Wednesday, November 11, 2009

Terima Kasih Ya Allah...

"bipp.......
"bipp.......
"You have a message.."

Nokia N82 aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Ketika itu tepat jam 9.14 pagi bersamaan pukul 3.14 petang waktu malaysia. Aku sedang berada di dalam kelas Qiraat di Maahad.

Aku dengan perlahan-lahan menyeluk tanganku ke dalam beg bimbitku untuk melihat nama yang terpampar di skrin.

Tengok-tengok.... Nama "UMI" terpampang di skrin N82 aku.

Agak-agak di penghujung pembelajaran, aku cuba menggagahkan diriku untuk melihat apakah yang ingin disampaikan kepadaku oleh mak dalam mesej tadi.

Satu persatu ditekan.... Akhirnya sampai ke peti masuk...

"Salam. Adik ada kuliah ka? Maaf jika mak mengganggu....."
Hatiku terasa ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Aku terus menekan keypad ke bawah...


"... Mak nak bagi tau adik abah dah dapat keluar wad. Alhamdulillah abah nampak bertambah sihat dan makan banyak pun dah boleh. Tak muntah lagi..."
Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah......

"...Tapi...."
Ada juga tapinya...
hatiku seolah-olah berubah menjadi murung kembali.

"....Tapi, Doktor cakap abah tak boleh memandu, buat kerja berat-berat, naik turun tangga, angkat benda berat selama 4 ke 5 bulan. Tapi tak pa mak boleh bawak keta. Adik jangan risau, tumpu pada pelajaran. InsyaALLAH ALLAH tolong. Mak minta ALLAH kuatkan semangat mak.."

..........................................................................

Semalam tepat jam 11.40 malam waktu Malaysia, aku menghubungi mak untuk mengetahui keadaan abah.

Aku dapat rasakan bahawa mak macam penat. Seolah-olah orang yang penat saja aku dengar suara mak.

Bila selesai membaca mesej yang dihantar oleh mak,hatiku barcampur baur antara gembira dan sedih.

Gembira bila mendengar berita bahawa abah dah makin baik dan boleh keluar wad.

Sedih kerana abahku tidak boleh gagah seperti dulu lagi..

Abahku sekarang sudah tidak boleh kuat seperti dulu lagi...

"....Tapi, Doktor cakap abah tak boleh memandu, buat kerja berat-berat, naik turun tangga, angkat benda berat selama 4 ke 5 bulan. Tapi tak pa mak boleh bawak keta".

Suatu ketika dulu abahlah yang memandu kereta membawa aku pulang ke asrama untuk belajar.

Suatu ketika dulu abahlah yang banyak membantu keluarga kami.

Abah berusaha buat yang terbaik untuk keluarga kami.

Dimana ada abah....Disitu jugalah ada mak dan ada aku.

Tapi selepas ini abah tak boleh dah nak kuat seperti dulu.

Sebak hati ini bila tidak dapat bersama-sama abah, mak, pipah, abg kemal, dan abg kibri bila dalam situasi ini.

Sekarang aku sudah berada di perantauan, jauh dari keluargaku.

Yang aku dapat tahu dari semasa ke semasa hanyalah melalui telefon melalui internet.

Ya Allah....

Selamatkanlah ahli keluargaku
dari azab api nerakaMU..

Selamatkanlah orang yang ku sayangi
dari azab api nerakaMU..

Dekatkanlah kami semua dengan
amalan-amalan yang boleh mendekatkan
diri kami denganMu...

Jauhkanlah diri kami sejauh-jauhnya
dari melakukan maksiat kepadaMu...

Abah...

Mak...

Ampunilah kami semua,
Mungkin selama ini kami banyak melakukan
sesuatu yang boleh membuatkan abah dan mak
menitiskan air mata...

Ampunilah kami....

Doakanlah kami
supaya kami menjadi anak yang soleh dan solehah

Doakanlah kami
supaya kami berjaya di dunia dan akhirat

Ancik doakan supaya mak, abang, pipah dan kemal tabah menghadapi segala ujian ini.

Ameen..... Ya Rabbal 'Alamin..

0 Komen dan perkongsian yang berharga:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP