SEMOGA BERTEMU LAGI DQ....
28 februari 2009 :
SELAMAT TINGGAL DARUL QURAN.....
SELAMAT TINGGAL USTAZ.....
SELAMAT TINGGAL USTAZAH......
SELAMAT TINGGAL KAWAN-KAWAN.....
SELAMAT TINGGAL ROOMATE...
Ucapan demi ucapan aku lafazkan kepada orang yang bersama aku di bumi barakah Darul Quran selama aku berada di sana. 3 tahun bukanlah suatu tempoh yang lama bagiku untuk aku berada di bumi DQ. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung.
25 mei 2006 merupakan tarikh keramat buatku kerana aku ditawarkan masuk ke bumi DQ. Aku terkenang zaman dimana sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki di bumi barakah ini. Memang rasa kerdil dan hina yang teramat sangat. Aku datang dari sekolah yang bi'ah nya tak sehebat DQ. Bila datang di DQ, pertama sekali yang paling meyentuh hatiku ketika aku solat jemaah di Masjid DQ. Waktu itu aku solat Isyak.
Allahuakbar!!!
Bacaan dari imamnya seperti aku mendengar bacaan di Masjidil Haram. Tidak pernah lagi aku mendengar bacaan sebegitu indah sebelum aku masuk di DQ. Dalam sembahyang, aku teringat akan abahku. Dalam sembahyang aku terkenangkan mak aku,abang,adik di rumah. Berasa sayu sangat hati ini mendengarkan bacaan imam tersebut. Air mata mengalir membasahi pipi aku. Berasa bersyukur yang teramat sangat dapat masuk di bumi barakah ini.


Hari demi hari aku melayari bahtera di bumi DQ ini. semester demi semester aku tempuh. Pengalaman demi pengalaman aku terokai. Datang dalam keadaan yang kosong, aku belajar untuk menyesuaikan kehidupan di Darul Quran ini. Semester empat aku dilantik menjadi perwakilan pelajar. Rasa terharu yang amat sangat. Di sekolah dulu aku memang budak yang nakal. Sampai di Darul Quran, aku dilantik menjadi pimpinan kepada pelajar. Memang satu keajaiban buat diriku yang hina lagi dina ini. Aku terima sahaja permintaan dari sahabat-sahabatku untuk memegang sebagai Bendahari Agung Perkemat sesi 2007/2008. Dalam tempoh aku memegang tampuk pimpinan ini, banyak perkara yang aku pelajari walaupun tidak mencapai tahap yang sempurna.
Alhamdulillah....
Aku berbisik di dalam hati kecil aku ini. Mungkin ada hikmah yang Allah telah tetapkan pada diriku ini. Dalam tempoh pemerintahan, aku ditaklifkan lagi sebagai naqib persijilan dan diploma. Memang bertambah sibuk keadaan aku. Semasa datang ke DQ, mungkin masa untuk bermain, tidur, berborak begitu banyak. Tapi, selepas dilantik agak sukar untuk aku merasainya kembali rutin harian ini. Naqib dan Perwakilan dalam satu masa. Memang suatu yang baru bagiku yang sedang belajar bertatih ini. Apa-apapun aku menganggap ini suma satu latihan bagiku sebelum aku terjun ke dalam masyarakat suatu hari nanti.
30 november 2008 aku dan sahabat-sahabatku melepaskan jawatan kami kepada pimpinan yang baru. Sedih, suka dan macam-macam lagi rasa di hati ini. Tapi, apa-apapun ini suma memang benar-benar mengajar diriku ini akan erti kehidupan dan perjuangan.
Banyak pengalaman yang aku dapat sewaktu berada di DQ. Suka, sedih, masam dan bermacam lagi aku dapat rasai. Dari keadaan kosong, sekarang aku dapat sedikit kekuatan pada diriku ini untuk aku terjun berkhidmat dan bersama masyarakat sekelilingku.

Salam kemaafan
Buat adik beradik usrahku. banyak pengalaman suka dan duka yang pernah kita lalui bersama. Manusia tidak pernah lari dari segala kesilapan. ana minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut hingga hujung kaki dari adik beradik semua. mungkin secara sedar ataupun tak sedar ana pernah melukai dan mengguris hati adik beradik semua. sepanjang kita bersama, ana dapat merasai kekuatan yang wujud dalam diri ana ketika bersama adik beradik semua. Tapi hari ini, kita telah berpisah buat sementara waktu kerana sebab yang tertentu. Ana harap agar ukhwah yang terbina dan



Salam Ukhuwah.....
Salam Juang....
*kalau sapa-sapa dah nak langsungkan perkahwinan. jangan lupa jemput...

