Saturday, February 28, 2009

SEMOGA BERTEMU LAGI DQ....



28 februari 2009 :

SELAMAT TINGGAL DARUL QURAN.....
SELAMAT TINGGAL USTAZ.....
SELAMAT TINGGAL USTAZAH......
SELAMAT TINGGAL KAWAN-KAWAN.....
SELAMAT TINGGAL ROOMATE...

Ucapan demi ucapan aku lafazkan kepada orang yang bersama aku di bumi barakah Darul Quran selama aku berada di sana. 3 tahun bukanlah suatu tempoh yang lama bagiku untuk aku berada di bumi DQ. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung.

25 mei 2006 merupakan tarikh keramat buatku kerana aku ditawarkan masuk ke bumi DQ. Aku terkenang zaman dimana sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki di bumi barakah ini. Memang rasa kerdil dan hina yang teramat sangat. Aku datang dari sekolah yang bi'ah nya tak sehebat DQ. Bila datang di DQ, pertama sekali yang paling meyentuh hatiku ketika aku solat jemaah di Masjid DQ. Waktu itu aku solat Isyak.

Allahuakbar!!!
Bacaan dari imamnya seperti aku mendengar bacaan di Masjidil Haram. Tidak pernah lagi aku mendengar bacaan sebegitu indah sebelum aku masuk di DQ. Dalam sembahyang, aku teringat akan abahku. Dalam sembahyang aku terkenangkan mak aku,abang,adik di rumah. Berasa sayu sangat hati ini mendengarkan bacaan imam tersebut. Air mata mengalir membasahi pipi aku. Berasa bersyukur yang teramat sangat dapat masuk di bumi barakah ini.


Keesokannya, aku mula memasuki kelas hafalan al-Quran. Jurusan aku di DQ, Diploma Tahfiz Al-Quran. Nama pensyarahku Ustaz Taufiq. Dalam satu kelas hanya mempunyai seramai 10 orang. Mula-mula menghafal agak sukar dan susah yang teramat sangat. Maklumlah baru mula bertatih dalam bidang yang baru ini. Hari demi hari, detik demi detik aku mempelajari n menghafal kalam Allah ini. Banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuhi. Kadang-kadang sampai pukul 2,3 pagi baru bleh tidur. Maklumlah, petang kadang-kadang ada kelas sampai asar. Tapi, atas semangat yang diberikan oleh ustaz dan kawan-kawan serta semangat dan kesabaran diri ini, aku dapat menghabiskan juga hafalan ini pada tanggal 28 November 2008. Banyak pengalaman yang aku dapat sewaktu menghafal mukjizat Allah ini. Dimarah, ditegur, dinasihati dan sebagainya pernah aku alami. Kerana mukjizat ini bukan suatu yang boleh dimain-mainkan.


Hari demi hari aku melayari bahtera di bumi DQ ini. semester demi semester aku tempuh. Pengalaman demi pengalaman aku terokai. Datang dalam keadaan yang kosong, aku belajar untuk menyesuaikan kehidupan di Darul Quran ini. Semester empat aku dilantik menjadi perwakilan pelajar. Rasa terharu yang amat sangat. Di sekolah dulu aku memang budak yang nakal. Sampai di Darul Quran, aku dilantik menjadi pimpinan kepada pelajar. Memang satu keajaiban buat diriku yang hina lagi dina ini. Aku terima sahaja permintaan dari sahabat-sahabatku untuk memegang sebagai Bendahari Agung Perkemat sesi 2007/2008. Dalam tempoh aku memegang tampuk pimpinan ini, banyak perkara yang aku pelajari walaupun tidak mencapai tahap yang sempurna.



Alhamdulillah....
Aku berbisik di dalam hati kecil aku ini. Mungkin ada hikmah yang Allah telah tetapkan pada diriku ini. Dalam tempoh pemerintahan, aku ditaklifkan lagi sebagai naqib persijilan dan diploma. Memang bertambah sibuk keadaan aku. Semasa datang ke DQ, mungkin masa untuk bermain, tidur, berborak begitu banyak. Tapi, selepas dilantik agak sukar untuk aku merasainya kembali rutin harian ini. Naqib dan Perwakilan dalam satu masa. Memang suatu yang baru bagiku yang sedang belajar bertatih ini. Apa-apapun aku menganggap ini suma satu latihan bagiku sebelum aku terjun ke dalam masyarakat suatu hari nanti.

30 november 2008 aku dan sahabat-sahabatku melepaskan jawatan kami kepada pimpinan yang baru. Sedih, suka dan macam-macam lagi rasa di hati ini. Tapi, apa-apapun ini suma memang benar-benar mengajar diriku ini akan erti kehidupan dan perjuangan.

Banyak pengalaman yang aku dapat sewaktu berada di DQ. Suka, sedih, masam dan bermacam lagi aku dapat rasai. Dari keadaan kosong, sekarang aku dapat sedikit kekuatan pada diriku ini untuk aku terjun berkhidmat dan bersama masyarakat sekelilingku.




Salam kemaafan


Buat adik beradik usrahku. banyak pengalaman suka dan duka yang pernah kita lalui bersama. Manusia tidak pernah lari dari segala kesilapan. ana minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut hingga hujung kaki dari adik beradik semua. mungkin secara sedar ataupun tak sedar ana pernah melukai dan mengguris hati adik beradik semua. sepanjang kita bersama, ana dapat merasai kekuatan yang wujud dalam diri ana ketika bersama adik beradik semua. Tapi hari ini, kita telah berpisah buat sementara waktu kerana sebab yang tertentu. Ana harap agar ukhwah yang terbina dan terjalin ini dapat berkekalan selama-lamanya. InsyaAllah.




Buat sahabat-sahabat Aqrab, ana minta maaf banyak-banyak dari sahabat-sahabat sekalian andai ada yang terguris hati dengan sikap dan perangai ana selama ana berkhidmat dalam Aqrab dan selama pangenalan kita. Kita datang dari berbagai latar belakang. Tapi, masa yang singkat ini telah mewujudkan tali ukhuwah antara kita. Banyak pengalaman, perasaan, dan sebagainya pernah kita lalui bersama. Sekarang kita telah berpisah buat sementara waktu. Pesanan buat diri ana dan sahabat-sahabat semua. Jagalah hafalan quran kita selama kita bercuti ini. Memang banyak cabaran dan ujian yang akan sama-sama kita tempuhi sewaktu cuti ini. Tambahan pula kita semua dah habis belajar di DQ dan hanya untuk menunggu segulung sijil Diploma sahaja sewaktu konvo nanti. Lagi banyak cabaran yang akan dirasai. Tetapkanlah pada diri masing-masing supaya paling kurang dapat mengulang sehari sekali. Kalau kita imbas kembali saat kita datang dalam keadaan kosong, sangat sukar untuk kita memulakan hafalan. Kadang-kadang ditegur dan dimarahi oleh ustaz. Kadang-kadang ada pula yang kena 'iqab. Tapi sekarang, kita dah khatam hafalan 30 juzuk. Bukan perkara yang ringan untuk kita. Kita perlu menjaganya dengan betul-betul supaya ia tidak lari dan terlepas dari jagaan kita.





Salam Ukhuwah.....
Salam Juang....


*kalau sapa-sapa dah nak langsungkan perkahwinan. jangan lupa jemput...






2 Komen dan perkongsian yang berharga:

'Abid Sakina March 2, 2009 at 10:05 PM  

org kata..
jgn diucap selamat tinggal..
tapi,ucaplah..semoga bertemu lagi..
smoga Allah dapat mengaturkan pertemuan dgn mereka lagi...=)

meninggalkn DQ..bukan beerti mninggalkan Al-Quran..
meninggalkan DQ..bkn beerti membuang jauh tarbiyah..
meninggalkan DQ..bukan beerti membuang akhlak hafizul quran..
meninggalkan DQ..bkn beerti melupakan biah solehah yg telah lama bersemadi..
meninggalkan DQ..bkn beerti memutuskan ikatan ukhuwah sesama mu'allim serta sahabat seperjuangan....

perjuangan tetap perjuangan..ia tak pernah tamat walau meninggalkan bumi barakah itu..
malah,t'jwb makin bertambah..
'membetulkan' masyarakat dan ummah..

semoga berjaya dlm stiap lapangan..
seeru 'ala barakatillah..
moga Allah sentiasa memelihara dan menyertaimu dlm stiap jejak langkah..ameen=)

Anonymous,  March 4, 2009 at 8:45 PM  

betul2...ana sokong cik nurul aiman 2..huhu..moga2 acap berbahagia di samping keluarga tersayang..ngulang quran 2..haha

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP