Friday, March 6, 2009

PENGALAMAN....PENGALAMAN....

Ustaz nak baca....
Ustaz nak baca....
Ustaz nak baca....

Aku tersentak sebentar.
" betul ke aku ni ustaz??" bisik aku sendirian.
Baru umo 21. Layak ke dengan gelaran yang mulia itu?
Masih banyak lagi yang aku perlu pelajari. Cetek sungguh ilmu aku ini.

Kadang-kadang diri ini terhenti berfikir sendirian. Banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan selama ini. Layakkah aku ini jadi pengajar orang? Tak kisah le walaupun budak sekolah rendah pun.

Tapi hati ini terus berusaha meyakinkan diri ini dengan perkataan "MOTIVASI". Jadikan ini sebagai satu motivasi untuk diri. Jangan kenang kisah-kisah silam. Bak kata pepatah "Yang dah lepas jangan dikenang-kenangkan". Memang bermakna juga buat diriku ini yang ingin belajar melangkah ke alam baru.

Dahulu mungkin sibuk dengan erti kata "MENGAMBIL". Amat kurang dengan erti kata "MEMBERI". Tapi sekarang, " MENGAMBIL" itu mengajarkan ku untuk erti kata "MEMBERI".

Dahulu di alam pembelajaran, aku hanya menuntut ilmu, mengambil pengetahuan yang baru dan sebagainya. Tapi sekarang, apa yang aku pelajari sewaktu dahulu telah memberi aku jalan untuk aku amalkan ketika saat ini. Pengalaman yang aku telah pelajari ketika berada di DQ sewaktu dahulu amat bermakna bagi aku.

Pengalaman menjadi naqib, pimpinan persatuan, mengikuti program-program dan sebagainya sungguh bermakna buatku. Aku teringat akan pesanan abahku "Jangan terlalu mengejar harat dunia sahaja, Tapi tuntutlah ilmu sungguh-sungguh kerana Ilmu memang tak pernah merugikan manusia".

Abah aku menyambung lagi "Kalau kita asyik dok pulun kutip harta dunia, nanti bila-bila masa saja dia akan tinggal kita. Tapi, kalau kita dok pulun kutip ilmu, InsyaAllah kita pi mana-mana pun boleh hidup".

Memang benar kata-kata abahku. Hari ini aku dapat merasainya. Kalau tidak kuat ilmu dalam dada ini, barangkali aku telah hanyut dengan masa lapang ini. Sementara ingin menunggu hari konvokesyen. Masih ada lagi 4 ke 5 bulan.

Hari ini dah genap seminggu aku menjadi tenaga pengajar di salah satu pusat pengajian swasta. Taklifat yang diberikan menjadi pengajar dalam bidang aku, al-Quran. Tempat yang aku kerja ini hanya untuk Pra-Tahfiz. Untuk kanak-kanak dari umur tadika sehingga ke menengah.

Pengalaman aku ketika menjadi fasilitator memang membuatkan aku sedikit bersedia untuk terjun ke bidang pekerjaan ini. Cuma agak kekok sikit pada hari pertama sebab nak tengok keadaan persekitaran dan bi'ah di sini. Alhamdulillah...Hari-hari seterusnya aku tak sekekok hari pertama.

Kelas yang aku pegang adalah pelajar rendah dan ada juga menengah rendah. Biasalah, ada yang masyi, ada yang masih bertatih. Aku tak kisah semua itu. Yang penting tugas aku sebagai pengajar harus mengajar dengan baik. Jalankan tanggungjawab dengan baik.

Rasa bersyukur sangat-sangat. sebelum mula kelas, bolehlah mengulang sedikit-sedikit apa yang aku dah hapai. Sehari paling kurang aku mesti mengulang Quran. Aku tetapkan dalam diriku ini. Takut nanti jadi dosa balik atas diriku. Allah permudahkan segala urusanku ini.

Apa-apa pun, aku harap apa yang aku lakukan ini diberkati dan diredhi oleh Allah. Moga-moga apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Ameen....




0 Komen dan perkongsian yang berharga:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP