Sedihnye......huhu :-(
" Ancik pi sekolah dulu mak...."
Tugasku sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Bukit Teh hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Aku diamanahkan bertugas di sekolah ini bermula dari 8 April 2009 dan sekarang sudahpun 19 Mei 2009.
Cikgu-cikgu di sini semuanya ramah-ramah belaka. Ada berbagai ragam dan gaya yang tersendiri. Ini yang membuatkan aku senang berada di sekolah ini.
Umur aku sekarang dah pun hampir 21 tahun. Tapi, aku tak nak amalan ini lupus dan lenyap dari hidupku.
Tapi........
3, 4 hari ini..
Waktu petang pun, sebelum aku pergi mengajar di Kubang Semang jarang-jarang dapat aku salam dan cium pipi abahku.
Tapi...aku faham kenapa jadi begini....
Sejak Sabtu petang mak ditugaskan menjaga tok aku. Maklumlah, yang lain semua sibuk dengan tugasan masing-masing.
Ahad yang lalu, aku balik ke kampung bersama tok ( sebelah abah). Tok nak ambik pakaian dan kemas rumah dekat kampung sekejap.
Semalam (Isnin), pukul 10pagi abah aku keluar awal sikit sekolah. Abah nak bawak tok (sebelah abah) pergi cek darah tinggi dekat hospital Lam Wah Ee. Tempat yang sama dengan tok sebelah mak.
Aku balik sekolah seperti biasa. Lebih kurang pukul 2petang.
Pukul 5 abah tak balik lagi......
Tunggu punya tunggu......
(Kerisauan mula bermain di benak fikiranku)
Seperti biasa, aku mula mengajar dari pukul 7petang sehingga 10malam. Tepat jam 10.30malam, aku sampai di halaman rumah bernombor 208, Taman Berlian.
Masuk ke dalam rumah, cuma ada kemal (abg kedua) saja.
"Belum.... jawab kemal."
Dalam 5 minit, kereta viva hijau mak muncul di depan rumah. Abang sulung aku baru lepas ambik adik aku tuisyen.
"Abah tak balik lagi ke pah??..
Dalam pukul 11 malam baru abah sampai.
(Pengorbanan seorang anak terhadap ibunya...)
Saluran darah dekat jantung tok tersumbat. 3 Tempat block. Sebab tu tok kata darah tok tinggi.
(Aku dapat lihat kekerutan di dahi abah.....Mungkin memikirkan kos pembedahan)
Dalam kekerutan tersebut, abah masih tersenyum di hadapan anak-anaknya. Mungkin tak nak anak-anaknya susah hati.
Aku doakan agar Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.....
p/s : Pengorbanan seorang ibu dan ayah kepada anak-anaknya tidak mampu dibalas oleh anak-anaknya. Oleh itu, walau apapun yang terjadi, ibu dan ayah tetap sebagai ibu dan ayah kita.
: Sepuluh orang anak tidak mampu membalas pengorbanan seorang ibu dan ayah kita.
: Bersyukurlah dengan apa jua sekali pun dengan ibu dan ayah kita semua....
: Buat Abah dan Mak...ancik, abang, kemal dan adik minta maaf sangat-sangat jikalau selama ini kami ada melukakan hati abah dan mak. Maafkanlah kami semua.. Kami sentiasa mendoakan agar keluarga kita dapat menjadi keluarga yang sepakat dan harmoni serta sentiasa dicucuri rahmat dari Allah s.w.t..
2 Komen dan perkongsian yang berharga:
salam..
moga kalian sekeluarga sentiasa diberi nikmat kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di bawah pengawasan Allah swt..
terlalu byk pngorbanan ayah n ibu kita...mngkin smpai bla2 pun x dpt kita balas..smoga Allah mbalas segala jasa mereka..
hidup ni terlalu singkat..yg muda akan jd tua..yg sihat akan sakit..
apepun..sama2 kita ingat 5 perkara sblum dtgnya 5 prkara...
smoga rawatan kpd kedua2 tok bjalan dgn baik n slamat...jaga n gembirakan tok..bg smangat kuat...
p/s doktor: mencegah itu lbh baik drp mngubati..yg masih sihat..jaga diri baik2..jga mknn..pesanan brsama ;)
jgn sedih..senyum sokmo+doa tanpa henti.barakallahufikum..
restu mak abah pnting lm kjayaan idup... moga tok di lapangkan urusan
Post a Comment