Monday, November 30, 2009

Qurban Shoubrowi --> Pengalaman PertamaKu....

 Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Hajj, ayat yang ke- 34 :

“ Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternakan. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (muhammad) kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” 


Tahun 1430H bermaksud sudah 1400 tahun lebih Rasulullah meninggalkan kita.

Bermula dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama putera kesayangannya Nabi Ismail a.s menghadapi satu pengorbanan yang besar yang mana Allah telah perintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah As-Saffat, ayat yang ke-102 :

" Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata, "Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."


Tahun demi tahun umat Islam seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari Kebesaran Islam iaitu Sambutan Eidul Adha. Tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu kerana tahun ini buat kali pertamanya aku menyambutnya di Bumi Mesir.

Walaubagaimanapun, faktor berbezanya keadaan, situasi, masa dan sebagainya bukanlah menjadi penghalang untuk aku menyambutnya kerana pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra (DPM MAQAZ)  dengan kerjasama Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menganjurkan satu program untuk menyambut Eidul Adha ini.

Hari raya pertama pihak persatuan telah membuat solat hari raya eidul adha di masjid berdekatan Markaz. Selepas selesai warga mesir sembahyang, pelajar melayu yang belajar di shoubra pula berkumpul untuk menunaikan solat sunat Eidul Adha.

Pada hari Ahad, aktiviti korban dijalankan.

Pada tahun ini agak meriah sedikit mengikut pendapat abang-abang. Kemungkinan pada tahun ini binatang yang dikorbankan agak banyak dan bertambah (19 ekor kambing dan 1 ekor unta).

Tepat jam 7 pagi aktiviti penyembelihan dimulakan dengan kambing dan diselangi dengan unta.

Walaupun agak banyak binatang yang dijadikan korban, tapi berkat sifat tolong menolong yang telah dilemparkan ke dalam hati sahabat-sahabat yang berada di shoubra ini, kesemua binatang dapat diselesaikan dalam keadaan yang pantas dan teratur.

Lebih kurang pada pukul 12 tengah hari (waktu zohor), semua bahagian dapat dibahagi pada orang yang sepatutnya.

Solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan sedikit makan-makan.

Alhamdulillah.....
..............................................................................


Sewaktu selesai sembahyang raya


 Bersama rakan serumah Darul Elyas


Unta yang nak kena sembelih nanti... kenangan semasa ada ;-)


darah unta yang pekat....menjadi saksi di akhirat kelak...ameen...




Kesan perjuangan Eidul Adha...Hilang sedikit isi... ;-)


Banyak pengalaman dan perkara baru yang dapat dipelajari bila berada berjauhan dari keluarga. Terutamanya prinsip berdikari untuk meneruskan perjuangan walau apa jua rintangan dan ujian yang datang. Juga ilmu untuk hidup bermasyarakat, sepertimana yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran pada surah Al-Maidah, ayat ke-2 :

".......Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan........"

Ya Allah....
Ampunilah segala dosa dan
kesalahan kami selama ini...

Ikatkanlah hati-hati kami
Supaya kami tidak leka
dengan hal-hal duniawi...

Peliharalah iman kami
Supaya tidak tergelongsor
dengan hasutan syaitan yang menyesatkan

Engkaulah Yang Maha atas segala-galanya...

Ameen......

Read more...

Thursday, November 26, 2009

Hari Bersejarah Islam


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang empunya sekalian ‘alam yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian makhluk ciptaanNya.

Tahun demi tahun kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hal ini adalah kerana dinisbahkan ke atas kisah antara Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.. Sepertimana yang telah termaktub di dalam  Al-Quran pada surah As-Saffat, ayat ke 107 :

“ dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar “


Dalam ayat ini dan sebelumnya, Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita semua satu kisah yang berlaku diantara Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.

Suatu hari, dengan kuasa Allah s.w.t telah mendatangkan satu mimpi semasa Nabi Allah Ibrahim a.s. sedang tidur. Di dalam mimpi tersebut, Allah s.w.t telah memerintahkan kepada baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail a.s. Firman Allah s.w.t  di dalam Surah as-Saffat, ayat ke -102 :

“ maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar ”


Pada keesokan harinya, sebelum baginda menyempurnakan perintah Allah s.w.t , baginda telah datang bertemu dengan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.

Berat hati seorang bapa untuk menceritakan kepada darah dagingnya bahawa putera kesayangannya hendak disembelih oleh bapa sendiri.

Tapi,

Demi Perintah Allah s.w.t baginda menggagahkan dirinya untuk memberitahu anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. bahawasanya baginda Nabi Ismail akan disembelih atas sebab perintah dari Allah.

Selepas baginda Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail, baginda terus menjawab dengan yakin kepada bapanya Nabi Ibrahim a.s. supaya menjalankan perintah Allah kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah diperintahkan Allah.
………………………………………………………………………………
Di sini menunjukkan bahawasanya pengorbanan yang perlu ada pada diri setiap yang bergelar muslim adalah pengorbanan dan penyandaran dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t.

Jangan terus menghukum dengan apa yang telah ditimpakan kepada kita. Sebaliknya,selidik dan berfikir terlebih dahulu dengan apa yang telah diuji, InsyaALLAH ada hikmah yang tersirat. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Ya Allah,

Engkaulah yang mempunyai sagala-galanya,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa
yang tiada lainnya.

Jadikanlah segala apa yang tersirat dan tersurat
Di dalam Hari Raya Aidil Adha ini,
Menjadi asbab untuk kami lebih ringan
Untuk melakukan amal Ibadah kepadaMU.

Jauhkanlah hati kami dari kegelisahan dunia
Yang boleh membuatkan kami lupa dan jauh dariMU.

Tingkatkanlah ketaqwaan kami,
Tanamkanlah ke dalam diri kami sifat RAJIN
Untuk melakukan amal ibadah,

Pasakkanlah sifat MALAS ke dalam diri kami,
Dari melakukan perkara yang boleh membawa
Kami jauh dariMU.
………………………………………………………………………………

Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan buat semua sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri ini. Moga dengan sambutan pada hari ini kita sama-sama dapat menambahkan lagi kekuatan dalaman kita untuk menjadi mukmin yang sebenar-benarnya.

p/s : Jangan lupa turun ke padang bersama masyarakat untuk gotong-royong pada majlis penyembelihan dan qurban.

Read more...

Monday, November 16, 2009

Memorial Ketika Bersamamu...

" Abah, mak.. sapa lagi ada dekat rumah?"
Diri ini bertanya.

"...Adalah abang faizal dan kak bilah,mak, abah, pipah....
...kemal dengan abang pi KL. Ada Event."
Suara seorang ibu membalas.

" Semua sihat ka?
...Tok dok kat mana?"


"Alhamdulillah...semua sihat..

"Tok ada dekat rumah Pak Ngah."

Seperti biasa, aku akan bertanyakan keadaan ahli keluarga di Malaysia. Mudah sekarang kerana maklumat hanya di hujung jari.

Jauh mana pun boleh tengok muka lagi.

Perbualan aku dengan keluargaku disudahi dengan salam dan nasihat. Hampir pukul 11malam (waktu malaysia) rasanya habis berbual dengan keluarga tercinta.

..........................................................................................................

Bangun subuh......

Sembahyang.....

Aku terus pergi ke meja laptopku. Mencari telefon untuk melihat waktu sekarang.

Tengok-tengok ada nama "UMI" terpampang di skrin N82 aku.

Degup.....
Degup.....

Hatiku dah rasa semacam je rasa. Tak sedap hati sangat-sangat...

Baru je x sampai 12 jam telefon, tak kan dah mesej.

Perlahan-lahan aku membuka peti masuk untuk melihat berita yang ingin disampaikan kepadaku.

"بسم الله الرحمن الرحيم ..........."

Perlahan-lahan dibaca....

" Salam, pah nak bagi tau Tok Kile dah meninggal pagi tadi kul 4 waktu malaysia "
Adikku yang menaip mesej ini rupanya.

.........................................................

" Ya Allah......

Aku seakan-akan tak dapat menerima mesej yang aku baca tadi.

Hatiku mula sebak tak berkata apa-apa. Kelu lidahku.

Terus aku membuka laptop aku dan menelefon mak aku.

"Salam, mak......

Tak sempat aku meneruskan pertanyaan aku.

"..Adik, Tok dah tak dak kul 4 pagi tadi..."

Mak aku terus memberitahuku.

Menitis air mata membayangkan wajah tok aku. Seolah-olah tak dapat menerima bahawa tok dah pergi selama-lamanya.

Allahu Rabbi.....

" Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n..."

...........................................................................................

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 61 :-

فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ

" Maka apabila telah datang ajal kepada kamu, tidak akan dilewatkan sedikitpun walaupun sesaat, dan tidak akan diawalkan "



Bila terbaca ayat ini, barulah hati aku menjadi tenang sedikit kerana itulah janji Allah. Yang bernyawa pasti akan pergi juga.

Masih terbayang raut wajah tok aku sebelum aku pergi ke Mesir. Tok aku bersama ahli keluarga yang lain turut sama-sama menghantar aku di KLIA.

Berkali-kali tok peluk dan cium aku menangis teresak-esak.

Allah Maha Besar, Itulah kali terakhir aku melihat wajah tok aku.


Bersama-sama keluarga di KLIA


Teringat wajah tok semasa di KLIA


sewaktu menanti aku untuk berlepas di KLIA
..........................................

Ya Allah.....

Engkau ampunilah segala kesalahannya,
Engkau tempatkanlahnya di kalangan
orang-orang yang dimuliakanMU.

Engkau tabahkanlah hati kami
untuk menerima hakikat yang hidup pasti akan mati.

...........................................................................................................
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah Binti Zakaria (TOK) yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 November 2009 / 26 Zulkaedah 1430 H dan juga kepada Allahyarham Harun Bin Mat Sik (TOKWAN) pada 22 Oktober 2007 / 10 Syawal 1428 H.

Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Ameen...

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Al-Fatihah..............

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah s.w.t dalam kitabNYA yang bermaksud  :

" Apabila datangnya ajal (terhentinya nyawa) kepada kamu, maka tidak ada lewat dan tidak ada cepat "


                Sahabat-sahabat pembaca sekalian, saya bersama ahli keluarga yang lain memohon jasa baik dari kalian semua untuk membaca al-fatihah dan sedekahkannya kepada Arwah Tok saya ( Mak kepada Abah saya ) yang baru meninggal dunia sebelum subuh jam 4 pagi waktu malaysia.

                Moga jasa baik sahabat-sahabat sekalian dapat menjadikan sahabat-sahabat serta arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Insya-Allah.....


Al-Fatihah......

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Terima Kasih Ya Allah...

"bipp.......
"bipp.......
"You have a message.."

Nokia N82 aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Ketika itu tepat jam 9.14 pagi bersamaan pukul 3.14 petang waktu malaysia. Aku sedang berada di dalam kelas Qiraat di Maahad.

Aku dengan perlahan-lahan menyeluk tanganku ke dalam beg bimbitku untuk melihat nama yang terpampar di skrin.

Tengok-tengok.... Nama "UMI" terpampang di skrin N82 aku.

Agak-agak di penghujung pembelajaran, aku cuba menggagahkan diriku untuk melihat apakah yang ingin disampaikan kepadaku oleh mak dalam mesej tadi.

Satu persatu ditekan.... Akhirnya sampai ke peti masuk...

"Salam. Adik ada kuliah ka? Maaf jika mak mengganggu....."
Hatiku terasa ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Aku terus menekan keypad ke bawah...


"... Mak nak bagi tau adik abah dah dapat keluar wad. Alhamdulillah abah nampak bertambah sihat dan makan banyak pun dah boleh. Tak muntah lagi..."
Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah......

"...Tapi...."
Ada juga tapinya...
hatiku seolah-olah berubah menjadi murung kembali.

"....Tapi, Doktor cakap abah tak boleh memandu, buat kerja berat-berat, naik turun tangga, angkat benda berat selama 4 ke 5 bulan. Tapi tak pa mak boleh bawak keta. Adik jangan risau, tumpu pada pelajaran. InsyaALLAH ALLAH tolong. Mak minta ALLAH kuatkan semangat mak.."

..........................................................................

Semalam tepat jam 11.40 malam waktu Malaysia, aku menghubungi mak untuk mengetahui keadaan abah.

Aku dapat rasakan bahawa mak macam penat. Seolah-olah orang yang penat saja aku dengar suara mak.

Bila selesai membaca mesej yang dihantar oleh mak,hatiku barcampur baur antara gembira dan sedih.

Gembira bila mendengar berita bahawa abah dah makin baik dan boleh keluar wad.

Sedih kerana abahku tidak boleh gagah seperti dulu lagi..

Abahku sekarang sudah tidak boleh kuat seperti dulu lagi...

"....Tapi, Doktor cakap abah tak boleh memandu, buat kerja berat-berat, naik turun tangga, angkat benda berat selama 4 ke 5 bulan. Tapi tak pa mak boleh bawak keta".

Suatu ketika dulu abahlah yang memandu kereta membawa aku pulang ke asrama untuk belajar.

Suatu ketika dulu abahlah yang banyak membantu keluarga kami.

Abah berusaha buat yang terbaik untuk keluarga kami.

Dimana ada abah....Disitu jugalah ada mak dan ada aku.

Tapi selepas ini abah tak boleh dah nak kuat seperti dulu.

Sebak hati ini bila tidak dapat bersama-sama abah, mak, pipah, abg kemal, dan abg kibri bila dalam situasi ini.

Sekarang aku sudah berada di perantauan, jauh dari keluargaku.

Yang aku dapat tahu dari semasa ke semasa hanyalah melalui telefon melalui internet.

Ya Allah....

Selamatkanlah ahli keluargaku
dari azab api nerakaMU..

Selamatkanlah orang yang ku sayangi
dari azab api nerakaMU..

Dekatkanlah kami semua dengan
amalan-amalan yang boleh mendekatkan
diri kami denganMu...

Jauhkanlah diri kami sejauh-jauhnya
dari melakukan maksiat kepadaMu...

Abah...

Mak...

Ampunilah kami semua,
Mungkin selama ini kami banyak melakukan
sesuatu yang boleh membuatkan abah dan mak
menitiskan air mata...

Ampunilah kami....

Doakanlah kami
supaya kami menjadi anak yang soleh dan solehah

Doakanlah kami
supaya kami berjaya di dunia dan akhirat

Ancik doakan supaya mak, abang, pipah dan kemal tabah menghadapi segala ujian ini.

Ameen..... Ya Rabbal 'Alamin..

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Buat Yang Tersayang....

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

" Abah.... ancik (panggilan manja) nak g sekolah dulu.......


"Abah.... ancik nak beli barang ni bleh tak?"


"Abah..... nanti konvo ancik abah mai tau..."

Suatu masa dahulu, soalan-soalan sebeginilah yang biasa ditanya oleh aku.

Dari kecil, masuk ke alam rendah, terus ke menengah sehinggalah ke alam universiti, abah dan mak lah yang menjadi tempat aku bergantung.

Boleh dikatakan dari aku kecik sehinggalah aku berumur 20 tahun, aku masih lagi dekat dengan keluargaku yang tersayang.

Walaupun sejak dari tingkatan satu aku dah duduk dekat asrama. Tapi tak lah jauh sangat.

1 Oktober 2009, hari permulaan aku berjauhan dengan abah, mak, abang kibri, abang kemal, dan adik pipah serta keluarga-keluargaku yang lain.

Hampir sebulan lebih rasanya aku meneruskan perjuangan di bumi Mesir ini.

Seperti biasa, aku tetap mencari ruang kosong untuk menghubungi keluargaku di kulim.

Kadang-kadang, aku telefon guna Smart Voip. Kadang-kadang guna Skype. Aku dapat tengok muka abah, mak, abang, kemal dan pipah. Dan diaorang pun sama dapat tengok keadaan aku di sini.

3 hari lepas, aku telefon seperti biasa untuk melepaskan rindu bersama keluarga tersayang.

Tapi kali ini ada sedikit yang lain dari yang lain...

"Adik macammana kat sana?"
"Boleh ka besa diri dengan kehidupan di sana?"
"Pelajaran adik macam mana?"
"Duit adik ada lagi? Jangan sampai tak makan pulak.."

Inilah biasanya soalan-soalan utama yang abah dan mak akan tanya padaku.

Aku dapat rasakan perasaan mak dan abah sejak-sejak aku berjauhan dengan mereka. Maklumlah, kali pertama keluar dari Malaysia dan jauh sangat-sangat.

Tengah asyik bersembang dengan mak, abah dan pipah, tiba-tiba sume terdiam.

Dan abah membisik sesuatu kepada mak. Aku dapat tengok gelagat abah dan mak berakata-kata sesuatu untuk dikhabarkan kepada aku.

" Adik... hari ahad abah masuk wad..10 haribulan 11 ni..."
Tiba-tiba mak memberitahu aku.

"Pasai apa mak abah kena masuk wad?"
Tanya aku untuk mencari jawapan.

Jantung aku mula berdegup makin kencang.

"Tak dak apa-apa aih....sikit ja sakit.."
Mak cube menenangkan perasaan aku yang makin tak tentu arah ini.

"Aik?Tak kan x dak apa-apa sampai kena masuk wad?..."
"Pasai apa mak?"

Aku cube bertanyakan lagi untuk benar-benar mendapat jawapan yang tepat.

"....Emm....
"Abah kena bedah isnin ni...."
Suara abah mula kedengaran sedikit.

"Hah?"
"Pasai apa?"
Aku jadi makin tak ketahuan. Dah la aku jauh sangat-sangat dengan mak dan abah aku.


"Abah nak kena bedah sikit ja...."
Abah cube menenagkan keadaan aku yang tak tentu hala ini.

"Sikit ja...Jangan risaulah.."
Sambung abah lagi.

"Nanti jangan lupa bagi tau ancik dari masa ke masa...Mesej je kat ancik"

Aku menamatkan perbualan aku dengan salam dan sedikit pesanan supaya aku dapat tahu keadaan abah di sana.

Esoknya hari isnin, aku mengikuti satu program Jaulah Ke Maqam-Maqam Auliya' di sekitar Kaherah. Seawal jam 7 pagi aku bersama rakan-rakan yang lain mula bertolak.

Tepat jam 12 tengah hari (Mesir), Pukul 6 petang (Malaysia) handphone Nokia N82 aku berbunyi.

" You have a message.."

Menandakan ada mesej yang masuk ke N82 aku.

Secara perlahan aku membelek...

Satu persatu butang keypad aku tekan.

Nama Umi terpampang di skrin Nokia N82 aku.

" Salam. Adik, abah dah selamat pembedahan dan dah sedar. Malam ni kemal jaga abah dekat hospital. Alhamdulillah.."

Alhamdulillah...

Syukur banyak-banyak padaMU Ya Allah kerana telah memperkenankan segala doa dan hajatku selama ini.

"Ameen Ya Rabb...."

Ya Allah,
Aku memohon dengan berkat kasih dan sayangMu,
Engkau datangkanlah nikmat kesihatan,
Kepada ahli keluargaku.


Engkau jauhkanlah segala musibah,
Perkara-perkara yang boleh menjauhkan ahli keluargaku,
Dari mengingatiMU.

Engkau tautkanlah hati-hati kami,
Supaya lebih kasih-mengasihi antara kami.

Engkau jauhkanlah segala persengketaan,
Yang boleh membawa perpecahan kepada keluarga kami.

Engkau berikanlah keluarga kami,
Sentiasa dipayungi Rahmat dan Kasih SayangMU.


Engkau perkenankanlah segala hajat dan permintaanku.


Ameen Ya Rabbal 'Alamin...



Abah dan Mak tersayang di Tasik DQ sewaktu
Majlis Khatam Hafazan DQ 2008


Bersama Buah Hatiku sewaktu di Airport KLIA
sebelum berlepas ke Mesir.

 
Bersama Abah dan Mak sewaktu Majlis Konvokesyen
tahun 2008

Read more...

Friday, November 6, 2009

Sama-samalah Muhasabah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Ya Allah.....
Daku memohon kepadamu.....
Dengan berkat dan kasih sayang-MU.....


Semoga hati yang berkata-kata ini.....
Sentiasa mengamalkan apa yang diperkatakan.....
Mendahului atau seiring hamba-hambaMu lain.....


Semoga diri yang sentiasa berkata-kata ini....
mempunyai kekuatan jiwa...
Dan keberanian diri untuk menyampaikan....
Segala yang dipertanggungjawabkan ke atas diriku.....
Sebagai khalifah di muka bumi ini.....

Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa azhari, walaupun baru sebulan menjejakkan kaki di bumi panahan (الأرض الكنانه) ini, aku agak terkesan dengan segelintir mahasiswa yang masih ingin menikam antara satu sama lain.


Di sini, tiada siapa lagi yang boleh kita berteduh dan bergantung mengharapkan kasih sayang seperti di Malaysia dahulu. Cuma yang ada hanyalah satu persatuan melayu yang dinamakan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan nama PMRAM.


Iaitu sebuah persatuan yang wujud sejak tahun 1930. Yang mana wujud sebelum Malaysia merdeka lagi.


Aku tak nak menyebut mana-mana pihak yang menganggap persatuan yang sedia ada ini adalah pembangkag atau sebagainya. Tapi sahabat-sahabat perlu ingat bahawasanya sahabat-sahabat tiada siapa di sini melainkan persatuan anak-anak melayu yang sedia ada ini sahaja.


Aku boleh katakan bahawasanya pihak-pihak yang menghentam persatuan ini sebagai "TAK BERSYUKUR", "SOMBONG", "ANGKUH", "TAK TAHU MALU" dan sabagainya. Ini adalah istilah yang datang secara peribadi dari diriku.


Kenapa perlu mengata kepada pihak persatuan kalau sesuatu program yang dijalankan ada sedikit kecacatan?
Kenapa perlu cakap belakang kalau tak puas hati dengan apa yang persatuan anjurkan?
Kenapa perlu kata belakang sedemikian??


Bila pihak persatuan buat program, ada saja pihak-pihak yang memboikot. Dah la dia boikot tak nak ikut serta dalam program, lepas tu dia ajak pulak orang lain join dia.


Memang tak betul langsung.


Setakat aku mengikuti program pihak persatuan, tak dak lagi rasanya yang melanggari syarak. 
Tak dak lagi lah yang sampai yang boleh syirik kepada Allah.
Tak dak lagi lah yang sampai jatuh sakit.

Kalaulah ada kecacatan sedikit, tegurlah dan berilah buah fikiran yang bernas untuk sama-sama kita pertingkatkan kualiti pada masa akan datang. Bukan dengan cara mengata kat belakang.

Yang aku tau, bila pihak persatuan buat program, yang tak hadir program tu  berbungkus dekat bilik ramai lah.

Sama-sama kita muhasabah diri kita mana yang perlu kita buat dan ikut.



Janganlah kita jadi penyebab terputusnya rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita. Tapi, jadilah penyambung rantai-rantai perjuangan ini.


Takbir!!!





Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP