Antara AGAMA & ADAT ???
Kelmarin (2 Mei 2009), aku mengikuti keluargaku pergi ke majlis kenduri kahwin. Satu di Tanah Liat,Penang dan satu lagi di Taman Kempas,Kulim.
Aku dan keluarga mula bertolak ke Tanah Liat lebih kurang pukul 12 tengah hari. Setibanya kami di sana, tuan rumah menyambut dengan penuh kemesraan.
Memang itu pun adat melayu di sini. Tuan rumah menjadi penyambut tetamu kehormat.
Lepas salam dan beramah mesra dengan tuan rumah, kami terus ke ruang menjamu selera yang telah disediakan di sudut khemah. Ramai sungguh orang pada hari itu. Biasalah, macam kawasan kampung siket.
Makanan pun mewah jugak. Macam kebiasaan kenduri-kenduri yang lain.
Keadaan di sini sungguh mewah sekali walaupun tempatnya di kampung. Boleh dikatakan majlis di sini penuh dengan adat dan budaya melayu.
" Pelamin ada"...
"buah tangan ada"...
"penyambut tetamu ada"....
......dan macam-macam lagi.
Memang adat banyak dikekalkan.
Kami sekeluarga di sini hampir sejam jugak lamanya. Kerana kebetulan tuan rumah tersebut kawan lama mak.
Dalam pukul 2.45 petang, kami mula bertolak ke satu lagi jemputan. Di Taman Kempas,Kulim. Rumah prof. Dr Aziz (pensyarah USM).
Abah nak berehat sebentar. Jadi, aku lah kena pandu ke destinasi seterusnya.
Dari Tanah Liat, aku menggunakan jalan Berapit dan terus susur keluar ke jalan lengkok Mengkuang. Dan terus ke Taman Kempas.
Lebih kurang pukul 3.15petang kami sampai di destinasi yang ingin dituju.
Prof ni kawan abah. Jadi, sampai je terus prof sekeluarga sambut kami. Kalau tak silap aku, ini kenduri kali yang ke lima kot. anak lelaki.
Macam-macam ada. ...
" Char Koey Teow fresh....."
"Buffey......"
.....dan macam-macam lagi.
Cuma di sini bezanya tak dak pelamin.....
Tak dak bersanding....
Boleh dikatakan agama lebih diutamakan daripada adat.
Nak kata tak ramai orang...sama ja dekat tanah liat dan rumah prof ni..Ramai je.
Nak kata tak meriah....sama je dua-dua....Meriah jugak.
Nak kata makanan tak sedap...Sedap je...lagi sedap dekat rumah prof...ada Char Koey Teow fresh...panas lagi...
Lepas selesai dua-dua kenduri tu, Masa dalam keta, abah mula mengutarakan soalan..
" Mana yang beza dekat dua-dua kenduri yang kita p tadi?"
" Yang dekat rumah prof ni lebih teratur n sedap mata memandang daripada kenduri dekat Tanah liat tadi..Betul?..
(Aku mengagguk je....)
Abah aku menyambung lagi sesi tazkirahnya...
"Itulah kalau kita meletakkan agama depan dan ke depan dari hal-hal yang lain...."
".....Sedap mata kita memandang..."
Nak kata prof tu tak dak duit....Lagi banyak dari tuan rumah yang dekat tanah liat tu....
Tapi, simple je majlis dia....Dari anak pertama sampai anak kelima ni, sama je cara dia.
"Save Cost"....
"Waktu sembahyang terurus"...
"Kebersihan terjaga"...
Sebab Islam ni mudah. Cuma yang jadi susah kerana orang letak agama di belakang,adat di depan...
BAYANGKAN
Kalau kita renung dan kira secara halus....kos untuk tempah orang buat pelamin pun dekat beribu-ribu ringgit..
Kos untuk jemput artis dan dj pun beribu-ribu ringgit...
Kos untuk hias dan cat baru seluruh rumah pun dah beribu.
Duit yang membazir ni..... Boleh dah untuk pasangan pengantin tu simpan untuk teruskan kehidupan lepas ni....
Cuma sekarang ni, bila ramai yang malas dan malas pergi menadah telinga mendengar majlis-majlis agama. Inilah jadinya...
Yang mudah jadi susah...
Ada kes sebelum kawin ada yang sanggup pinjam berpuluh ribu hanya untuk kenduri kawin...
Bila dah pinjam, cuma akan seronok masa majlis kenduri je....
Bila lepas kenduri, mula serabut kepala pikir jalan nak langsaikan hutang tu..
Lepas tu...mula lah bertengkar dengan pasangan.....
Sama-samalah kita fikirkan.......
*p/s : sebelum kawin, dalam meeting family. bincang bab hukum agama dahulu.. Pas tu, baru pikir adat.. Kalu aga susah, tak payah buat... Islam ni mudah je.. ORANG YANG JAHIL je yang menyusahkan...
0 Komen dan perkongsian yang berharga:
Post a Comment