Qurban Shoubrowi --> Pengalaman PertamaKu....
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Hajj, ayat yang ke- 34 :
“ Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternakan. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (muhammad) kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”
Tahun 1430H bermaksud sudah 1400 tahun lebih Rasulullah meninggalkan kita.
Bermula dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama putera kesayangannya Nabi Ismail a.s menghadapi satu pengorbanan yang besar yang mana Allah telah perintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah As-Saffat, ayat yang ke-102 :
" Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata, "Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."
Tahun demi tahun umat Islam seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari Kebesaran Islam iaitu Sambutan Eidul Adha. Tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu kerana tahun ini buat kali pertamanya aku menyambutnya di Bumi Mesir.
Walaubagaimanapun, faktor berbezanya keadaan, situasi, masa dan sebagainya bukanlah menjadi penghalang untuk aku menyambutnya kerana pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra (DPM MAQAZ) dengan kerjasama Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menganjurkan satu program untuk menyambut Eidul Adha ini.
Hari raya pertama pihak persatuan telah membuat solat hari raya eidul adha di masjid berdekatan Markaz. Selepas selesai warga mesir sembahyang, pelajar melayu yang belajar di shoubra pula berkumpul untuk menunaikan solat sunat Eidul Adha.
Pada hari Ahad, aktiviti korban dijalankan.
Pada tahun ini agak meriah sedikit mengikut pendapat abang-abang. Kemungkinan pada tahun ini binatang yang dikorbankan agak banyak dan bertambah (19 ekor kambing dan 1 ekor unta).
Tepat jam 7 pagi aktiviti penyembelihan dimulakan dengan kambing dan diselangi dengan unta.
Walaupun agak banyak binatang yang dijadikan korban, tapi berkat sifat tolong menolong yang telah dilemparkan ke dalam hati sahabat-sahabat yang berada di shoubra ini, kesemua binatang dapat diselesaikan dalam keadaan yang pantas dan teratur.
Lebih kurang pada pukul 12 tengah hari (waktu zohor), semua bahagian dapat dibahagi pada orang yang sepatutnya.
Solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan sedikit makan-makan.
Alhamdulillah.....
..............................................................................
Sewaktu selesai sembahyang raya
Bersama rakan serumah Darul Elyas
Unta yang nak kena sembelih nanti... kenangan semasa ada ;-)
darah unta yang pekat....menjadi saksi di akhirat kelak...ameen...
Kesan perjuangan Eidul Adha...Hilang sedikit isi... ;-)
Kesan perjuangan Eidul Adha...Hilang sedikit isi... ;-)
Banyak pengalaman dan perkara baru yang dapat dipelajari bila berada berjauhan dari keluarga. Terutamanya prinsip berdikari untuk meneruskan perjuangan walau apa jua rintangan dan ujian yang datang. Juga ilmu untuk hidup bermasyarakat, sepertimana yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran pada surah Al-Maidah, ayat ke-2 :
".......Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan........"
Ya Allah....
Ampunilah segala dosa dan
kesalahan kami selama ini...
Ikatkanlah hati-hati kami
Supaya kami tidak leka
dengan hal-hal duniawi...
Peliharalah iman kami
Supaya tidak tergelongsor
dengan hasutan syaitan yang menyesatkan
Engkaulah Yang Maha atas segala-galanya...
Ameen......
0 Komen dan perkongsian yang berharga:
Post a Comment