Tuesday, December 30, 2008

BERJUANGLAH SAUDARAKU!!


UNTUKMU PALESTIN..
Sama-sama kita solat hajat & panjatkan doa qunut nazilah ini buat saudara2 kita di Palestin...Selamat Berjuang saudaraku! Syurga menanti kalian..doa kami tetap bersama..insyaAllah.ALLAHU AKBAR~!

"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka.Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.."




Read more...

Friday, December 12, 2008

ALLAHUAKBAR.....!!!


11 disember 2008 : bersamaan hari khamis,azan subuh dilaungkan tepat pada waktunya. waktu kebiasaan semua umat Islam bangun di awal pagi untuk sujud pada Ilahi ( Tuhan sekelian alam). aku seperti biasa bangun untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH yang sentiasa bergantung harap pada-Nya. selepas selesai menunaikan solat subuh,aku seperti biasa melakukan tugasan seperti kebiasaan hari minggu. Tapi, hari ini bukan seperti hari-hari biasa aku bersama aktiviti-aktiviti kebiasaan aku. rupa-rupanya abah dan mak aku sudah merancang satu aktiviti sebelum aku pulang cuti lagi. sekarang aku bercuti bermula 5 hb sehingga 14 hb disember 2008. abah dan mak aku sudah merancang untuk membawa kami sekeluarga berjalan ke Cameron Highland, Pahang.

Jam sudah menunjukkan pkul 8pagi.aku melihat kelibat ayahku yang sedang bersama dengan keretanya.sekejap ke kiri,sekejap ke kanan, sekejap ke belakang, sekejap ke depan.pening aku melihat kelibat ayahku.arrghhh....aku melihat lagi,rupe-rupenye abah sedang cek keadaan kereta hyundainye....sekejap cek minyak hitam,sekejap cek angin dan yang berkaitan...kemudian aku masuk semula ke dalam rumah mencari mak aku."mana mak aku ni"(bisik dalam hati aku).aku terus mencari."MAK.....OH MAK....."(aku memanggil)."ya adik...."(mak aku menyapa).ohhh,rupa-rupanya mak aku sibuk memasak di dapur untuk tinggalkan makanan dekat abang aku yang dua orang sebab diaorang tak ikut sekali sebab ada komitmen lain. adik aku yang sorang tu tengah bersiap-siap dengan dirinya. semua dengan keja masing-masing dan aku pun bergegas ke bilik aku untuk mengemas pakaian dan peralatan yang hendak dibawa.

agak-agak semua sudah siap dengan tugasan masing-masing.aku melihat jam di dinding menunjukkan tepat jam 8.45 pagi. aku pun keluar dari bilik untuk melihat keadaan ahli keluarga aku yang sibuk dengan tugas tadi,aku lihat abah,mak,adik dan sepupu aku sudah siap dengan beg masing-masing. sebelum berangkat,kami sekeluarga makan sarapan dulu untuk lapik sedikit perut yang kosong ini. setelah selesai sarapan, kami sama-sama bawa barang masing-masing untuk susun dalam kereta. setelah selesai, abah aku menghulurkan kunci kete dekat aku.nampaknya aku lah yang kena jadi driver nanti. tapi memang aku nak bawak keta pun sebab nak bagi abah rehat.biar aku yang penat pulak kali ni sebab masa kecik-kecik dulu abah kau yang drive. sebelum berangkat kami baca doa musafir sama-sama.

enjin pun dah start. dari kulim kami berangkat tepat jam 9pagi.setelah 1jam lebih kami berjalan,sekarang berenti sebentar dekat sungai perak untuk berehat sekejap. laju ke tak aku pandu tak tahu lah..kadang-kadang 140,150..10minit kami berenti berehat,kami pun mulakan perjalanan kami semula untuk ke destinasi yang ingin dituju. setelah lama naik turun bukit,akhirnya sampai jugak dekat kawasan cameron highlands.tapi belum sampai dekat apartment yang abah aku tempah lagi.tak silap aku dekat kawasan berinchang kot.

