Friday, January 8, 2010

Pandangan & Respon



Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-120 :-

   وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنْ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنْ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ


Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha/rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.

Setelah sekian lama berada di bumi Mesir yang terkenal dengan Jami'ah Al-Azhar, banyak pengalaman dan ilmu baru yang diperoleh. Sepertimana pepatah melayu mengatakan "Jauh Perjalanan Luas Pemandangan".

walaupun berada di bumi Azhari ini, perkembangan tanah air yang tercinta MALAYSIA tidak pernah dikebelakngkan. Saya tertarik dengan satu isu yang sedang hangat diperkatakan di bumi Malaysia iaitu berkenaan isu "KALIMAH ALLAH".

Berbagai spekulasi dan pandangan yang bernas dan tidak wajar diutarakan ke dalam media-media. Bercampur aduk antara orang yang faqih dalam bidang agama dan selainnya cuba ingin melontarkan pandangan dan respon serta alasan masing-masing.

Di sini, saya tertarik untuk memberi sedikit respon dan pandangan berkenaan isu ini. Yang mana isu ini adalah berkaitan dengan akidah umat islam. Berkaitan dengan pencipta TERAGUNG kita yang MAHA atas segala-galanya.

ALLAHU GHAYATUNA !
ALLAHU RABBI !
ALLAHU AKBAR !

Ada sesetengah pandangan umum yang kurang nampak akibat dan kesan jangka masa hadapan penyalahgunaan nama ALLAH ini mungkin akan mengatakan apa salahnya menggunakan nama Allah? Nama sahaja! Bukan ada apapun.

Tapi,bagi pandangan saya nama ALLAH ini bukanlah hanya sekadar nama semata-mata. Bukanlah hanya sekadar tulisan kosong.

Tetapi.....

Ia boleh membuatkan manusia itu berpegang dengan akidah Islam yang sebenar ataupun tidak. Boleh menyebabkan manusia bersatu ataupun berpecah. Boleh menyebabkan manusia ini aman ataupun hura hara dan berbagai-bagai spekulasi lagi.

Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing. Agama Islam mengakui akan Allah s.w.t adalah pencipta sekalian 'alam. Agama Kristian mengakui bahawasanya Jesus adalah tuhan mereka. Dan agama-agama lain juga ada kepercayaan masing-masing.

Jadi setiap agama mempunyai kepercayaan yang tersendiri.

Walaupun kita ingin menjadikan sesuatu bangsa ataupun masyarakat itu adil dalam segenap bidang. Tetapi janganlah kerana itu agama dan akidah diremehkan.

Jika kita memikirkan untuk generasi yang akan datang dan yang bakal memartabatkan Islam di mata dunia, kita mungkin akan terkesan jika penggunaan kalimah ALLAH boleh dipakai di mana-mana.

Jika kita ingin menyamakan perkataan TUHAN dengan perkataan ALLAH, ini amatlah sangat-sangat tidak wajar. Kerana Tuhan adalah umum dan Allah adalah Spesifik.

Sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam ayat di atas tadi, orang Yahudi dan Nasrani ataupun boleh dikatakan pada zaman sekarang ini orang yang tidak mahu mengikut agama Islam dan sering menentang Ulama' dan sering membangkang hal-hal agama ini akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk mencari jalan menyelewengkan akidah umat islam. Dan akan sering cuba untuk mencari jalan walau dengan apa jua sekalipun menjatuhkan martabat Islam.

Agama hindu akan cuba menyampaikan dakyahnya kepada orang awam.

Agama Kristian akan cuba menyampaikan dakyahnya kepada orang ramai.

Agama Budha akan cuba menyampaikan dakyahnya kepada semua orang.

Jadi setiap agama akan cuba mengembangkan penganut-penganutnya, walaupun kita telah makruf dan mengetahui bahawasanya ISLAM adalah agama yang benar dan sebenar-benarnya.

Cuba kita fikir ke depan dan ke depan........

Jika kalimah Allah ini boleh diguna pakai sewenang-wenangnya. Mungkin akan memberi kesan yang amat buruk pada akidah anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan segala generasi yang terkemudian.

Bayangkan jika TUHAN disamakan dengan ALLAH :

Ali : Samy, kau nak pergi mana?

Samy : Aku nak pergi sembahyang la....

Ali : owh, mau sembah Tuhan awak ek? apa nama tuhan awak?

Samy : Tuhan saya nama ALLAH. awak pulak?

Ali : Samalah nama tuhan kita...nama tuhan saya ALLAH jugak.

Mungkin seperti pebualan inilah yang akan berlaku jika isu ini dianggap remeh temeh.

Na'uzubillah min zalik....

Minta simpang dan dijauhkan dari perkara berikut..

p/s : Sama-samalah kita fikirkan demi generasi pelapis yang akan meneruskan perjuangan Nabi Muhammad     s.a.w.

TAKBIR!

~ Mujahidin ~
 2.03 p.m (mesir)
7 jan 2010


0 Komen dan perkongsian yang berharga:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP