SALAM SATU MALAYSIA :-)
Assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku........
.....SALAM SATU MALAYSIA......
:-)
.....SALAM SATU MALAYSIA......
:-)
Maaf atas keterlewatan mengucapkan "Selamat Datang Ramadhan Kareem" buat sahabat-sahabat semua...
Ramadhan datang lagi menjenguk kita semua....
Alhamdulillah...
Datangkanlah rasa syukur yang teramat sangat dalam diri ini...
Bersyukur pada Tuhan sekalian alam (Allah)
Kerana menemukan kita semua dalam bulan mulia
Bulan Ramadhan Kareem...
Sedar tidak sedar, kita sudah berada di semester ke dua dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Bulan untuk mentarbiyah jiwa-jiwa yang senantiasa dalam kelekaan dan dibuai belaian duniawi.
Tapi penulis juga sedih dengan beberapa kerat sahabat-sahabat se-Islam kita yang ambik remeh dengan bulan yang mulia ini.
Nak kata budak tadika....
TAK!!
Nak kata budak sekolah rendah....
TAK NAMPAK PULAK!!
Nak kata budak sekolah menengah...
ADA DAH SKET2!!
Orang yang atas dari budak sekolah menengah lagi la ada.....
Bukan apa, sedikit perkongsian dengan sahabat2 semua.
Tahun demi tahun kita diberi peluang untuk bersama Ramadhan Kareem.. Tapi masih ada lagi yang masih di takuk lama.
Isu n kes yang sering melanda segelintir umat Islam di dunia ini bila tibanya Ramadhan sama sahaja:
PONTENG PUASA
Masih ramai lagi yang belum betul2 dapat sampai ke tahap yang PALING RENDAH mengikut pandangan ulama' iaitu "PUASA UMUM".
Puasa orang yang dapat tahan "lapar", "dahaga", "dari melakukan perkara yang batal puasa"
Kalau yang paling rendah pun tak boleh buat, apatah lagi yang lebih baik??
Penulis betul-betul terkilan apabila sampai saja waktu habis sekolah......
Bila sampai saja waktu rehat bagi yang bekerja....
Ada segelintir adik beradik se-Islam kita mengambil peluang untuk makan n minum secara "HARAM".
Bukan setakat budak sekolah....orang yang bergelar bapak pun ada...
(MEMALUKAN...)
Jadi,x kisahlah kalau ramai anak2 muda sekarang yang x puasa...
Memang ada gunanya kata orang-orang tua dahulu:
"BAPA BOREK, ANAK RINTIK"
Sehubungan itu,penulis menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca semua..Jadikanlah diri kalian sebagai qudwah hasanah( role model) untuk segelintir sahabat-sahabat kita yang lain.Kalau ada nampak orang yang tak puasa,beranikan diri untuk tegur.
Kalau rasa kurang yakin diri, kuatkan diri kalian laporkan sahaja pada pihak berkuasa supaya tidak berulang lagi masalah-masalah ini pada hari-hari berikutnya.
Penulis mendoakan buat sahabat-sahabat semua agar ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu.
Jadikanlah ramadhan kali ini sebagai titik permulaan untuk menjadi mukmin yang sebenar-benarnya yang sentiasa "amar makruf nahi mungkar".
TAKBIR!!!
* DAH HAMPIR SEMESTER KE TIGA RAMADHAN....
0 Komen dan perkongsian yang berharga:
Post a Comment