sekarang kami sudah samoai dekat kawasan cameron yang amat menakjubkan..dah lama aku tak datang dekat kawasan yang subur rahmat ini..rasa-rasa aku lebih lima tahun agaknya..kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk cari tempat untuk berteduh dulu..masih lagi aku yang pandu...penat jugak pandu sorang ni..takpe,exercise sket.....dalam perjalanan nak sampai berinchang,macam-macam ada.ladang strawberry,ladang lebah,ladang teh,ladang sayur dan banyak lagi...ingat nak berenti sekejap,tapi abah kata cari apartment dulu.tepat jam 12.30t/hari akhirnya sampai jugak dkat apartment yang di cari.ALHAMDULILLAH.....SAMPAI JUGAK AKHIRNYA..ada 3 bilik semuanya.aku sebilik,mak abah sebilik,adik dan sepupu sebilik.baru nak baring,azan zohor dah kedengaran.aku bersama keluarga buat jamak zohor dan asar dulu.kemudian kami berehat sekejap sambil makan tengah hari sebelum keluar melihat keindahan alam semula jadi ini.

tepat jam 4 petang,aku bersama keluarga mula dengan aktiviti bersiar-siar.mula-mula kami ke ladang strawberry dan kaktus.ALLAHUAKBAR!!!indah sungguh pemandangan di ladang ini.subur-subur buah strawberry ni..



hari semakin gelap.aku lihat jam di tangan aku sudah pun pukul 7 petang.dah hampir masuk waktu maghrib pun.ladang-ladang dkat sini pun dah mula nak tutup.mungkin pekerja-pekerja ladang nak bersihkan apa yang patut kot.xpelah....kami sekeluarga pun teruskan perjalanan kami untuk pulang semula ke apartment.lagi 5km nak sampai dkat apartment,sesak sangat jalan.berderet kereta susun."ada apa ye"(bisik hati kecil aku).....lama jugak kami sekeluarga tersangkut tengah jalan.hampir 15minit tak gerak-gerak.perlahan-lahan aku menekan minyak kereta,rupe-rupenye ada pasar malam...ingatkan ada apa tadi....sampai di apartment,aku bersiap diri sebelum jamak taqdim maghrib dan isyak.selepas selesai semuanya,aku dan keluarga mengisi perut yang kosong untuk makan malam.malam tu kami tak jalan mana-mana cuma pergi pasar malam dkat dengan apartment sebab banyak jugak hasil-hasil dari ladang yang jual dkat sini.setelah penat berjalan di pasar malam hampir sejam lamanya,kami pun pulang semula dkat apartment untuk rehatkan badan dan kumpul tenaga untuk keesokan hari plak.


12 november 2008 : seperti biasa bangun untuk solat subuh.subuh tak bleh jamak tau.....dua rakaat je..selesai solat subuh,seperti biasa la,kena la ngulang sket hafalan tu..setelah selesai dengan ngulang,aku ke ruang tamu sekejap.jam sudah hampir pukul 8 pagi..abah dan mak aku duk berborak dkat ruang tamu.adik dan sepupu aku dok sembang-sembang dalam bilik diaorang.tepat jam pkul 9pagi,kami sekeluarga mulakan perjalanan kami ke ladang starwberry sebab petang kemarin x dapat masuk ladang.diaorang bukak waktu pagi je.kebetulan pulak ladang tu dekat je dari apartment kami,lbih kurang 10minit jalan.kalu nek keta susah nak park plak.raamai BANGAT....

akhirnya,sampai jugak kami dkat ladang...segar-segar buahnya dan dapat masuk ladang tengok secara live cara diaorang tanam dan jaga...



hampir sejam lebih jugak la kami dalam ladang tu...sebab nek atas bukit sikit ada ladang sayur..kebun bunga dan kaktus...jalan punya jalan,jam dah hampir pukul 11 pagi..sarapan belum lagi..dal perjalan nak pulang kemas apartment,kami singgah sekejap dkat restoran orang kedah untuk makan-makan.ALHAMDULILLAH......udah di isi perut ni....

barang sudah kemas,dalam keta pun dah isi barang,orang pun dah masuk dalam keta...cume kunci apartment je belum pulangkan dekat tokey...abahku keluar sekejap untuk bagi kunci bilik dekat kaunter..dalam perjalanan kami singgah je dekat mana-mana yang nampak best..20minit jalan,kami singgah jap dekat "bee farm".nak tengok diaorang jaga lebah...



hebat bangat ladang lebahnya.seram aku tengok lebah dok terbang tepi telinga...sekejap je kami dekat situ,setengah jam aje.kami teruskan lagi perjalanan kami,hampir 15 minit dalam perjalanan,kami singgah sekejap dekat kebun sayur-sayuran..ALLAHUAKBAR!!!segar-segar sungguh sayur-sayur dekat sini.macam-macam ada.tomato,salad dan macam-macam lagi..banyak sungguh dan cantik-cantik cara diaorang susun.



bukan setakat sayur-sayuran je,buah anggur pun segar-segar gak.



sayur-sayur cantik susun..



20minit kami dkat kebun sayur-sayuran.rasa-rasanya ini desstinasi terakhir kot sebab nak kena balik awal dekat rumah.ssebab ada hal lain bersama family lagi..hampir pukul 3petang kami dah melepasi kawasan cameron dan masuk sempadan perak.jalan bleh tahan jugak bengkang bengkok.tambahan curam pulak.ape lagi,pecut sakan la aku sampai tak larat tegur mak aku.hehe...dalam pukul 3.45 petang kami berenti dekat sungai perak jap untuk rehat-rehat dan jamak taqdim zohor dan asar.30minit kami dekat sungai perak.adik aku dok bisik-bisik dekat aku,"jom berenti bukit merah".....tengah dok drive,meter pun 140,150...akhirnya nampak jgak sign board bukit merah...dalam pukul 5petang kami sampai bukit merah sebab adik aku nak mandi sekejap.tapi, tak dapat sebab pkul 6.30 dah tutup..tak seronok la sekejap sangat....kami makan-makan je dkat bukit merah sebab hari pun dah lewat senja...

dalam pukul 7.05petang kami berenti sekejap dekat masjid jawi untuk jamak maghrib dan isyak..setelah selesai solat,kami teruskan perjalanan untuk terus pulang ke rumah...nak rehat sekejap sebab esok ada aktiviti lain plak dgan family....dalam pkul 10malam kami pun sampai dekat kulim...ALHAMDULILLAH....SEMUANYA SELAMAT PERGI DAN PULANG...AMEEN.....

Read more...

Thursday, December 11, 2008

AL-QURAN MELAHIRKAN MINDA PROGRESIF LAGI SAINTIFIK


Allah memberikan penghormatan kepada golongan yang suka mengkaji alam dan memanfaatkannya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Allah menggelar mereka sebagai ulul albab dan hal ini amat signifikan bagi umat Islam. Ia merupakan rangsangan yang istimewa daripada Allah agar umat Islam mendekati alam untuk mengkajinya. Dengan itu ketakwaan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khusus, antara ciri yang terdapat pada ulul albab ialah suka mengkaji dan bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi. Pada hari ini golongan yang banyak mengkaji tentang kejadian langit dan bumi ialah pakar-pakar sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. Justeru, ayat 190 dalam surah Ali Imran berhubung ulul albab merangsang umat Islam agar menjadi saintis. Saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula al-Quran ialah saintis yang mengingati Allah di mana saja dia berada. Bukannya saintis yang ateis.

Al-Quran sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang saintifik. Minda yang saintifik merupakan minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian dan kemudiannya konklusi terhadap apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan bukti dan dalil.

Sebenarnya minda seperti inilah yang mahu dilahirkan oleh Islam kerana Islam menyuruh umatnya agar tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Dalam surah al-Israk ayat 36 Allah berfirman,

Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Berhubung dengan ayat ini, Syed Qutub berkata dalam Fi Zilal al-Quran,

Janganlah kamu mengikut sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang meyakinkan dan (janganlah mengikut sesuatu) yang tidak terbukti kesahihannya.

Mementingkan Bukti Bukan Menjadi Pak Turut

Dalam surah al-Baqarah ayat 259, Allah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah Allah matikan selama seratus tahun sebelum dihidupkannya semula. Kemudian Allah memaparkan kepadanya bukti-bukti tentang kekuasaan Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan. Allah berfirman,

Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) seorang lelaki yang melalui sebuah negeri yang temboknya telah roboh menutupi atap-atapnya. Dia berkata: Bagaimanakah Allah akan menghidupkan negeri ini yang sudah hancur? Maka Allah mematikannya selama seratus tahun kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: Berapa lamakah kamu tinggal di sini? Dia menjawab: Satu atau setengah hari sahaja. Allah berkata: Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah. Lihatlah juga kepada keldaimu (yang telah menjadi tulang-belulang), dan Kami jadikan kamu sebagai tanda kekuasaan Kami bagi manusia. Lihatlah kepada tulang-belulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali dan Kami membalutinya dengan daging. Selepas jelas baginya (tentang bagaimana Allah menghidupkan orang mati) dia pun berkata: Sesungguhnya aku yakin bahawa Allah Maha berkuasa atas setiap sesuatu.

Lihatlah bagaimana bukti dan dalil menguatkan keyakinan lelaki ini terhadap Allah.

Demikian jugalah yang berlaku ke atas nabi Ibrahim. Dalam surah al-Baqarah ayat 260 Allah menceritakan tentang nabi Ibrahim yang suka menguatkan keyakinan baginda melalui bukti yang jelas. Baginda berkata,

“Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang bagaimana Kamu menghidupkan mereka yang mati. Berkata Allah: Apakah kamu tidak yakin? Berkata Ibrahim: Aku telah yakin akan tetapi agar hatiku mantap (dengan iman).”

Oleh sebab bukti dan dalil adalah penting, Islam tidak pernah memaksa orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Sebaliknya mereka yang bukan Islam diutarakan hujah yang rasional tentang kebenaran Islam sekali gus menyerlahkan kepalsuan pegangan mereka. Sebagai contoh, ketika Allah berbicara tentang penyembahan patung-patung berhala, Allah menggunakan hujah serta dalil yang boleh difahami untuk menjelaskan tentang kesesatan amalan itu. Dalam surah al-Haj ayat 73 Allah berfirman,

Wahai manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalat pun walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah jugalah yang disembah.

Demikian jugalah pendekatannya ketika Allah berbicara tentang alam ghaib, sebagai contoh, kebangkitan semula selepas mati. Allah membuktikan kebenaran kejadian itu dengan mengaitkannya dengan fenomena alam yang boleh dilihat dan difahami oleh manusia. Dalam surah Faatir ayat 9 Allah berfirman,

Allah jualah yang menghantarkan angin dan angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu kepada negeri yang mati (kawasan kering kontang) dan Kami hidupkan bumi itu sesudah matinya (dengan menurunkan hujan). Demikianlah juga kebangkitan manusia (iaitu kehidupan selepas mati).

Pendekatan seperti ini mampu mengetuk minda serta menjentik hati. Ayat-ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa pencarian bukti dan dalil merupakan suatu yang amat dituntut oleh agama kerana melaluinya keyakinan dan cara hidup yang mantap akan terbina. Jika keyakinan seseorang telah pun mantap, ia akan memantapkan lagi keyakinan itu. Dalam konteks nabi Ibrahim, permintaan baginda untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan orang yang mati bertujuan untuk meningkatkan lagi makam keyakinan baginda daripada ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan hujah ilmu) kepada ain al-yakin (keyakinan berdasarkan penglihatan). Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Minda Saintifik

Minda saintifik membenci khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul merupakan kepercayaan yang tidak berasaskan bukti lagi tidak masuk akal. Islam menentang kepercayaan yang seperti ini, sebagai contoh, kepercayaan terhadap konsep sial majal. Berhubung dengan ini Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud,

Tidak ada sial majal (dalam Islam).

Dalam riwayat yang lain oleh Bukhari, nabi bersabda, “Tidak ada sial pada bulan Safar.” Dalam sesetengah masyarakat kadang kala kesialan dikaitkan dengan bunyi binatang tertentu, contohnya burung hantu, ataupun suara-suara tertentu. Nabi menolak kepercayaan yang dangkal ini melalui sabda baginda yang bermaksud, “(Mempercayai) kesialan pada suara-suara (tertentu)….. ialah dari perbuatan syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud.

Sebagai satu agama yang saintifik, Islam menerima penemuan serta kajian yang sah lagi autentik terutamanya di sudut duniawi. Nabi Muhammad merupakan contoh yang terbaik dalam aspek ini. Dalam aspek duniawi baginda amat menghormati rumusan dan konklusi yang diputuskan berdasarkan pengamatan serta bukti yang sahih. Pernah pada suatu ketika, baginda menegur sahabat-sahabat yang telah mengacukkan pohon-pohon kurma demi memperoleh hasil yang lebih baik. Kerana menghormati nabi, mereka tidak lagi mengacukkan pohon-pohon itu. Hasilnya ialah produktiviti yang menurun dan pengalaman ini akhirnya mereka ceritakan kepada baginda. Nabi terus menyuruh mereka meneruskan dengan amalan yang asal, iaitu mengacukkan pohon-pohon kurma, kerana telah terbukti cara itu mendatangkan hasil yang lebih baik. Berkaitan dengan insiden inilah, nabi bersabda (berpandukan hadis Muslim daripada Rafi’ bin Khadij), “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.”



Minda Progresif

Al-Quran merupakan sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam. Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai berkaitan dengan alam, manusia serta sistem hidup. Al-Quran berjaya membentuk umat Islam menjadi golongan yang progresif mindanya. Daripada al-Quran, umat Islam memiliki kefahaman yang betul tentang alam dan kehidupan.

Sebagai contoh, umat Islam, lama sebelum lahirnya teori Big Bang, sudah mengetahui bahawa langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam. Pengetahuan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud,

Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian Kami pisahkan antara keduanya (fataq).” Kesan daripada ayat ini lahirlah pandangan sebagaimana yang diutarakan oleh ulama tabiin iaitu Imam Said bin Jubair yang telah meninggal lebih daripada seribu tahun dahulu. Beliau berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.

Tambahan daripada itu, ulama Islam dari kalangan sahabat-sahabat nabi dan generasi selepas mereka juga telah mengetahui, berpandukan ayat-ayat al-Quran, bahawa proses kejadian bayi melalui pelbagai tahap, bermula dengan percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan. Mereka tidak pernah mengatakan bahawa kejadian bayi bermula dengan percantuman antara air mani lelaki dengan darah haid wanita seperti yang dinyatakan oleh Aristotle. Sebagai contoh sahabat nabi Abdullah ibn Abbas berkata,

Air lelaki telah bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan bercantum dan selepas itu ia berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lain dan daripada satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan daripada satu warna ke satu warna yang lain.

Pandangan yang sama juga telah dinyatakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hasan, dan Rabie’ bin Anas, seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.

Di barat pula keadaannya adalah berbeza. Pakar-pakar biologi di sana, pada abad ke-17 dan 18 Masihi, masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengatakan bayi telah sedia wujud dalam sperma lelaki dalam bentuk yang kecil sebelum persetubuhan berlaku. Golongan ini dikenali sebagai homunculists. Golongan kedua pula yang dikenali sebagai golongan ovists, mempercayai bayi telah sedia wujud dalam ovari wanita. Apabila persetubuhan berlaku embrio-embrio kecil ini seolah-olahnya mendapat lampu hijau untuk terus hidup dan membesar. Hal ini dilaporkan di Human Developmental Anatomy Center (Research Collections, National Museum of Health and Medicine, Washington D.C.), di http://nmhm.washingtondc.museum/collections/hdac.

Lebih menakjubkan, para sahabat juga telah mengetahui bahawa kadar hujan yang turun di muka bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan beberapa firman Allah, antaranya ayat 11 dalam surah az-Zukhruf yang bermaksud,

Dialah yang menurunkan air dari langit mengikut kadar lalu Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati….

Berhubung dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan kenyataan Abdullah ibn Abbas dan Abdullah ibn Masud yang berkata,

Tidaklah hujan yang turun pada suatu tahun melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain.

Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains moden kerana pusingan hidrologi dunia (hydrologic or water cycle) menunjukkan kadar hujan yang turun adalah sama pada setiap tahun. Hal ini disebutkan dalam Wikipedia Encyclopedia bersumberkan daripada NASA dan United States Geological Survey. Pakar-pakar menganggarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap setahun tanpa sebarang perubahan.

Justeru, ajaran Islam berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif di kalangan umat. Kesan daripada itu maka lahirlah saintis-saintis Muslim yang agung lagi mengagumkan. Kekaguman ini pernah disuarakan oleh seorang tokoh sains dari barat, George Sarton (1884-1956), dalam buku beliau yang bertajuk Introduction to the History of Science (Carnegie Institution of Washington Publication No. 376, Baltimore, 1927). Beliau berkata,

Memadai rasanya jika kita sekadar menyebutkan beberapa nama tokoh Islam yang tidak ada tandingannya di barat ketika itu. Antaranya ialah Jabir ibn Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Fargani, al-Razi, Thabit ibn Qurra, al-Battani, Hunain ibn Ishaq, al-Farabi, Ibrahim ibn Sinan, al-Masudi, al-Tabari, Abul Wafa, Ali ibn Abbas, Abul Qasim, Ibn al-Jazzar, al-Biruni, Ibn Sina, Ibn Yunus, al-Kashi, Ibn al-Haitham, Ali Ibn Isa al-Ghazali, al-Zarqab dan Omar Khayyam. Inilah nama-nama yang mengagumkan dan lis ini adalah lebih panjang daripada ini. Jika ada seseorang memberitahu anda bahawa bumi Timur Tengah sebelum ini ketandusan sains, sebutkan nama-nama ini kepadanya. Kesemua mereka ini berkembang antara tahun 750 hingga 1100 Masihi.


Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

Read more...

Saturday, October 25, 2008

Jangan Merajuk Wahai Da'ie



Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.. Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’..


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah. Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina

Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa

Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati

Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan

Terjun ke laut penuh bergelora

Baginda ditelan ke perut
Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa

Menangislah Nabi penuh duka

Memohon Ampun dari Tuhannya
Begitulah Kisah seorang Nabi
Diuji Allah begitu sekali


Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-‘Imran:139)

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan....

"Bertemu dalam ketaatan..Bersatu dlm perjuangan...
biar tersungkur jgn kau undur, biar terbuang tetap berjuang~!"

Read more...

Wednesday, September 3, 2008

SALAM JUANG


Assalamualikum wa rahmatullahi wa barakatuh....

Salam juang, salam ukhwah islami, salam percintaan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang masih lagi setia mengunjungi ruangan ilmiah ini.

Sahabat-sahabat seperjuangan, dalam sedar atau tidak sedar bahawa umur kita kian meningkat ke arah yang lebih matang. Hari makin hari,masa demi masa, saat demi saat, kita telah melakukan berbagai-bagai perkara yang mana kita sendiri tidak sedari. Marilah sama-sama kita berhenti sejenak memikirkan akan apa yang kita telah lakukan sejak dari mula-mula kita berpijak di bumi Allah ini....Adakah selama kita berpijak di bumi ini, banyak masa kita peruntukkan untuk mendekati Ilahi??

Sahabat-sahabat yang tercinta, diri yang hina ini bukanlah yang layak untuk bermadah dan memberi tazkirah. Akan tetapi, diri ini terpanggil untuk berpesan-pesan sesama kita atas dasar bergelar sebagai seorang Muslim dan Khilafah di muka bumi Allah yang suci ini. Perlu kita sedari sahabat-sahabat sekalian bahawa diri dan segenap yang ada di muka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada sedikit pun mahupun sebesar zarah yang boleh kita banggakan kerana kita tidak mampu berdiri tanpa bantuan dari yang lain. Kita tidak mampu untuk mencipta seperti bumi ini tanpa mengunakan tiang-tiang, kita tidak mampu mencipta tumbuh-tumbuhan tanpa wujudnya benih yang semula jadi ini. Ini membuktikan bahawa kita adalah insan yang lemah lagi hina. Kita amat-amat memerlukan Pencipta semesta alam ini Yang Maha Esa lagi Agung ini.

Isu rokok, kecurian, gambar-gambar lucah, video-video lucah, dan yang seangkatan dengannya amatlah tidak releven untuk kita perbincangkan dengan lebih mendalam dan lama kerana banyak lagi yang perlu kita fikirkan. Tetapi, disebabkan hal-hal dan masalah inilah kita perlu memikirkan dengan begitu lama untuk menjamin generasi-generasi akan datang SIFAR dari gejala yang tidak bermoral ini. Ini semua berpunca dari diri kita sendiri jikalau tidak disaluti dan dipenuhi dengan Zikrullah. Allah s.w.t telah berfirman dalam kitab suci al-Quran " sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari keburukan dan kemungkaran". Cuba kita renungkan sejenak diri kita, Adakan kita istiqamah dengan solat jemaah???adakah banyak percakapan yang diungkapkan dengan nama Allah???adakah kita banyakkan masa kita untuk bermunajat kepada Ilahi???sama-samalah kita renungkan.....

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, solat jemaah bukanlah suatu perkara yang remeh bagi kita yang bergelar sebagai seorang Muslim. Bukanlah lagi untuk dijadikan perdebatan yang hangat di antara sesama muslim. Menurut pandangan ahli bijak pandai Sains bahawa pertembungan di antara dua bahu dapat mengembalikan tenaga kepada kita untuk lebih aktif dan semangat melakukan kerja harian. Selain itu, tanda kasih sayang Allah s.w.t kepada makhluk-Nya ialah, jikalau seseorang itu melakukan solat secara berjemaah, maka akan diberikan ganjaran pahala sebanyak 27 kali ganda daripada orang yang solat secara sendirian. Jika kita benar-benar yakin akan janji Allah s.w.t dalam al-Quran yang mengatakan solat dapat menjauhkan kita dari keburukan dan kemungkaran, maka saya yakin dan optimis seratus peratus tanpa ragu-ragu bahawa masalah-malah yang timbul tadi dapat diSIFARkan.

Oleh itu bersempena Ramadhan yang mulia ini, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat semua supaya dapat menjadikan selama sebulan ini untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dan juga dapat menjadikan sebagai satu program tarbiah dari ALLAH S.W.T. Perlu kita sedari sahabat-sahabat sekalian bahawa dunia ini semakin hampir ke penghujungnya dan kita tidak dapat meramal bahawa adakah kita akan bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang. oleh itu, sama-samalah kita berusaha bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba taqarrub kepada Rabbul Izzati untuk ramadhan kali ini. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t. " berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan......".. SESEORANG ITU TIDAK AKAN NAMPAK CANTIK JIKA AKHLAK DAN PERILAKUNYA BURUK WALAUPUN DARI SEGI LUARAN NAMPAK CANTIK...

salam mujahadah, selamat menyambut ramadhan yang penuh barakah ini...

TAKBIR!!!


Read more...

Thursday, August 21, 2008

.:REMEMBERANCE OF AL-QUDS [R.O.Q] :.

Ayuh Edar Risalah. Juga Berbaju Hitam~!

Ada apa dengan 21 Ogos 2008?

Ada! Genap 39 tahun Masjid Al-Aqsa yang mulia telah dibakar oleh Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi.

Ayuh, sebarkan mesej kemanusiaan. Buktikan solidariti umat manusia sejagat dalam mempertahankan kiblat pertama umat Islam itu.

Bahagian Luar


Bahagian Dalam


Cetak di bahagian depan dan belakang, kemudian lipat dua.

Hakcipta tidak terpelihara. Demi Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.


Seperkara lagi. Ayuh berpakaian serba hitam pada esok hari. Bukan sebagai manifestasi perkabungan (entah wujud ke tidak istilah ini?), sebaliknya simbol kegelapan. Kegelapan yang mendamba sinar. Kesedihan yang menyelebungi. Inilah yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Saban hari dilayan tidak ubah seperti haiwan oleh puak Israel yang sarat nilai kebinatangan.


Cahaya itu pasti datang. Segalanya terpateri di dalam ayat-ayat Tuhan. Siapa lagi yang paling mengotakan janji, melainkan Allah Ta'ala.


Selain itu, berpakaian hitam beramai-ramai akan mewujudkan suasana yang signifikan. Maka ambillah peluang untuk menyebarluaskan mesej kemanusiaan ini.


Setakat itu sahaja niat berpakaian hitam untuk beramai-ramai. Bukan kerana berkabung lalu menurut kepercayaan agama lain atau mempromosikan black metal, apalagi meraikan hal-hal yang bertentang syarak.


Cepat, selongkar almari anda sekarang. Atau pergi basuh baju.


Berpadu jiwa mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Al-Quds, kami senantiasa bersamamu! Mari menyumbang kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun Maybank 562209608847 atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” (Sila fakskan bank-in slip pembayaran ke 03-4107 1754)

atau

Pembayaran kad kredit secara online melalui laman sesawang di bawah
http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=27&zenid=90f4f7ee436e7




Read more...

Thursday, August 14, 2008

.:Tips Untuk Berdakwah dengan Badan yang Sihat:.


Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.

Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.

Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia.

Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya...

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah.

Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa.

Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya.

Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan.

Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.

Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.

Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga.

Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi.

Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas.

Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya.

Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin.

Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.

Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya.

Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l).

Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman.

Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah yang mudah

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah:

Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.

Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.

Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang sihat.

Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.

Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.

Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.

Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus.

Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa.

Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.

Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium.


p/s : Kpd empunya blog terutamanya, mujahid muda~Dalam kesibukan, jgn abaikan kesihatan. Kesihatan penting dlm menjamin kelangsungan kerja dakwah..keep da gud health~!Moga sihat selalu hendaknya..ameen(^^,)

Read more...

Saturday, July 19, 2008

.:Fatwa Dr Taha Jabir al-’Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim:.

~Dato’ Seri Anwar Ibrahim hampir umum bertanding tidak lama lagi dalam pilihanraya kecil untuk ke Parlimen dan pejabat Perdana Menteri Malaysia~

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim

Soalan

Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

~Saiful menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali dan terakhir pada 26/6/08 yg lalu~

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.

Read more...

Friday, June 27, 2008

Penyakit : Sibuknya, Hebatnya

Oleh: Ust.Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.

Nabi s.a.w bersabda :-

ثلاث مهلكات : : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )

Ada yang terdetik di sudut hatinya.

"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya dan hatinya tawadhu'.

Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah swt.

Ada yang terdetik :

"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."

Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.

DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL

Lagi detikan :-

"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"

Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa darinya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah, malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :

"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu"

PALING ALIM

Selain dari itu, ada yang terdetik :

"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"

Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain. Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-



وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui" ( Yusuf : 76 )

Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-

كل الناس أفقه من عمر

Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud, 6/276 )

Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-

أي فوق كل ذي علم رفعه الله بالعلم من هو أعلم منه حتى ينتهي العلم إلى الله تعالى والكمال في العلم معدوم من غيره

Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad AL-Masir, 4/262 )



Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi. Sila baca bab tersebut di sini.

Read more...

Monday, June 9, 2008

.:Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin:.


Oleh: Dr. Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.



Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP