.: MASIH BERANI MEMBERI JANJI-JANJI MANIS :.
Sebelum pergi ke Hayyu 'Asyir pada malam kelmarin (5 mei 2010), saya dan beberapa orang sahabat lain cuba sekali lagi setelah BERPULUH-PULUH kali mencuba untuk melihat keputusan yang akan disiarkan di laman web Atase. Padahal yang dijanjikan oleh Khairi Jamaluddin adalah pada hari ini (5 mei) nak siarkan keputusan.
Pada 30 April 2010, KJ mengeluarkan kenyataan rasmi dalam web Atase mengatakan fail pelajar masih di Idaratul Wafidin untuk menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh Azhar.
(Klik untuk lebih jelas)
Akan tetapi, pada 5 Mei 2010, KJ mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa semua mahasiswa/i Tahun 1 Qiraat akan menduduki imtihan pada bulan Julai (dhur Thani).
Kenyataan rasmi bertarikh 5 Mei 2010 juga, KJ memberi alasan yang macam-macam. Dalam kenyataan ini juga, KJ mengatakan pada 29 April 2010 Idaratul Wafidin telah memulangkan SEMUA fail pelajar kepada JPMK.
(klik untuk lebih jelas)
Sedangkan dalam kenyataan rasminya pada 30 April 2010, KJ mengatakan fail pelajar masih di Azhar untuk menunggu tandatangan syeikh Azhar.
BOLEH PERCAYA LAGI KA DENGAN KATA-KATA DAN JANJI-JANJI MANIS SEBEGINI???
SELAMA 4 BULAN SEJAK DISEMBER 2009... DEPA BUAT APA? SAMPAI SEKARANG NAMA KAMI BELUM NAIK....
KHAIRI BANYAK PIKIR DAN MEREKA-REKA ALASAN UNTUK PERTAHANKAN KESALAHAN DIRI SENDIRI SEDANGKAN SUDAH JELAS AKAN KELEMAHAN DIRINYA.
SAMA-SAMLAH BUKA MINDA DAN FIKIR-FIKIRKAN.....
................................................................................
~Mujahidin~
Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar,
Shoubra, Mesir.
(St.Theresa, Shoubra)
(3.50am Mesir)
"Kata-kata orang yang bijaksana adalah ubat apabila ianya benar dan menjadi pahit apabila ianya salah"
0 Komen dan perkongsian yang berharga:
Post a Comment