Thursday, April 30, 2009

Peristiwa Seorang Guru.....



30 April 2009 genap 2 bulan aku mengaja di Pusat Pengajian Pra Tahfiz Raudhatul Atfal (Tempat Pengajian Ustaz Mutalib Maarof).

Hari ini juga hampir genap sebulan aku bertugas sebagai guru ganti bagi J-Qaf. Aku mula bertugas sebagai guru ganti J-Qaf pada 8 April 2009 bagi mengisi kekosongan masa pada waktu pagi sementara menunggu untuk menyambungkan semula pelajaran penggal bulan Ogos tahun ini.

Seperti kebiasaan jikalau ada guru yang tidak hadir di sekolah, ada-ada saja surat layang merah untuk mengganti waktu guru tersebut akan sampai.

Kadang-kadang satu, dua dan tiga.

Kebiasaannya kalau aku mengganti kelas tersebut, aku akan mengisi masa yang terluang tersebut dengan membuat kuiz, bagi tazkirah, dan kadang-kadang sesi muhasabah.

Tanggal 28 April menjadi sejarah dalam hidupku sebagai pengajar.

Pertama kali tanganku melayang ke muka seorang pelajar.

Mungkin dia menganggap aku ni buat endah tidak endah dengan sikap dan akhlak pelajar serta adab sebgai penuntut ilmu.

Pukul 11.35 sehingga 12.35 aku ditugaskan mengganti waktu yang kosong itu.

Loceng pertama berdering menandakan hanya tinggal satu waktu saja lagi untuk aku bersama mereka pada hari ini. Pelajar-pelajar lain seronok dengan kuiz yang aku jalankan. Banyak tangan yang mengangkat untuk menjawab soklan yang aku ajukan.

Tiba-tiba........

Seorang pelajar yang agak nakal mengangkat kaki letak di atas meja.sambil duduk di atas kerusinya.

Macam seorang bos yang BIADAP......

Bila aku terpandang pelajar tersebut, terus tangan aku melayang mencium pipinya. Dengan tidak disengajakan.

Terus pelajar tersebut mengalirkan air mata. Menangis dengan penuh perasaan.

Lalu terus aku meninggikan suara:

".....Saya cukup pantang kalau ada pelajar yang biadap macam ni...."

".....Meletakkan kaki di atas meja...."

Soklan diajukan kepada murid-murid lain:

"Patut atau tidak meletakkan kaki di atas meja yang tempatnya untuk meletakkan bahan ilmiah?...."

"...Tidak..........Ustaz....."(jawab murid-murid yang lain).

Aku menyambungkan lagi celoteh aku:

"...Ustaz tak takut sapa kamu.....Sapa ayah kamu....Kamu anak sapa..."

"....Anak polis ke.....Anak menteri ke....Anak cikgu ke...."

"...Kalau berani balik cerita dekat mak bapak kamu....Ustaz nak jumpa...."

Tuduk saja pelajar-pelajar yang lain menunjukkan rasa bersalah.

Selepas menampar pelajar tersebut, aku pulang ke bilik guru.

Aku memang dah agak bahawa peristiwa penampar ini akan diketahui oleh guru-guru lain.

Tepat jam 11 pagi. Ketika aku sedang menutup purata kehadiran pelajar pada bulan ini, datang seorang guru perempuan.

"..Ustaz ada tampar pelajar kelas 5M ke??"

(hati aku dah mula rasa sesuatu yang taak kena..)

"....Terima kasih ustaz kerana menampar pelajar tersebut..."

(Aku bingung...)

"..Hari ni baru budak tu nak buat kerja sekolah yang saya bagi..Kalau tak asyik dok sembang dan kacau pompuan saja.."

(Luah guru tersebut)

Tiba-tiba, PK HEM datang.

Lalu guru tersebut pun menceritakan akan hal tersebut.

"...Terima kasih ustaz..." (kata PK tersebut...)

