertaqwa kepada Allah,Allah akan besertanya. Sesiapa yang Allah besertanya, maka dia akan disertai oleh kumpulan yang tidak mungkin ditewaskan, pengawal yang tidak tidur dan pemberi petunjuk yang tidak sesat."

                   Akan tetapi, pertolongan Allah S.W.T dan bantuan-NYA berkait rapat dengan sejauhmana perlaksanaan perintah dan menjauhi larangan-NYA.

                   Sesiapa yang memelihara Allah di zaman muda dan kuat, Allah S.W.T akan menjaganya ketika tua dan lemah, mengurniakan nikmat pendengaran, penglihatan, dan akal serta memuliakan tempatnya pada hari kiamat.

                   Jikalau kita dapat menjaga sembahyang lima waktu ini, insyaAllah hal-hal lain mudah untuk kita lakukan dan segala hajat dan permintaan kita mudah untuk kita kecapi.

~ INSYAALLAH ~

..................................................

:: Kepada semua Mahasiswa Shoubra, Mesir yang berada dalam fatrah Imtihan Tahunan, moga kita semua beroleh natijah yang cemerlang dalam imtihan ini. InsyaAllah.

:: Buat Mahasiswa Tahun 1 Shoubra yang belum Muqayyad nama di Maahad (termasuk pada diri yang menulis ini ;-) ), mudah-mudahan nama kita semua dapat naik di Maahad secepat yang mungkin sebelum imtihan tahriri.Encik Sulaiman bagi tahu dalam masa 10 hari. Sama-sama kita doakan. Ameen.

:: Di sini disertakan jadual imtihan bagi Tahun 1 dan 2 Takhassus Qiraat, Shoubra :

             Sabtu  (8/5/2010)   ---> Qiraat Ilmi           ( 9am - 11.30am )
             Selasa (11/5/2010) ---> Resam Quran      ( 11.30am - 1pm )
             Sabtu  (15/5/2010) ---> 'Ulum Quran        ( 9am - 11am)
             Ahad   (16/5/2010) ---> Tahriri Al-Quran ( 9am - 11am )
             Ahad   (16/5/2010) ---> Fawasil                 ( 11.30am - 1pm )

 ~ Bit Taufiq Wan Najah ~

...................................................

~Mujahidin~

Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa,Shoubra)
(8.57pm Mesir)

" Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar, dan menjadipenyakit apabila ianya salah "


Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP