Thursday, January 21, 2010

Nikmat & Ujian atau Bala

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Atas Segala-galanya....

Diri ini bukanlah yang selayaknya untuk menukilkan kata-kata dan pesanan buat sahabat-sahabat pembaca sekalian.

Tetapi, atas dasar Islami yang wujud dalam diri ini mungkin boleh dikongsikan sedikit dengan para sahabat sekalian.

Tergerak di hati kecil ini untuk merangsang otak dan seterusnya memberi arahan kepada jari jemariku untuk menaip sedikit pesanan buat diriku yang hina lagi dhaif ini dan buat sahabatku sekalian.

Redha dan Berkat hidup kita bermula dari Redha kedua-dua orang tua kita. Jikalau ibubapa kita meredhai kita, insyaALLAH hidup kita akan tenang,selamat,serta dipayungi rahmat dan kasih dari ILAHI.

Baru-baru ini, saya terkenang kembali bagaimana hebatnya ujian Allah s.w.t ke atas umatnya tidak kira dalam apa jua cara sekalipun. Senang mahupun Susah.

Ada satu kisah yang saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Mungkin kisah ini boleh memberikan kita satu input yang bermakna. InsyaALLAH..

20 Tahun yang lalu....

Di dalam sebuah keluarga yang serba sederhana yang mempunyai sepasang suami isteri dan 7 orang anak (2 perempuan dan 5 lelaki). Kehidupan mereka memang sederhana dan pekerjaan suami tersebut adalah sebagai Penolong Kanan di salah sebuah sekolah menengah. Isterinya pula sebagai suri rumah.

Di atas kesedaran yang terdetik di hati sang suami, dia mula memikirkan sesuatu yang boleh mengubah hidup keluarganya supaya anak-anaknya pada masa akan datang tidak susah sepertinya.

Ditakdirkan oleh Allah s.w.t dia terjumpa dengan salah seorang rakan lamanya yang berbangsa cina. Rakannya ada membuat satu perniagaan menjual alat-alat perabot.

Selepas diterangkan dengan terperinci oleh rakannya, dia pulang ke rumah dan berbincang dengan isterinya. Dan keputusan yang dibuat,dia akan berhenti kerja sebagai Penolong Kanan dan akan terus terjun ke bidang perniagaan. Dengan harapan suatu hari nanti keluarganya akan berwajah baru, tidak seperti sekarang.

Alhamdulillah....

Setelah 10 tahun di dalam perniagaan tersebut, perniagaannya semakin maju dan meningkat prestasi kerjanya sehinggakan dia mendapat hasil yang begitu lumayan. Hasilnya, dia dapat membeli kereta Mercedes dan sebuah rumah yang tersergam indah.


 (sekadar hiasan sahaja)

Kehidupan keluarganya pun semakin bahagia dan boleh bergerak ke mana saja mereka mahu pergi dan tuju. Duit ibarat hujan sewaktu itu ibarat wang kertas RM 100  seperti RM 1. Punya besar nikmat yang Allah berikan kepada mereka.

Di samping nikmat yang telah diberikan kepada mereka, mereka lupa yang di situ juga Allah s.w.t ingin menguji kekuatan iman mereka pada Allah s.w.t dan tanda syukur mereka padaNYA.

Sewaktu menjadi Penolong Kanan dahulu, boleh dikatakan solat tidak pernah tinggal walaupun agak lewat menunaikannya. Tapi, sekarang bila dilimpahkan nikmat kesenangan yang begitu banyak, dia telah lupa dan makin lupa dari mana asal usulnya suatu masa dahulu..

Ditakdirkan sehingga sekarang, kehidupan mereka sungguh bahagia dengan dunia mereka. Mereka sudah mempunyai sebuah banglo yang berharga setengah juta, 5 buah kereta, dan beberapa tender kekal yang mendatangkan hasil hampir sejuta setahun..

Akan tetapi, tidak wujud langsung suasana islami dalam rumah mereka.

Ayat-ayat Allah tidak pernah kedengaran melainkan lagu-lagu yang melalaikan...

Kewajipan mereka sebagai hamba pada ALLAH tidak pernah ditunaikan melainkan acuh tak acuh saja...

Al-Quran yang paling suci hanya diletakkan di rak-rak dan kekadang sahaja disentuh untuk menghilangkan debu-debu....

Kewajipan Haji tidak pernah ditunaikan lagi walaupun terlebih mampu atas alasan bimbang perniagaan tidak ada orang yang ingin menguruskannya...

ALLAHU RABBI.....

Hebat Allah s.w.t untuk menguji hambanya...

Tidak kira masa, tempat, keadaan dan sebagainya...

Ketika kita senang....diberi ujiannya....

Ketika kita susah....diberi ujiannya...

Mungkin secara tidak sedar, diujinya Allah duit yang dikumpul tidak pernah cukup...Mungkin hari ini dirosakkan kereta, esoknya pula diberi anak sakit, lusanya diberi masuk pencuri dan sebagainya...

Ini semua adalah bala yang datang sedikit demi sedikit supaya hambanya sentiasa beringat bahawasanya yang memberikan kepada mereka segala-galanya adalah Allah s.w.t Yang Maha Agung.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ 

" Maka,ingatlah kalian kepadaku, aku akan ingat pada kalian dan bersyukurlah kalian padaku dan jangan kalian mengingkariku"

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku,maka pasti azabku sangat berat"


MUJAHIDIN
2.55 P.M (MESIR)
amin_alabdi0231@yahoo.com

2 Komen dan perkongsian yang berharga:

'Abid Sakina January 21, 2010 at 10:22 PM  

betul tu..

nikmat itu ujian..
bala itu ujian..

ujian menambah zikir..(ingat padaNya)

Jagalah Allah..Allah akan menjagamu..

teruskan menulis.nampak ada peningkatan^^

skyjamil January 22, 2010 at 9:11 AM  

para sahabat lebih senang diuji dgn kesusahan dr kesenangan kerana manusia seringkali alpa pd Yang Esa andai kesenangan melimpah didepan mata..wallahu'alam

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP