Saturday, March 7, 2009

BIRTHDAY DAH DEKAT??

Firman Allah s.w.t :

"Dan tidak diutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan memberi rahmat untuk sekelian alam"


Bersempena dengan Hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pada 12 rabiulawal ini, surau tempat tinggal aku menganjurkan satu ceramah maulud nabi. Dah lama sungguh surau ni tak buat majlis macam ni.

"Alhamdulillah"...

bisik aku dalam hati.

Hari pertama aku balik, abah datang dekat aku dan bagi tau dekat aku yang surau nak buat ceramah.

Aku tanya abah "ceramah apa?"

"Ceramah sambutan maulud nabi" Jawab abahku.

Pertama sekali yang aku risau takut tak dak orang. Biasalah, dok dekat taman ni masyarakat sibuk dengan kerjaya dan hal masing-masing. Surau dekat taman ni taklah mati. Tapi, cuma jarang wat program je. Itu je. Jemaah orang datang setiap waktu.

Malam ni ada berlaku kesilapan sikit. Penceramah yang abah aku jemput terlupa tulis dalam diary dia. Solat maghrib dah selesai. Aku toleh dekat belakang, ramai orang dah tunggu ustaz. Aku masih tercari-cari lagi mana ustaz tu.

Tiba-tiba, bila dah selesai baca doa abah keluar balik dekat umah. Umah depan rumah je. Tak jauh pun. Aku dan jemaah yang lain menunggu je kepulangan abah.

Abah pun datang. Abah terus mengambil microphone dan membuka majlis serta kata-kata aluan. Panjang jugak abah cakap. Lebih kurang 5 minit. Pas tu abah bagi tau yang ustaz yang nak bagi ceramah malam ni terlupa tulis dalam diary yang kena bagi ceramah dekat surau taman kita malam ni.

Abah ni pandai jugak. Nak sekat orang daripada nak balik, abah suruh semua ambik surah yasin dan wat tahlil secara berjemaah. Lama jugak abah goreng. Sampai masuk isyak. Maklumlah ustaz tu dok jauh. Tapi, dia nak datang jugak sebab dah janji. Jadi kenalah tunggu dan perah otak supaya tak balik.

Solat isyak baru selesai. Aku mengimami solat isyak. Selesai sembahyang sunat, abah salam dengan ustaz. Sambil-sambil abah melayan kedatangan ustaz, aku ambik mic dan mempengerusikan majlis malam ni. Nama ustaz tu Ustaz Hazim. Muda lagi. Baru dalam lingkungan tak sampai 40 tahun.


Bermula Majlis

Selesai memberi kata-kata aluan, aku menjemput ustaz untuk beri ceramah. Jam menunjukkan pukul 9.25 minit malam. Memang dah lewat. Tapi, bersyukur sangat-sangat masyarakat taman masih setia menunggu.

Dalam ceramah tersebut ustaz tidak banyak menceritakan tentang sejarah maulud nabi. Tapi banyak mengaitkan kisah akhlak nabi dengan masyarakat sekarang.

Memang best sangat-sangat. Tak kira muda, tua, ada pangkat, tak dak pangkat semua kena belasah. Memang seronok sangat-sangat. Penyampaian pun jelas. Tak dak formal dan lapik-lapik ayat. Bak kata pepatah "sapa makan cili, dia akan rasa pedasnya".

Kata ustaz," Kita ni ikut nabi ke?"

aku melihat hadirin tercengang sebentar.

" Contohnya, bagi suami-suami.....

......berapa kali ucap terima kasih dekat isteri yang susah payah buat keja rumah setiap hari?...

.....Berapa kali yang ucap terima kasih dekat anak-anak?"

Waktu itu aku dapat melihat wajah pakcik2 yang dah berkawin. Kerut semacam je. Mungkin terpikir sejenak kot dengan kata-kata ustaz tadi.

Ustaz menyambung lagi sehingga ke akhir majlis. Rasa bersyukur sangat-sangat sebab masyarakat taman ni masih setia sehingga ke akhir majlis. Tak ada sorang pun yang berganjak meninggalkan majlis tersebut.

Ramai jugak yang datang malam ni. hampir seratus lebih. Meriah sangat-sangat. Majlis habis pukul 10.50 malam. Memang lewat.

Selesai majlis aku mengganti tempat ustaz dan menutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-'asr.

Habis bersalaman dengan ustaz, aku, abah serta beberapa ajk surau yang lain menemani ustaz Hazim untuk sedikit jamuan. Dalam pukul 12 baru selesai jamuan dan ustaz pun pulang balik ke sungai petani.

Alhamdulillah......


1 Komen dan perkongsian yang berharga:

nurul88 March 12, 2009 at 2:12 PM  

nanti ganti ustaz tu plak bg pengisian kat surau tu....=)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP