ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Hampir setengah bulan rasanya tidak disentuh blog ini.. Macam dah usang plak jadinya. Mungkin terlalu sibuk untuk persediaan ke negara orang dan persediaan berjauhan dengan keluarga tersayang.
Apa-apapun perjuangan perlu diteruskan demi generasi akan datang.
29 September 2009, tepat jam 6petang aku mula menjejakkan kaki keluar dari rumah keluarga aku di kulim,Kedah. Bermulanya aku musafir meneruskan perjuangan meninggalkan halaman rumah kesayangan aku.
Keesokan harinya tepat jam 7.30 pagi semua peserta di bawah urusan SMUTEM dikehendaki berkumpul di Kaunter G KLIA. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan seperti biasa.
Flight dijangka jam 11.30 pagi waktu Malaysia. Tepat jam 10.30pagi semua peserta yang mengikuti SMUTEM mula memasuki ruang untuk Pelepasan Antarabangsa.
Ramai yang mengambil peluang buat kali terakhir untuk bermaaf-maafan dan berpelukan bersama keluarga masing-masing. Maklumlah nak berjauhan dari keluarga tersayang.
Seperti yang dirancang, tepat jam 11.30 pagi aku bersama 44 orang yang lain mula menuju ke Bahrain kerana akan bermalam di sana sehari sahaja.
30 September 2009 tepat jam 9 pagi (waktu Bahrain)(1 petang Malaysia) aku bersama yang lain mula menuju ke International Airport Of Bahrain. Penerbangan seterusnya dijangka tepat jam 11.30 pagi
Jarak antara Bahrain ke Cairo dijangka mengambil masa selama 3 jam. Tepat jam 2.30 ptg waktu Cairo aku bersama rakan-rakan yang lain tiba di Airport Kaherah.
Ketibaan kami disambut oleh abang-abang senior tahun 2 dan 3. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukur pada Allah yang Maha atas segala-galanya.
Ameen....
2 Komen dan perkongsian yang berharga:
gmbr dgn fmly kt KLIA smua nampak sedih..huhu
moga sentiasa sihat n selamat di sana..
jgn jemu mncari mutiara di bumi anbiya' tu..ingat Allah selalu..:)
sedih la..nak kena berjauhan dengan family.
selalu dok jauh dalam malaysia je...keluar negeri.sekang ke luar negara..
apa2 pun doakan ana di sini ye..
moga ana thabat dengan perjuangan ini.
Post a Comment