"...Ustaz tambar belah mana? Mai saya tambah lagi...Budak tu memang tak makan nasihat...Kecuali dengan saya dan cikgu zul saja."

Selepas itu, terus PK tersebut naik ke kelas tersebut dan suruh pelajar tersebut tunjuk balik aksi meletakkan kaki di ayas meja.

Dan terus PK HEM tersebut ambik gambar sebagai bukti kalau-kalau bapak dia repot dekat kementerian.

Lepas tu, baru hati ni rasa laga sedikit. Rupa-rupanya ada orang yang menyokong kita.


PENGAJARAN


Aku terpikir seorang diri, Ada hikmahnya kalau kita benar dan tidak bersalah.

Kenapa hendak takut kalau kita betul dan yakin bahawa tindakan kita itu betul?

Harapnya supaya pelajar tersebut menjadi seorang yang berguna suatu masa nanti.


PELERAIAN

Sebelum aku meninggalkan kelas tersebut, aku sempat membuat sedikit muhasabah agar sekurang-kurangnya pelajar-pelajar yang lain sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.

" YA ALLAH....AKU MEMOHON KEPADAMU AGAR DIJAUHKAN HATI INI
DARI BISIKAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA KE ARAH
KEJAHATAN.....

AKU MEMHON AGAR ENGKAU TABAHKAN HATI INI DEGAN SEGALA UJIANMU ..

AMEEN.....



Read more...

Tuesday, April 28, 2009

PENANTI OH PENANTI......

Seperti kebiasaan setiap hari isnin hingga jumaat rutin harian aku sebagai seorang pendidik. Mencari pengalaman untuk bekalan sebelum benar-benar terjun ke medan perjuangan yang sebenar.

Setiap pagi seperti biasa tepat jam 7 pagi aku akan memanaskan enjin motosikal aku untuk mula belajar mencari nafkah( hehe).....

Seperti pelajar sekolah lain, waktu kerjaku tetap sama dengan mereka. Bermula jam 7.45 sehingga jam 2 petang.

Pulang ke rumah beristirehat sebentar. Selepas asar tepat jam 6 petang tugas aku bermula kembali. Dari jam 7 petang, berenti sembahyang maghrib dan sambung semula sehingga jam 10 malam. Aku mangajar al-quran di Pusat Pengajian Pra Tahfiz.

Hari ini bersamaan 28 April 2009. Aku pulang ke rumah lewat sedikit dari kebiasaan.

Aku bersama seorang lagi rakan sekerja aku singgah sebentar mendengar ucapan demi ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat. Perhimpunan malam ini diadakan di Yauasan Aman ( Markas Besar KeAdilan Permatang Pauh).

Malam ini Dato' Seri Anuar Ibrahim akan mengumumkan nama calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Tepat jam 10.30 malam, nama Dr. Mansor bin Osman diumumkan sebagai calon yang akan bertanding. Beliau merupakan lulusan dari universiti Yen yang terkemuka di dunia. Mempunyai tiga Phd.

Dr. Mansor juga berkemungkinan akan menggantikan tempat Fairuz (Bekas Tim. Ketua Menteri 1). Semuanya atas budi bicara YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sama-sama kita doakan agar Allah membuka pintu hati rakyat Penanti agar memilih pemimpin yang benar-benar akan menjalankan taklifat yang akan dipikulnya nanti.

31 Mei 2009 dijangka akan berlangsung pilihan raya kecil Penanti.

TAKBIR!
TAKBIR!
TAKBIR!

Read more...

Monday, April 13, 2009

Marilah Kenali Manusia....


Bagaimana hendak kenal orang-orang soleh??

Bagaimana hendak mengenal orang-orang Islam yang baik dan kuat iman??

Bagaimana hendak mengenali orang-orang yang berusaha kecintaannya kepada tuhannya??
Bagaimana hendak mengetahui isi hati perut manusia yang sedang berusaha mendekatkan dirinya kepada wajah tuhannya??

Tentu ada yang bertanyakan soalan-soalan ini?

Tentu ada yang ingin mengetahui cara-cara mengenal tanda-tandanya.

Aku juga sering memikirkan soalan-soalan seperti itu sedikit masa dahulu.

Akhirnya aku bertemu dengan seorang tua yang telah memberiku sedikit pedoman buat berfikir tentang soalan tersebut.

Orang tua itu berkata.....


" Allah telah menurunkan al-Quran kepada umat Islam dan seluruh manusia"

" Kitab al-Quran adalah untuk kita umat Islam khususnya (sebagai panduan)"

"Rasulullah sendiri telah membaca al-Quran selama hayatnya"

Bagaimana kita yang mengaku sebagai umatnya??
Bagaimana hati perut kita sebagai umatnya??


Kalau kita hendak tahu tentang hati manusia.......

"Lihatlah kesukaannya dan kecintaannya kepada kitab al-Quran....."
"Lihatlah bagaimana dan sedalam mana kesukaan manusia itu ke
pada membaca al-Quran..."

Bagaimana sukanya dia membaca al-Quran......
Begitulah sukanya dia pada ALLAH!

Bagaimana cintanya dia membaca al-Quran......
Begitulah cintanya dia pada ALLAH!

Bagaimana sukanya dia kepada majlis-majlis membaca al-Quran.......
Begitulah sukanya dia mendekati ALLAH!

Jangan percaya pada zahirnya orang beragama itu!
Tetapi lihatlah kepada kesukaan dan kecenderungan hatinya!
Lihatlah apa orang itu suka!

Kerana iman itu tempatnya di HATI !
Suka itu adalah bersangkutan dengan HATI !
Dan hati itu bersangkutan dengan IMAN dan IHSAN dan TAQWA !
Soal hati adalah perkara yang serius..

Kalau seseorang itu merasa berat atau segan atau tidak selesa kepada membaca al-Quran ....
Dan
Majlis Khatam al-Quran...

Itu menunjukkan hati orang itu telah jauh dari ALLAH !

Bagaimana jauhnya orang itu kepada KALAM ALLAH.....
Begitulah jauhnya hati orang itu pada ALLAH!

Orang-orang yang cuba mendekatkan diri pada ALLAH tanpa mendekatka
n dirinya kepada al-Quran .....
Adalah orang yang telah ditipu oleh syaitan !

Lihat senarai di bawah ini sebagai contoh :~

1) Segan membaca al-Quran : TIDAK suka pada ALLAH !

2) Malas dan merasa berat baca dan ikut majlis khatam al-Quran : TIDAK suka pada ALLAH !

3) Tidak suka berkawan dengan orang yang baca al-Quran : TIDAK suka p
ada ALLAH !

Sejak hari itu......

Aku mula mengenal manusia !

Aku mula mengenal siapa sebenarnya yang suka ALLAH atau sebaliknya !

Dan sejak hari itu......


Aku mula mendidik hati aku sendiri supaya suka kepada membaca al-Quran....

Suka menghadiri majlis-majlis ilmu.....

Suka akan majlis-majlis al-Quran....



Renungan dan nasihat

Sahabat-sahabat......

Apa gunanya kita bermegah-megah dengan pencapaian sijil kita kalau kita jahil tentang al-Quran??

Apa gunanya kita berpangkat Dato' kalau sepatah pun tak dapat diungkap dari Kalam ALLAH??

Apa gunanya Tan Sri...Tun....Hingga ke Ketua Negara kalau buta tentang apa yang terkandung dalam al-Quran???

Sama-samalah kita renung dan fikirkan...

Banyak hadis yang menyebut tentang kelebihan al-Quran....

" Rasulullah s.a.w bersabda :Pada hari kiamat akan diseru kepada ahli al-Quran (para hafiz al-Quran), Teruskanlah bacaan al-Quranmu dan teruskan menaiki tingkat demi tingkat (syurga) dan bacalah sebanyak mana yang telah kau baca semasa di dunia. Tempat berakhirmu ialah di mana engkau telah sampai ayat terakhir daripada bacaanmu."
(Hadis riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Nasaie)








Read more...

Saturday, April 4, 2009

Ceritera Pengalaman Di Musim Cuti....

Masa berlalu seperti udara yang segar dan nyaman. Berlalu terus tanpa menoleh ke belakang. Tanpa ku sedari, hampir sebulan sudah aku meninggalkan DQ.

Dulu, di situlah pengalaman demi pengalaman aku pelajari. Dari keadaan seorang yang buta dan jahil tentang sesuatu perkara sehinggalah aku boleh melakukan sesuatu.

Kini, apa yang aku pelajari di DQ tidak akan aku sia-siakan begitu sahaja. Bidang yang aku ambil sewaktu di DQ bukanlah seperti rakan-rakan yang lain di IPTA.

Aku faham...

Tapi, apa-apapun aku bersyukur sangat-sangat. Allah masih lagi memberi ruang untukku mengaplikasikan dan mengulang apa yang aku telah timba dan pelajari sewaktu di bumi barakah dahulu.

Pejam celik.....
Pejam celik.....

Dah subuh......(hehe....lawak je :-) )

Kini,dah hampir sebulan lebih aku bekerja. Rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku satu ruang kerja yang memang dalam bidang dan kos aku.

Aku bekerja di Pusat Pengajian Pra-Tahfiz Raudah Al-Atfal. Tempatnya di Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Alhamdulillah....

Aku pulang ke rumah pada hari Sabtu, bersamaan 28 Februari 2009. Duduk tak sampai 2 hari, Pusat Pra-Tahfiz telefon rumah aku. Mudir sekolah minta aku perkenalkan diri dan ada sedikit temuduga.

Tak sampai setengah jam berada di sana, mudir cakap aku boleh mula bertugas esoknya. Rasa bertuah sangat. Sebab, masa aku tengah ambik periksa diploma, mak aku sudah isi borang dan mintak untuk aku. Mungkin itu sebabnya cepat dapat kot.

Di Pra-Tahfiz, pengalaman baru aku mula pelajari. Menjadi seorang pendidik bukanlah suatu yang mudah. Kerana apa yang hendak diajar kepada pelajar nanti perlu betul dan jelas.

Sejak mula menjadi "ustaz". Kena rajinlah baca buku sebab nak prepare sebelum soalan datang bertubi-tubi dari pelajar nanti.

Di sana, aku kadang-kadang mendengar celoteh dari Ustaz Mutalib Ma'rof :

" Kamu jangan merasa diri kamu ni lemah dan hina. kamu perlu memotivasikan diri kamu. Kalau kamu nak tahu, ilmu banyak saya dapat ketika saya mengajar daripada belajar."

Kata-kata inilah yang membuatkan aku untuk terus mengajar sehingga ke hari ini. Kalau nak diikutkan gaji, memang sikit sangat-sangat. Tapi ilmu dan pengalaman yang aku dapat sekarang ini memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Teringat aku akan pesan abah sewaktu aku mula-mula kerja :

" Ingat...jangan pandang sangat dengan gaji buat masa la ni. Sebelum sambung belajar ni, timba dan kumpul betul-betul pengalaman...Nanti boleh buka tempat pengajian sendiri ataupun boleh buat bisnes sendiri. Kita tengok betul-betul cara pengurusan dia"


Ditambah lagi dengan kata-kata abah ni. Lagi semangat nak keja. Memang kalau fikirkan dengan matang, sekarang ni kenalah belajar cari duit sendiri. Dah nak masuk 21 tahun.Tak kan nak duduk bawah ketiak mak dan nak kena suap lagi. Kan??

Kalau pergi mengajar, paling kurang setiap hari memang kena ajar budak dan baca quran. Memang rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah masih berikan kapadaku jalan untuk aku berusaha menjaga apa yang telah aku hafal selama 3 tahun berada di bumi barakah.

bersambung...........





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP