Perkenankanlah Doa Kami....
Aku berlindung dengan Allah
dari Syaitan yang direjam,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani,
Segala puji-pujian bagi Allah
Tuhan sekalian alam
Dan selawat serta salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w,
Ya Allah....
Tuhan yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang,
Engkau Ampunilah dosa kedua ibubapaku,
Dosa Abang-abangku,
Dosa adikku,
Dosa aku,
Dosa kaum keluargaku,
Dosa Sahabat Handaiku,
Dosa Orang muslimin serta muslimat
yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,
Ya Rabb...
Datangkanlah nikmat kesihatan kepada kedua ibubapaku,
kepada abang-abangku,
kepada adikku,
kepada aku,
kepada kaum keluargaku,
kepada orang yang aku sayangi,
kepada sahabat handaiku,
kepada orang muslimin dan muslimat,
Ya Latif...
Engkau peliharalah hati-hati kami
dari perkara-perkara yang lagho,
Engkau ringankanlah hati-hati kami,
anggota kami,
seluruh tubuh kami,
untuk mealkukan segala amar makruf,
Engkau dekatkanlah hati-hati kami
kepada perkara-perkara yang boleh mendekatkan
diri kami pada-MU,
Engkau sibukkanlah hati kami senantiasa
dengan perkara-perkara yang ibadah
yang boleh membawa kami lupa dengan maksiat dan dosa.
Ya Rahman...
Engkau jauhkanlah hati-hati kami
dengan perkara-perkara yang boleh
menjerumuskan kami ke lembah maksiat,
Engkau beratkanlah hati-hati kami,
anggota badan kami,
tubuh badan kami
dari mendekati maksiat dan dosa.
Ya Rabbal 'Alamin...
Aku memohon kepada-Mu,
Engkau permudahkanlah segala urusan kami,
Engkau permudahkanlah segala hajat kami,
Engkau permudahkanlah segala hal dan urusan kami,
Engkau berikanlah kami menjadi
anak-anak yang soleh-solehah,
Engkau berikanlah kami dapat menggembirakan
hati kedua-dua orang tua kami,
Ya Allah...
Engkau berikanlah kemenangan
kepada seluruh umat islam,
Engkau permudahkanlah segala urusan mereka,
Engkau berikanlah mereka thabat dalam perjuangan.
Ya Latiff...
Engkaulah yang Maha Atas Segala-Galanya,
Engkaulah Yang Maha Mendengar
segala rintihan setiap hambamu.
Engkau berikanlah natijah dan hasil
yang terbaik keatas kami.
Ameen Ya Rabbal A'lamin.
........................................................................................................................
p/s: moga segala hajatku dan dia diredhai oleh Allah.
: moga segala perancangan kami direstui dan diredhai Allah..
Ameen Ya Rabbal A'lamin.: moga segala perancangan kami direstui dan diredhai Allah..
2 Komen dan perkongsian yang berharga:
ameen ya rabbal 'alamin...
moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..di mana jua berada...
"Ya Hayyu, Ya Qayyum..dgn rahmatMu kami bermohon..perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau serahkan urusanku ini kepadaku walau sekelip mata pun.(Kerana kesempurnaan itu hanya pasti ada bila Engkau yang mentadbir semuanya)..ameen"
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya : “Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.” (HR Muslim)
أمين يا رب العالمين
Post a Comment